Terkini Malaysia Tunggu Pengesahan Nasib Mh370 Daripada Vietnam



SEPANG: Laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesahihan maklumat itu sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
"Kita sedang tunggu pengesahan dari pihak tentera kita yang sekarang ini sedang menghubungi tentera laut Vietnam untuk mendapat pengesahan," katanya dalam sidang media.
Menurut Hishammuddin, maklumat itu juga tidak disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan Wisma Putra.
Sebuah akhbar Vietnam sebelum ini memetik kenyataan Laksama Tentera Laut negara itu yang mengatakan radar tentera mengesan lokasi terakhir penerbangan MH370 itu iaitu di kawasan perairannya sebelum ia dilaporkan hilang.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengirimkan kapal lautnya KM Segantang, KM Amanah and KM Langkawi ke kawasan terakhir pesawat Boeing 777-200 itu dikesan oleh radar namun tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.
Astro AWANI juga difahamkan beberapa syarikat cari gali minyak yang beroperasi di kawasan berdekatan telah menyertai operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama Vietnam dan China.
Dalam pada itu, Hishammuddin mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat tentang penemuan sebarang bangkai pesawat di kawasan carian.
“Kita juga tidak menerima maklumat tentang pesawat yang dikaitkan dengan bom atau pengganas," katanya, merujuk kepada spekulasi yang tersebar di kalangan orang ramai.
“Walau bagaimanapun, kami sedang meninjau semua kemungkinan,” tambahnya.
Hishammuddin berkata Jabatan Penerbangan Awam akan menjadi pusat untuk mendapatkan maklumat dan sidang media akan diadakan setiap dua jam untuk member maklumat terkini kepada orang ramai.
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas. Lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan.
Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Dalam pada itu, penganalisis bebas penerbangan Gerry Soejatman memberitahu AFP operasi mencari dan menyelamat perlu dilakukan dalam masa 24 jam.
"Kita tidak boleh membuat andaian tidak ada yang terselamat, dan sekiranya ada, adalah mustahak untuk menyelamatkan mereka dalam masa sehari atau peluang untuk hidup akan jadi semakin tipis," katanya yang ditemubual di Jakarta oleh agensi berita itu.
Tetapi sebelum itu operasi mencari harus mengenal pasti dengan tepat kawasan terlibat bagi memperkecilkan kawasan carian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata
pihaknya sudah menghubungi lebih kurang 80 peratus keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.
Beliau juga memberitahu MAS akan menghantar pegawainya ke Beijing untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.
Ahmad Jauhari juga berkata kehilangan pesawat itu tidak menjejaskan operasti dan perkhidmatan syarikat penerbangan itu.
Sumber~astroawani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://gempak-siot.blogspot.com/2014/12/terkinimalaysia-tunggu-pengesahan-nasib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 445 hits
Senarai iPhone Murah di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025 Mencari iPhone murah di Malaysia bukan lagi perkara yang mustahil Dengan pelbagai platform e dagang yang tersedia pengguna kini boleh mendapatkan iPhone berkualit...
Huawei Matepad Pro 12 2 Now Available In Malaysia

Huawei Matepad Pro 12 2 Now Available In Malaysia

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 508 hits
Smart sleek and supercharged Huawei s flagship tablet redefines how Malaysia s professionals work think and create Huawei Malaysia officially launched the all new HUAWEI MatePad Pro 12 2 now available nationwide both online and in store mar...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 360 hits
Pos Malaysia Launches Fossil Stamp Collection And It s A Total Time Capsule Heads up collectors and curious minds the Pos Malaysia fossil stamp collection is here and it s giving major prehistoric energy Available starting 30 June 2025 this...
Hiburan Elianto Bukan Korea Weh Rupanya Brand Malaysia Dah 20 Tahun Bertahan

Hiburan Elianto Bukan Korea Weh Rupanya Brand Malaysia Dah 20 Tahun Bertahan

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 289 hits
Mesti korang pernah tengok produk ni kat mall atau Watsons dan terus assume Eh ni brand Korea ke Tapi sebenarnya ni jenama MALAYSIA guys Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan jenama antarabangsa siapa sangka yang Elianto dah sebati dalam...
Sst Epal Amp Oren Dikecualikan Kerana Keperluan Harian Tak Boleh Dihasilkan Di Malaysia Ksu Perbendaharaan

Sst Epal Amp Oren Dikecualikan Kerana Keperluan Harian Tak Boleh Dihasilkan Di Malaysia Ksu Perbendaharaan

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 168 hits
Kementerian Kewangan menjelaskan keputusan untuk mengecualikan epal dan oren daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dibuat berdasarkan faktor iklim serta keperluan rakyat Malaysia terhadap buah buahan tersebut Ketua Setiausaha Perb...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 569 hits
Buying a without a plan can lead to missed opportunities and overspending Bali remains one of the most visited destinations for Malaysians thanks to its close proximity affordable travel costs and stunning attractions Before you make any tr...
Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 390 hits
Assalamualaikum wbt Minat untuk bekerja dalam suasana tenang dan penuh ilmu Ini peluang awak Perpustakaan Negara Malaysia sekarang tengah buka jawatan kosong untuk Perpustakaan Desa di seluruh negeri Kalau awak suka berurusan dengan orang r...
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 685 hits
Pelancaran AJI YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia di Soup erlicious Party Assalamualaikum semua Pertama sekali tahniah sis ucapkan kepada AJI YA atas pelancaran Sup Gourmet Segera Halal Pertama di Malaysia Jujur sis cakap ini pert...
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman Fazura Kedua Duanya Wanita Hebat

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Tiktok S Top 5 Plus Size Fashion Boutiques

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi