Mengapa Tidak Dana Rm1 Bilion Projek Khas Pm Derma Ke Tabung Covid



Pengumuman Perdana Menteri (PM) Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan untuk disalurkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Covid 19 merupakan suatu tindakan yang wajar dipuji.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, para menteri dan timbalan masih boleh mendapat gaji Ahli Parlimen dan peruntukan-peruntukan kepada mereka sebagai menteri yang masih berjalan seperti biasa, berbanding Ahli Parlimen Pembangkang yang hanya mendapat peruntukan minimum dalam setahun.
“Sebagaimana yang dikritik Majlis Presiden Pakatan Harapan, malah juga Timbalan Presiden Umno, pengumuman tersebut tidak bermakna elaun Ahli Parlimen dan peruntukan-peruntukan khas Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri juga disalurkan ke dalam akaun tersebut. Ini satu perkara yang perlu dijelaskan PM.
“Juga wujud pandangan yang berkata Ahli-Ahli Parlimen termasuk dari kalangan Pembangkang patut menyalurkan elaun mereka ke dalam akaun yang sama.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya bersedia melakukan perkara ini dengan syarat utama Parlimen dibuka sekarang. Proses semak imbang yang telah tempang sejak Parlimen ‘dibekukan’ enam bulan lalu dan perlu dihidupkan semula, terutamanya dalam keadaan krisis pandemik yang berlarutan ini,” kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sekiranya Parlimen bersidang, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran rakyat akan dapat dijawab dengan segera dan jelas.
Contohnya, berapa sebenarnya yang telah dibelanjakan untuk membangun laman web pendaftaran AstraZeneca, dan mengapa laman web tersebut gagal pada saat paling kritikal baru-baru ini.
Namun menurut beliau, potongan elaun dan gaji menteri tidaklah seberapa untuk mengumpul dana dalam Akaun Amanah Bencana berkenaan.
Sebaliknya, Fahmi mencadangkan agar PM memperuntukkan semula dana khas berjumlah RM1 bilion dari Belanjawan 2021 di bawah ‘Projek Khas’ PM (Maksud Pembangunan 6, Butiran 93500, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021) kepada tabung Covid 19 supaya lebih banyak rakyat yang mendapat manfaatnya.
“Sementara menunggu Parlimen dibuka, saya menggesa Perdana Menteri agar menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan satu Ordinan Darurat bagi memperuntuk semula peruntukan khas Perdana Menteri berjumlah RM1 bilion dari Belanjawan 2021 di bawah tajuk ‘Projek Khas’ untuk disalurkan secara terus ke dalam Akaun Amanah Bencana ini.
“Jumlah RM1 bilion ini jauh lebih besar berbanding elaun 3 bulan bagi 220 orang Ahli Parlimen yang dianggarkan dalam RM16.5 juta, dan akan dapat digunakan dalam waktu lebih cepat untuk menangani pandemik Covid,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32260

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dana RM300 000 bakal diperuntukkan untuk 2 jabatan kesihatan negeri Sumber foto Awani BANGI Selepas bantuan kepada rakyat yang memerlukan berjaya disalurkan menerusi Tabung Perwira COVID 19 fasa pertama dan k...
Rm1 5 Bilion Bayaran Gkp 3 0 Disalur Kepada 1 Juta Pks Mikro Mulai Khamis Ini

Rm1 5 Bilion Bayaran Gkp 3 0 Disalur Kepada 1 Juta Pks Mikro Mulai Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 320 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizPUTRAJAYA Hampir sejuta perusahaan kecil dan sederhana mikro melibatkan penerima sedia ada Geran Khas Prihatin 1 0 dan GKP 2 0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3 0 akan menerima...
Bekas Pesakit Covid 19 Boleh Derma Darah Selepas Pulih

Bekas Pesakit Covid 19 Boleh Derma Darah Selepas Pulih

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 335 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Bekalan darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II kini hampir kritikal yang dianggap hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja lagi Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata ketika Perintah Kawalan Perge...
Prihatin Dengan Nasib Rakyat Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung Covid 19

Prihatin Dengan Nasib Rakyat Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 288 hits
Prihatin dengan situasi rakyat jelata Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengambil inisiatif untuk membuat sumbangan khas kepada rakyat yang terkesan semasa Pe...
213 Mangsa Insiden Lrt Terima Bantuan Khas Rm1 000

213 Mangsa Insiden Lrt Terima Bantuan Khas Rm1 000

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 327 hits
1 159 total views 1 159 views today Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1 000 bantuan khas akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam kemalangan LRT malam tadi lapor Bernama Beliau ...
Diduga Selewengkan Dana Covid 19 Rp3 1 Miliar Kepala Bpkad Mamberamo Raya Ditahan

Diduga Selewengkan Dana Covid 19 Rp3 1 Miliar Kepala Bpkad Mamberamo Raya Ditahan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 242 hits
Penyidik Direktorat Reserse Kriminal Khusus Polda Papua menahan SR Kepala Badan Pengelolaan Keuangan dan Aset Daerah Kabupaten Mamberamo Raya Tersangka korupsi ini diduga menyalahgunakan dana penanggulangan Covid 19 sebesar Rp3 153 100 000
Bantuan Zakat Khas Covid 19 Permohonan Syarat Kelayakan

Bantuan Zakat Khas Covid 19 Permohonan Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 355 hits
Bantuan Zakat Khas Covid 19 Rakyat Negeri Sembilan khususnya yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap ataupun sumber pendapatan terganggu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan anda dialu alukan untuk memohon bantuan zakat khas Co...
Vietnam Rayu Rakyat Sumbang Dana Beli Vaksin Covid 19

Vietnam Rayu Rakyat Sumbang Dana Beli Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 343 hits
Images KONGSI ARTIKEL HANOI Vietnam yang pernah dijadikan sebagai teladan kepada seluruh dunia atas kejayaannya membendung penularan COVID 19 kini meminta sumbangan derma daripada rakyatnya untuk membeli vaksin sedang ia ter
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk