Mengembalikan Nilai Gelaran Yang Hilang Nilainya




Hapiz Kodiang


Siapa nak letak gelar al-Azhari, al-Madani, al-Yamani, al-Urduni pada namanya tiada masalah asalkan nisbah itu benar. Berbangga dengan gelar yang dinisbahkan pada pusat pengajian, tempat kelahiran, mazhab dan sebagainya juga tiada masalah. Apa yang menjadi masalah ialah memandang rendah pada orang lain dan tidak membawa manhaj sebenar pusat pengajian atau mazhab yang dipegang.


Selepas puluhan tahun, saya sendiri masih tidak berani untuk membawa gelar al-Azhari. Malah serban Syaikhul Azhar dan kakula (زي الأزهري) pun baru sekarang saya berani pakai. Itu pun selepas melihat adik² junior memakai pakaian itu semasa konvokesyen. Kelihatan gagah dan berkarisma. Pakailah kerana ia merupakan tradisi pakaian universiti dan masyayikh kita. 


Bila pakai, kita kena ingat bahawa nama baik al-Azhar dan tradisi ilmunya sedang dipaparkan kepada umum. Keadaan sekarang jauh berbeza daripada dahulu. Hari ini bilangan lepasan al-Azhar sudah tidak terbilang. Ada yang berkualiti dan sebaliknya.


Nak guna gelaran besar² ini biasanya, bukan kita letak pada diri sendiri. Pihak berautoriti lain seperti ulama sezaman yang memberikannya kepada kita atas pengiktirafan ilmu dan sumbangan kepakaran. Gelaran Imamul Haramain pada Abdul Malik al-Juwayni, Hujjatul islam pada al-Ghazali, Syeikhul Islam pada Zakariyya al-Ansari dan al-Bajuri bukan mereka sendiri yang putuskan. Sebaliknya ulama² lain yang mengiktiraf mereka berdasarkan dhawabit tertentu.


Amat bagus jika DYMM Sultan atau pihak berautoriti agama memberikan gelaran hormat selain Dato' kepada para ilmuan seperti gelaran Syaikhul Islam, Hujjatul Islam, Taqiyyuddin, Sirajuddin, Sultanul Ulama, Shamsul A'immah, al-Allamah, al-Faqih dll agar alim ulama ini dikenali, berbanding Tuan Guru, Maulana yang pada hari ini disebut oleh orang awam tidak dapat membezakan antara ulama dengan khutaba'. Gelaran² ini lebih baik daripada anugerah Tokoh Maulidur Rasul, Tokoh Ma'al Hijrah, Tokoh Ulul Albab dan lain² yang tidak boleh dimasukkan dalam salutasi nama mereka dalam upacara rasmi.


Gelaran² ilmu ini pasti nanti akan lebih bermakna kerana tidak seperti gelan Tan Sri, Dato' Sri, Dato' yang boleh dibeli atau diperolehi atas sumbangan yang kita pun tidak tahu apa yang orang itu buat. Gelaran Tok Guru pun sekarang ini sudah kurang nilai kerana mudah sangat dipanggil. Kita pun hairan, macamana cepat sangat tiba² keluar nama Tuan Guru si fulan bin si fulan. Antara gelaran paling tiada nilai sekarang ialah panggilan "USTAZ".. Habis rosak reputasi ustaz.


Oleh kerana banyak gelaran sudah kurang nilai, maka perlulah ia dikawal oleh pihak autoriti agama di bawah kuasa DYMM dan diberi kepada yang layak. Untuk diiktiraf, perlu diadakan majlis pengujian oleh mahaguru² dan sarjana Islam muktabar seperti viva voce. Pengujian ini lebih tinggi dari ujian tauliah.


Barulah yakin untuk guna gelaran² hebat!


Dr HK, A.M.K
26.12.2023






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/mengembalikan-nilai-gelaran-yang-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Diduga Hilang Bocah 4 Tahun Meninggal Tenggelam Di Kolam Masjid Al Jabbar Bandung

Sempat Diduga Hilang Bocah 4 Tahun Meninggal Tenggelam Di Kolam Masjid Al Jabbar Bandung

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 272 hits
Bocah itu sempat dilaporkan hilang saat orang tuanya berkegiatan di Masjid Raya Al Jabbar pada Minggu malam
26 700 Mangsa Maut Dan Hilang Di Gaza

26 700 Mangsa Maut Dan Hilang Di Gaza

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 339 hits
AgensiPENDUDUK Palestin di lokasi serangan Israel di Rafah sekatan Gaza FOTO ReutersGaza Serangan Israel di Semenanjung Gaza menyebabkan 26 700 orang terbunuh dan hilang sejak 7 Oktober kata pejabat media kerajaan Palestin di kawasan itu pa...
Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 424 hits
Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg...
Hadi Hilang Senjata Jika Sambut Damai Dengan Anwar

Hadi Hilang Senjata Jika Sambut Damai Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 169 hits
Mohamad FadliSebelum ini Hadi Awang didakwa menolak usaha perdamaian dengan Anwar Ibrahim yang digerakkan Ikhwanul Muslimin dua bulan selepas penubuhan kerajaan perpaduan tahun lalu PETALING JAYA Penganalisis politik berpandangan ada agenda...
Lagi Kes Kanak Kanak Hilang Rupanya Kena Jual Dalam Aplikasi Cari Jodoh Terkenal

Lagi Kes Kanak Kanak Hilang Rupanya Kena Jual Dalam Aplikasi Cari Jodoh Terkenal

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 259 hits
Seorang pelajar sekolah rendah darjah 6 dari Bandung yang didakwa hilang hampir seminggu telah ditemui Menerut laporan dari Tribun News pelajar perempuan tersebut dijual oleh seorang lelaki yang dikenalinya di media sosial Perkara ini diket...
Saya Hilang Hormat Hantaran Terbaru Jisoo Bp Di Ig Teruk Dikecam Netizen

Saya Hilang Hormat Hantaran Terbaru Jisoo Bp Di Ig Teruk Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 327 hits
Sentiasa menjadi perhatian umum hantaran Ji soo BLACKPINK di Instagram baru baru ini telah dikecam netizen ARTIKEL BERKAITAN Pada 22 Disember Ji soo telah memuat naik beberapa foto di Instagram Story dan salah satu daripadanya adalah gambar...
Hilang Ketika Keluar Bekerja Wanita Ditemukan Maut Di Ladang Sawit

Hilang Ketika Keluar Bekerja Wanita Ditemukan Maut Di Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 298 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika keluar bekerja ditemukan maut di sebuah ladang sawit di Beaufort semalam dengan kesan kelar di leher dan tetakan pada badan Wanita warga Filipina itu didapati hilang ke...
Bagaimana Nak Pulihkan Semula Semangat Mahu Berjaya Yang Dah Hilang

Bagaimana Nak Pulihkan Semula Semangat Mahu Berjaya Yang Dah Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 395 hits
Jika ditanya samada mahu berjaya dalam hidup atau tidak pasti semua orang akan jawab Ya Saya yakin semua yang jawab YA itu jujur terhadap pengakuan mereka Memang tak ada orang yang tak mahu berjaya dalam kehidupan mereka Walaupun takrifan k...
Bila Perut Tak Tenang

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit