Mengapa Tun M Enggan Kerjasama Dengan Muhyiddin



Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.
Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khusus untuk menjatuh kerajaan kleptokrasi Najib Razak.
Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.
Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli Umno yang masuk Bersatu telah merancang untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan mendirikan kerajaan baru bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.
Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami. Tanpa PH, Muhyiddin tidak mungkin menang, tidak mungkin jumpa pintu belakang.
Ya. Memang dalam PH ada DAP. Walaupun DAP menang 42 kerusi, DAP hanya dapat enam menteri kabinet, sama dengan Bersatu yang menang hanya 13 kerusi tetapi dapat enam menteri juga. Dan ahli Bersatu dipilih sebagai perdana menteri dalam kabinet 28 menteri.
Tak mungkin sama sekali DAP kuasai kabinet dengan enam orang menteri. Segala keputusan dalam kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri.
Anggapan bahawa enam menteri kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai perdana menteri perlu didapati.
Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP.
Kuasa membatal ada pada Muhyiddin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk menjatuhkan PH dan dia menjadi perdana menteri dengan sokongan Umno dan PAS.
Umno menyokong Muhyiddin jadi perdana menteri supaya usaha untuk melepaskan Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan.
Jauh daripada menunaikan janji untuk menjatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi perdana menteri.
Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.
Dalam PRU15 Umno akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela Umno dengan “Cash is King”nya.
Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.
Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya.
________________________________________________________________________________
DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dan MP Langkawi. Tulisan ini pertama kali dimuatkan di blognya dengan tajuk ‘Nasihat”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28458

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 347 hits
PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan Dr MahathirPakatan Harapan seolah olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri kata Tun Dr Mahathir Mohamad Katanya ia s...
Najib Troll Dr M Tak Boleh Kerjasama Dengan Muhyiddin

Najib Troll Dr M Tak Boleh Kerjasama Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 497 hits
Najib Razak hari ini secara menyindir Dr Mahathir Mohamad berhubung alasan tidak dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Najib dengan sinis memuat naik tangkap layar artikel disiarkan Malaysiakini dengan kapsyen kenapa mer...
Muhyiddin Cabar Saman Tun M Kes Tuntutan Keahlian Bersatu

Muhyiddin Cabar Saman Tun M Kes Tuntutan Keahlian Bersatu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 804 hits
Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kes samam Tun Dr Mahathir Mohamad dan enam yang lain berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Kuala Lump...
Tun M Dakwa Muhyiddin Akan Bebaskan Najib

Tun M Dakwa Muhyiddin Akan Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 376 hits
By 14 June 2020Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa lebih ramai pemimpin UMNO akan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah tidak lama la...
Tanpa Kerjasama Wan Azizah Anwar Mustahil Tun M Jadi Pm 7

Tanpa Kerjasama Wan Azizah Anwar Mustahil Tun M Jadi Pm 7

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Khalid Samad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan rasa kurang senang pemimpin PKR terutama kalangan otai reformasi Ini dapat dilihat dari nada tegas bekas pengasas PKR Dr Syed Husin Ali berhubung kenyataan Pe...
Aduyaii Muhyiddin

Aduyaii Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 472 hits
Dikatakan ada tiga usul utama 1 Usul percaya PM 2 Usul tidak percaya PM 3 Usul ganti Speaker Dengan kelebihan hanya 2 3 sokongan MP sahaja laluan Muhyiddin sangat sukar kecuali minta bantuan PKR Anwar secara terangan atau sembunyi Kalau Muh...
Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 307 hits
Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini Turut hadir Pegawai Daerah Muar Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Daerah Tangkak Shafiei Ahamad MUAR Perdana Menteri Muhyiddin ...
Pm Muhyiddin Is Looking To Remove Dewan Rakyat Speaker And One Of His Deputies

Pm Muhyiddin Is Looking To Remove Dewan Rakyat Speaker And One Of His Deputies

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 401 hits
Muhyiddin s submission to Parliament to remove the speaker is a first in Malaysian history small Cover image via Malaysiakini span span small On 13 July when the Dewan Rakyat reconvenes it might be the last day for the current Speaker Moham...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan