Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ifathi.com/2020/01/mengapa-wanita-memerlukan-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus

6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 445 hits
6 Sebab Kenapa Wanita Susah Nak Kurus Wanita susah kurus Betul ke Ada betulnya memang sekali naik nak turun bercinta haha Jangan marah ni bukan MF kata tapi doktor kata Kenapa susah kurus Baca ni Betul Ini bukan sangkaan tapi kenyataan Wani...
Demi Anak Wanita Ini Bikin Sayembara Siap Diperistri

Demi Anak Wanita Ini Bikin Sayembara Siap Diperistri

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 334 hits
Posting an seorang wanita di Nganjuk tengah menjadi perbincangan Ia menggelar sayembara siap diperistri oleh siapa saja yang mendonorkan darah AB untuk anaknya Sayembara itu disampaikan akun Dewi An di group Facebook Komunitas Duda Dan Jand...
Patung Beruang Bergerak Sendiri Wanita Ketakutan Sampai Keluarkan Pistol

Patung Beruang Bergerak Sendiri Wanita Ketakutan Sampai Keluarkan Pistol

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 391 hits
Sudah banyak kali kita tonton filem filem seram berkenaan patung patung permainan yang berhantu dan dirasuki roh jahat sehingga kita tidak lagi meletakkan 100 kepercayaan kepada objek objek tidak bernyawa itu Seorang wanita pula mendemonstr...
Pengadil Wanita Akan Mewarnai Liga Malaysia

Pengadil Wanita Akan Mewarnai Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 337 hits
Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar nama Stephanie Frappart yang mencipta sejarah sebagai pengadil wanita pertama diberi tanggungjawab untuk mengadili perlawanan akhir Piala Super UEFA pada tahun lepas Tidak mahu ketinggalan dengan pe...
Exco Terengganu Nafi Laporan Garis Panduan Persembahan Wanita

Exco Terengganu Nafi Laporan Garis Panduan Persembahan Wanita

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 273 hits
Persembahan Ulik Mayang yang dipertontonkan pada perasmian Pesta Pantai Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dirasmikan menteri pelancongan ketika itu di Batu Burok PETALING JAYA Seorang exco Terengganu hari ini menafikan maklumat tidak bet...
Niat Mahu Surprisekan Teman Wanita Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri

Niat Mahu Surprisekan Teman Wanita Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 568 hits
Nak Surprisekan GF Pada Hari Special Sekali Dia Pula Yang Kena Surprise Tak semua lelaki romantik dan pandai buat surprise untuk kekasih dorang Tapi malangnya bagi lelaki ni bila dia nak buat surprise dekat girlfriend tapi last last dia yan...
Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 450 hits
Apa lagi yang mampu ditulis apabila melihat peritnya seorang isteri melalui pemergian suami tersayang tanpa sebarang tanda Kelilangan aktor kacak Ashraf Sinclair pada pagi semalam benar benar merobek hati isterinya yang juga penyanyi terken...
Pasien Aborsi Di Paseban Banyak Wanita Di Bawah 24 Tahun Hamil Di Luar Nikah

Pasien Aborsi Di Paseban Banyak Wanita Di Bawah 24 Tahun Hamil Di Luar Nikah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 290 hits
Yusri mendata sebanyak 903 pasien menyambangi klinik aborsi di Paseban Jakarta Pusat Sebagian besar berada di usia produktif mulai dari 24 tahun ke bawah
3 Wanita Yang Joget Tiktok Di Masjid Dianggap Nodai Tempat Ibadah Akui Khilaf Dan Minta Maaf

3 Wanita Yang Joget Tiktok Di Masjid Dianggap Nodai Tempat Ibadah Akui Khilaf Dan Minta Maaf

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 328 hits
Sebuah video joget dari platform TikTok beredar di Facebook dan menjadi viral Video dengan durasi 14 detik tersebut dinilai tidak pantas dilakukan Dalam video tersebut memperlihatkan tiga orang wanita berjilbab berjoget ala TikTok di dalam ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game