Mengapa Tanah 4 400 Hektar Tak Dijadikan Tanah Rizab Melayu


Haji Rashidi Haris Jangan jadikan isu ceroboh tanah kerajaan politik murahan ISU utamanya ialah mengenai pencerobohan tanah kerajaan secara haram dan ia adalah salah tidak kira apa jua tujuan dan matlamat yang diutarakan.
Menceroboh adalah haram dan wajib dihukum.
2. Isu ini dibawa ke Mahkamah oleh DAP Pahang pada 28 Ogos 2020 kononnya bagi membantu 111 orang peneroka tanah haram ini.
Peliknya, adakah DAP tidak dapat membezakan antara tanah haram dengan tanah yang bergeran atau sah?
DAP jangan cuba menjernihkan air yang keruh dengan memanipulasikan pekebun tanam haram ini dengan perkara kebenaran.
Sedangkan kerajaan negeri mempunyai hak ke atas tanah pajakan, inikan pula tanah haram yang tidak bergeran.
3. Lebih baik DAP memfokuskan isu gangguan bekalan air bersih yang sering terputus disebabkan loji rawatan air yang tidak boleh merawat, yang juga berpunca daripada kekeruhan air kesan daripada penerokaan tanah haram ini. Itu satu masalah besar.
Pencerobohan tanah haram ini daripada kecil terokaannya kini sudah semakin besar sehingga setiap kali pembukaan kawasan baru akan menjejaskan air di kawasan berkenaan.
Jangan menjadikan ‘point’ kononnya tanah ini telah diteroka pada zaman dahulu lagi, perkara salah tetap salah.
4. Demonstrasi Selamatkan Pekebun Durian oleh DAP dengan mempamerkan gambar Yang di Pertuan Agong untuk tujuan meraih simpati dan campur tangan pihak istana amatlah jelik.
Jangan jadikan isu ini sebagai mainan politik murahan seperti yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Pahang iaitu Chow Yu Hui yang terbabit dalam demonstrasi ini, yang turut lari daripada memfokuskan masalah utamakan kawasan ini iaitu ‘air bersih’.
Yu Hui sebelum ini cuba mempopularkan diri apabila memfailkan permohonan mahkamah untuk membantah iklan Jawi di papan tanda pihak berkuasa tempatan (PBT) Pahang.
5. Kerajaan negeri harus mengambil tindakan tegas dan tidak beri muka kepada mereka.
Keputusan kes ini nanti boleh dijadikan contoh rujukan kepada negeri-negeri lain yang turut mempunyai tanah haram seumpama ini.
Dalam kes ini kita sedia maklum bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Sallehudin Ishak dalam laporan MalaysiaKini pada 20 Ogos 2020 lalu menjawab dakwaan Save Musang King Alliance (Samka), sebuah kumpulan yang dibentuk oleh petani durian yang tidak mempunyai izin menduduki tanah di Raub dengan tegas berkata: “Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang menentang legalisation scheme (skim pengesahan pendudukan tanah di sisi undang-undang) ini,”
6. Mereka kemudian mempunyai helah lain bagi mendapatkan tanah di bawah nama syarikat dengan meletakkan nama kerabat.
Ia dengan harapan supaya mereka mendapat tanah seluas mungkin untuk mengaut keuntungan banyak tanpa berkongsi dengan kerajaan negeri.
Tanah yang diduduki oleh petani secara haram akan dipajakkan kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP) untuk ‘menghalalkan’ pendudukan tanah secara haram itu.
Siapa Royal Pahang Durian Group (RPD) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)?
Khabarnya syarikat milik bukan Melayu yang meletakkan nama kerabat Pahang dan terbaharu RPDP-PKPP dilaporkan telah diberi pajakan dan hak untuk menggunakan tanah seluas 5,357 ekar di Raub selama 30 tahun.
Malah, tambahan 30 tahun lagi yang menjadikannya sebanyak 60 tahun membolehkan mereka menanam pokok durian di atas tanah berkenaan.
7. Kami bukan mempersoalkan mengenai usaha sama kerajaan negeri atau penglibatan kerabat diRaja dalam syarikat tersebut, tetapi yang menjadi tanda tanya mengapa tidak ada penguatkuasaan melarang pencerobohan?
Jika berlaku pencerobohan, adakah pihak berwajib mengambil tindakan terhadap syarikat atau pekebun terbabit?
Isunya adalah mengapa tiada tindakan pemguatkuasaan?
Bagaimana syarikat atau pekebun boleh menanam pokok durian di atas tanah yang belum diwartakan kebenaran ke atasnya?
Penceroboh negara atau pendatang asing tanpa izin kita tangkap, hukum dan halau keluar dari negara.
Mengapa penceroboh tanah tidak ditangkap, dihukum dan dikenakan kuarantin dengan menjadikan kawasan tanah berkenaan sebagai kawasan larangan pencerobohan.
Letak iklan “Amaran! Penceroboh AkanDidakwa!”
8. Kelmarin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu gugat.
Persoalannya mengapa tidak dikenakan denda maksimum dan bayaran semula penempatan penanaman secara haram selama tahun-tahun akibat pencerobohan?
Individu terbabit perlu didenda sekurang-kurangnya RM100,000 bagi setiap satu tahun.
9. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa operasi pemutihan tanah dalam kegiatan pencerobohan bagi tanaman durian Musang King di Pahang perlu dilakukan secara bertimbang rasa, agar aktiviti pencerobohan tanah kerajaan, termasuk hutan simpan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.
Apakah kenyataan ini secara tidak langsung mahu memberitahu para penceroboh tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana menceroboh?
10. Kesimpulannya, saya berasa amat sedih dengan pendekatan sikap beberapa pemimpin yang kita amanahkan untuk menjaga kepentingan anak cucu-cicit bangsa Melayu ini yang kelihatannya semakin hari semakin berkurangan dan perkara ini sangat membimbangkan.
Kita adalah anak pribumi dan telah berada di sini ribuan tahun bukannya baru 100 tahun yang lalu.
Apabila terjadi keadaan begini, kita tersepit antara mahu atau tidak bagi mengekalkan kerajaan negeri yang ada, kerana jelasnya mereka ini amat mudah luntur melutut apabila soal wang ringgit menjadi pertaruhan.
11. Sampai bila? Soalan yang tiada siapa boleh menjawabnya melainkan bangsa Melayu itu sendiri.
Sama ada mahu melihat sesuatu yang dilakukan itu pada jangka masa pendek atau pun panjang hanya semangat kemelayuan dalam diri itu sahaja yang boleh menjawabnya.
Bagaimanapun, peruntukan undang-undang mesti dilaksanakan, dan jika tidak, kredibiliti dan integriti akan tercemar, yang akhirnya keadaan negara ini akan semakin hilang kedaulatannya.
12. Solusinya? Apakah tidak boleh selain daripada memberi kelulusan mengusahakan tanah tersebut dengan manfaat yang terhad kepada mereka yang tertentu sahaja?
Mengapa tanah 4,400 hektar itu tidak dijadikan Tanah Rizab Melayu dan disewakan sahaja dengan tidak kurang 40 peratus saham dijadikan milik Melayu dengan sebahagian diberi kepada Tabung Haji (TH), Yayasan, Koperasi dan sebagainya, agar semua pihak mendapat manfaat daripada tanah yang tuhan anugerahkan kepada orang Melayu?
Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/mengapa-tanah-4400-hektar-tak-dijadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu Bergema Di Slim

Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu Bergema Di Slim

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 313 hits
BORHAN AHMAD Walaupun hanya calon bebas berlogokan pokok bertanding di Slim program kempen untuk Amir Khusyari mendapat sambutan beribu ribu orang malam tadi Khemah yang disediakan penuh sesak dengan orang ramai khasnya di kalangan wanita I...
Tanah Hanyut Bukan Untuk Melayu

Tanah Hanyut Bukan Untuk Melayu

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 214 hits
Orang UMNO memang menampakkan kebencian yang amat kepada orangCina terutama dari DAP Yang menghairankan orang UMNO tak kesah pun tanah diluluskan oleh EXCO terdiri dari ADUN UMNO utk diberi kepada orang Cina bukan 5 10 ekar tapi puluhan rib...
Umat Melayu Bakal Bebaskan Al Aqsa

Umat Melayu Bakal Bebaskan Al Aqsa

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 215 hits
1 Dengan terjalinnya hubungan antara Israel dan UAE serta kelunakan negara negara Arab terhadap negara haram Israel semakin jelas kepada kita bahawa dunia Arab tidak akan mampu lagi untuk membebaskan Jerusalem daripada cengkaman Zionis 2 Ke...
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 563 hits
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu Hari ini hakak berkesempatan untuk menyertai Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Terengganu Terengganu cukup terkenal dengan produ...
Sembang Kencang Pasal Bangsa Melayu Lihat Bangsa Melayu Sendiri Sedih

Sembang Kencang Pasal Bangsa Melayu Lihat Bangsa Melayu Sendiri Sedih

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 339 hits
ZULAIFA RAHMANHebat ka bila ada kuasa politik dulu Cakap cam orang X WARAS je atau hebat dngan nafsu yang bergelodak untuk mengaut harta negara lagi buktinya puluhan tahun dulu umno pernah berkuasa ekonomi orang melayu x banyak bkembang maj...
Rba Gunakan Nama Melayu Pertahankan Guan Eng Dalam Isu Direct Nego

Rba Gunakan Nama Melayu Pertahankan Guan Eng Dalam Isu Direct Nego

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 567 hits
Kita semua tahu fungsi dan peranan tentera siber DAP yang digelar sebagai Red Bean Army atau RBA Dalam keadaan tiada isu RBA akan memainkan isu isu perkauman untuk membakar api kemarahan di kalangan masyarakat majmuk Bila sahaja mana mana p...
Cik Siti Wan Kembang Lagenda Puteri Melayu Kelantan

Cik Siti Wan Kembang Lagenda Puteri Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 534 hits
Dalam Hikayat Seri Kelantan baginda ialah seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke 17 Puteri kepada Sultan Ahmad ini telah kehilangan ayahandanya pada usia yang sangat muda iaitu empat tahun dan kemudian ditabal...
Hiburan Buat Tutorial Masakan Dalam Bahasa Inggeris Hanis Zalikha Dikecam Netizen Tak Reti Berbahasa Melayu

Hiburan Buat Tutorial Masakan Dalam Bahasa Inggeris Hanis Zalikha Dikecam Netizen Tak Reti Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 506 hits
Rasanya semua sedia tahu bahawa pelakon dan juga hos Hanis Zalikha sering saja berkongsi menu masakan di ruangan Instagram miliknya Baru baru ini dia telah memuat naik lagi satu video resipi mudah dan turut memberitahu bahawa mereka sekelua...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention