Mengenang Dekad Kegemilangan Sukan Negara


ULASAN SUKAN | Jika tidak salah, ada empat jenis sukan popular yang berjaya memukau dan menghiburkan peminat tempatan tanah air sekitar 1970-an dan 1980-an.
Di sini bicaranya ialah mengenai bola sepak, badminton, hoki dan olahraga yang lebih kerap mendapat liputan meluas di media massa, sama ada bercetak atau elektronik pada era itu.
Kita juga menyaksikan ramai personaliti muncul sehingga sukan menjadi salah satu sumber yang memberi hiburan kepada penduduk di tanah air hampir sepanjang tahun.
Penulis tidaklah bermaksud mahu mengabaikan kelompok jagoan negara yang berjaya menabur bakti pada 1960-an. Bezanya, kemajuan disaksikan pada dua dekad selepas itu dilihat sebagai ‘perintis sukan negara’.
ADSKetika itu ramai yang akhir dalam bidang sukan yang empat tadi, khususnya pelajar sekolah. Mereka bersemangat mahu mengikut jejak langkah idola masing-masing.
Guru-guru di sekolah pula harus diberikan pujian. Mereka banyak meluangkan masa dan menjadi pendorong utama, membimbing serta menggilap bakat anak didik masing-masing.
Nama seperti mendiang Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Misbun Sidek (badminton), Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun (bola sepak), Poon Fook Loke, N Sri Shanmuganathan (hoki), atau Ishtiaq Mubarak, Rabuan Pit, Marina Chin, Saik Oik Cum, Mumtaz Jaafar (olahraga), umpamanya menjadi inspirasi kepada guru untuk menggalakkan pelajar menceburi empat sukan utama secara serius.
Jadi buruan penaja
Era yang penuh bermakna itu juga boleh menjadi antara sebab utama lahirnya atlet generasi baru kemudian. Kelompok atlet muda tadi mengorak langkah membina status Malaysia sebagai negara yang cenderung bersukan (sporting nation) di Asia Tenggara.
Mungkin ada beberapa disiplin lain seperti renang, bowling, menembak, ragbi dan lumba basikal yang turut diminati dan mengharumkan nama negara ketika itu. Cuma, jika mahu dibandingkan dengan empat sukan disebut tadi, acara yang lain itu seperti kerap dibayangi.
Sesuatu yang menarik ialah sukan bola sepak, badminton, hoki dan olahraga tidak pernah gagal berjaya menarik jumlah penonton yang begitu tinggi ke gelanggang. Mereka hadir bukan saja untuk menyaksikan pertandingan antarabangsa malah saingan peringat kebangsaan.
Ia juga menjadi sasaran penaja utama.
Namun, yang nyata berbeza pada hari ini ialah sukan badminton dan bola sepak saja nampak kekal menjadi ikutan ramai, manakala yang lain-lain agak menyedihkan.
Bagaimana empat sukan itu boleh memukau tontonan begitu hebat?
Sebenarnya sukan terbabit kuat menjadi tarikan kerana atlet kebangsaan memiliki perwatakan sendiri. Satu lagi faktor ia sudah lama berakar umbi di sini sejak zaman pemerintahan Inggeris.
Tambahan pula, kecuali badminton, tiga sukan lain menjadi acara utama dalam Sukan Olimpik pada era itu.
ADSAnda juga tahu, atlet tersohor ketika itu mudah mesra, termasuk dengan media. Ada juga segelintir daripada mereka disebut sombong atau ego. Segala-galanya terarah kepada cara mereka yang pandai membawa diri.
Bawa dimensi baru sukan
Ini juga lebih berkisar kepada sifat yakin mereka menghadapi cabaran. Ringkasnya, kelompok atlit ini ‘gila-gila’ sikit dan watak seperti itu turut menarik minat komuniti sukan pada masa itu.
Penulis tidak sempat bertemu bual ketika mereka masih aktif. Kebanyakannya hanya dikenali dan mula menjadi rapat sedikit selepas mereka menjadi jurulatih atau pun pegawai dalam persatuan sukan kebangsaan.
Jelas sekali, semangat patriotik masih menebal. Mereka memerah keringat di gelanggang bukan untuk wang semata-mata, sebaliknya mencari kepuasan pada diri sebagai jaguh dalam acara masing-masing.
Hakikatnya, kebanyakan ahli sukan tersohor itu berjaya mencipta nama dan ada yang hampir setaraf atlet dunia.
Jika Dr Mani Jegathesan atau Ishtiaq gah mara ke separuh akhir acara 100 meter dan 110m berpagar lelaki di Sukan Olimpik, jelas karisma bintang ini terjawab.
Selain kedua-dua atlet yang mencipta kebanggaan itu, ada bintang tersohor lain seperti Rabuan (pingat emas 100m Sukan Asia 1982, New Delhi), Oik Cum (emas 400m wanita Sukan Asia 1978, Bangkok), Marina Chin (emas 100m berpagar Sukan SEA 1977, Kuala Lumpur) dan jaguh merejam lembing, Nashatar Singh, umpamanya adalah antara personaliti yang menjadikan sukan negara bertambah nilainya.
Jika sebut bola sepak, nama seperti Mokhtar, Chin Aun, Santokh Singh, James Wong dan mendiang R Arumugam akan pantas meniti di bibir peminat. Mereka memberi dimensi baru kepada perkembangan bola sepak negara.
Tambahan pula skuad negara ‘meletup’ selepas layak ke Sukan Olimpik dua kali - pada 1972 (Munich) dan 1980 (Moscow).
Personaliti penuh berwarna ini menjadikan mereka bahan buruan media hampir setiap hari. Apa sahaja ditulis atau dilaporkan mengenai mereka akan laris dijual. Secara tidak langsung membantu menaikkan nama Malaysia di dunia.
Profil sukan ini juga menarik dana daripada penaja kerana barisan pemain bintang menjadi elemen mengaut keuntungan. Nilai komersial mereka berbaloi dengan pelaburan.
Kita tidak memenangi pingat di Sukan Olimpik atau pun layak ke Piala Dunia, cuma gangsa di Sukan Asia 1974 di Iran.
Jadi inspirasi kepada ramai
Namun impak besar ditonjolkan oleh skuad negara terus menyuntik semangat kepada pemain remaja kebangsaan. Legasi ditinggalkan mereka itu melihat bola sepak bercambah di peringkat sekolah, daerah dan negeri selepas itu.
Hoki dianggap antara gergasi dunia pada era berkenaan dan skuad kebangsaan mendapat publisiti sama hebat dengan bola sepak. Apa lagi apabila kedua-dua sukan tersebut membabitkan 11 pemain atas padang.
Sempat juga hoki membayangi bola sepak, badminton dan olahraga pada satu ketika. Detik kemasyhuran tu menyusul apabila skuad negara berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia-FIH 1975 di Kuala Lumpur.
Seperti bola sepak, pasukan hoki negara diketuai Fook Loke dan dibarisi pemain lain iaitu K Balasingam, Franco D’Cruz, M Mahendran, N Sri Shanmuganathan, Wong Choon Hin, Brian Sta Maria, Len Oliveiro, A Francis, R Ramakrishnan, Khairuddin Zainal, Azraai Zain, R Pathmarajah, N Palanisamy, Pang Poh Meng dan S Balasingam.
Mereka semuanya menjadi inspirasi kepada anak-anak muda mencari nama.
Tahun ini, genaplah 50 tahun bagi mengenang detik kemasyhuran hoki negara pada 1975 yang masih terpahat dalam sejarah sukan kita.
Badminton memang sudah lama melakar nama, termasuk kejayaan memenangi Piala Thomas dan pemain era 19970-an menyambung usaha wira-wira lama. Ini adalah satu acara sukan yang boleh ditakrif paling konsisten sehingga pada hari ini.
Nama seperti Punch Gunalan, Boon Bee, Foo Kok Keong dan Misbun serta adiknya Razif-Jalani Sidek menjadi antara perintis kejayaan badminton negara pada tempoh dua dekad berkenaan.
Lee Chong Wei kemudian menjaga baik maruah sukan itu apabila menjadi legenda sukan negara paling diminati di Malaysia pada alaf baru ini, termasuk kejayaan meraih tiga pingat perak Sukan Olimpik pada 2008 (Beijing), 2012 (London) dan 2016 (Rio de Janeiro).
Jagoan lain seperti Azizulhasni Awang (basikal trek), Nicol Ann David (skuasy) dan Pandelela Rinong (terjun), umpamanya juga memiliki perwatakan hampir sama seperti ahli sukan pada era lama itu.
Penulis tidak mahu membicarakan babak ini panjang lebar kerana kurang wajar mahu membuat perbandingan atlet negara pada dua era yang berbeza. Biarlah pembaca kita yang sudah lama mengikut perkembangan sukan tanah air membuat kesimpulan sendiri.
Apa yang jelas, atlet dan sukan negara pada era digital ini tetap dengan matlamat sama – ingin mengibar gah Jalur Gemilang di pentas antarabangsa. - Mkini
V ASHOK ialah bekas Pengarang Sukan dan Pengarang Berita Luar Negara di Berita Harian.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/a_38.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gadai Keharmonian Kerana Emosi Gesa Ahli Dewan Negara

Jangan Gadai Keharmonian Kerana Emosi Gesa Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 111 hits
Sivaraj Chandran kata musuh sebenar rakyat adalah isu ekonomi kos sara hidup pendidikan dan masa depan anak anak yang perlu ditangani bersama PETALING JAYA Seorang ahli Dewan Negara mengingatkan semua individu tanpa mengira latar supaya tid...
Video Hina Islam Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara Kpn

Video Hina Islam Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara Kpn

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama hari ini berkata usaha mengesan susp...
Bank Negara Maintains Opr At 3pct

Bank Negara Maintains Opr At 3pct

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 108 hits
Bank Negara Malaysia s Monetary Policy Committee has decided to maintain the Overnight Policy Rate at three percent at its meeting today The central bank said the global economy this year is anticipated to be sustained by positive labour ma...
Waspada Luruan Angin Timuran Dijangka Memasuki Rantau Negara Pada 7 Hingga 11 Mac 2025

Waspada Luruan Angin Timuran Dijangka Memasuki Rantau Negara Pada 7 Hingga 11 Mac 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 106 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara pada 7 hingga 11 Mac 2025 Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di
Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Negara Ditemui Selamat

Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Negara Ditemui Selamat

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR Setelah lebih 12 hari menghilang adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemui selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama Seremban Putra Negeri Sembilan hari ini Ketua Polis Daera...
Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 181 hits
Kerajaan diakui kemudi ekonomi negara lebih baik pembangkang puji usaha tarik ARM masuk melaburHarapandailySeorang penulis Pas mengakui kerajaan Madani terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengemudi ekonom...
Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 177 hits
At 3pm today Bank Negara Malaysia is set to announce the overnight policy rate NSTP EIZAIRI SHAMSUDINKUALA LUMPUR At 3pm today Bank Negara Malaysia is set to announce the overnight policy rate with most analysts expecting it to hold steady ...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine