Umat Melayu Bakal Bebaskan Al Aqsa



1) Dengan terjalinnya hubungan antara Israel dan UAE, serta kelunakan negara-negara Arab terhadap negara haram Israel, semakin jelas kepada kita bahawa dunia Arab tidak akan mampu lagi untuk membebaskan Jerusalem (al-Aqsa) daripada cengkaman Zionis.

2) Ketidak-mampuan ini membawa kepada teori pembebasan al-Aqsa oleh umat bukan Arab. Mata-mata hidden organisation dan teori-teori konspirasi menghala ke arah Alam Melayu atau Bani Jawi, kononnya al-Aqsa akan dibebaskan oleh umat Islam dari alam Melayu, Bani Jawi dan Asia Tenggara.

3) Alam Melayu pula telah lama diusahakan untuk dimusnahkan, dicaca-merbakan, dijajah, dan digelapkan sejarah ketamadunan dan kehebatannya agar umat Melayu tidak bangkit untuk mendominasi dunia.

4) Kita pernah belajar bahawa empayar-empayar Melayu pernah menguasai dunia dengan cara tersendiri, menguasai laut dan darat, menguasai jalan perdagangan dunia, menguasai bidang-bidang ilmu dan bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan dunia (Lingua Franca) untuk dipertuturkan oleh dua native yang berbeza bahasa.

5) Potensi Melayu untuk membebaskan al-Aqsa sememangnya ada jika merujuk kepada sejarah kehebatannya yang lampau. Maka sejarah ini mesti dipadam, umatnya mesti dilunyai dan dijajah. Pemikiran mereka mesti disibukkan dengan perebutan kuasa sesama sendiri. Jadikan mereka satu bangsa yang diselubungi inferiority complex, maka mereka akan sukar untuk bangkit semula.

6) Suara-suara cerdik pandai Melayu, alim ulamak, pengkaji-pengkaji alam Melayu yang mahu kembali mencerahkan umat Melayu dengan sejarah-sejarah keagungan ummah, menggusarkan musuh-musuh yang berselindung dalam apa jua bentuk. Apabila orang-orang politik Melayu juga mula memandang sejarah dan kehebatan nenek moyang Melayu sebagai inspirasi kebangkitan ummah, ia akan lebih memangkin kebangkitan.

7) Musuh-musuh tidak takut kepada kekuatan persenjataan orang-orang Melayu, kerana hari ini mereka mempunyai teknologi senjata yang canggih juga. Tetapi attribute kuasa diplomatik orang-orang Melayu mungkin menjadi senjata besar untuk membebaskan al-Aqsa. Bagaimana? Siapa tahu.

8 ) Mata-mata yang memerhati alam Melayu hari ini tertumpu kepada Malaysia, Brunei dan Indonesia, kerana ketiga-tiga negara ini masih mempunyai jatidiri Melayu yang kuat berbanding Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam dan sebagainya yang telah hampir 100% diganyang penjajah.

9) Sejarah pernah mencatatkan bahawa penjajah Inggeris mengkagumi kehebatan orang-orang Melayu melawan penjajahan. Kapten Sherard Osborn, pegawai Tentera Laut British ketika mencatat peristiwa perang Kedah-Siam, pernah berkata: "Seperti anjing pribumi (orang India) di sepanjang pesisir pantai semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka. Tetapi tidak bagi orang Kedah! Dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman,"

10) Bangsa Arab sudah hilang taringnya terhadap kekuatan Israel. Bangsa Afrika juga telah dilemahkan berabad lamanya. Bangsa Cina mahu menguasai ekonomi dunia sahaja. Andai bangsa Melayu bangkit semula menguasai dunia, teori al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang Nusantara mungkin menjadi nyata.

11) Jika kita teropong dengan cara lutsinar ke dalam negara kita, apakah kita ada potensi yang disebut-sebut dalam teori-teori pembebasan al-Aqsa itu? Sebelum ini saya pernah menulis, jika gandingan Tun Mahathir - DS Anwar - TG Haji Hadi mengemudi negara tanpa prejudis dan mempunyai fikrah yang jelas, dan sama-sama mengembeling kekuatan, potensi yang ada pada diri masing-masing, pasti kita akan dapat lihat bunga-bunga pembebasan al-Aqsa hari ini.

12) TG Haji Abdul Hadi pernah menghadiri mesyuarat ceara online dengan para ulama sedunia bagi membincangkan isu pembebasan al-Aqsa. Namun saya berpandangan, ummah masih belum ada kekuatan untuk berbuat demikian, walaupun dilantik menjadi Duta Khas. Perbincangan hanyalah perbincangan, melainkan ia diterjemah dalam bentuk kuasa-kuasa pemerintahan yang bergabung.

13) Jika dunia gerakan Islam memandang Malaysia sebagai tempat yang akan ada kebangkitan untuk membebaskan al-Aqsa, tentunya mereka memandang tiga watak yang telah disebutkan. Sebahagian besar masih bernostalgia dengan ketegasan Tun Mahathir mengkritik PBB, Amerika dan Israel. Sebahagian gerakan kontemporari melihat DS Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan. Dan tidak kurang, mereka menaruh harapan kepada Syeikh Abdul Hadi.

14) Namun, ketiga-tiganya sudah lewat usia. Mereka secara adatnya, tidak akan sempat untuk melihat al-Aqsa dibebaskan. Maka perjuangan mereka mesti disambung oleh anak-anak mereka, bahkan generasi seterusnya yang belajar dan mengharungi jalan perjuangan mereka.

15) Persoalannya, apakah anak-anak mereka atau murid-murid mereka mampu menggalas harapan ummah kepada mereka? Dan paling utama, apakah ada jalan untuk kekuatan mereka digabungkan dengan satu kesatuan fikrah yang benar? Kerana pertembungan sesama merekalah menjadi punca utama kita hilang kekuatan itu.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

MR :  Insya-Allah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/umat-melayu-bakal-bebaskan-al-aqsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 207 hits
Pembahasan masih seputar dukungan Turki terhadap organisasi sayap militer Palestina Hamas Pertemuan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan sejumlah delegasi Hamas Palestina memastikan dukungan Turki dalam perlawanan terhadap rezim Zion...
Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 266 hits
ismaweb netMCA kena ikut kehendak Melayu bertanding di kerusi majoriti CinaSEJAK Pilihan Raya Umum pertama pada tahun 1955 parti MCA telah dianggap sebagai penyokong tegar kerajaan daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional dalam mendapa...
Nvidia Bakal Memperkenalkan Paparan G Sync Khusus Untuk E Sukan

Nvidia Bakal Memperkenalkan Paparan G Sync Khusus Untuk E Sukan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 216 hits
Sewaktu acara pengumuman NVIDIA mengenai siri kad grafik Ampere terbaru mereka Jensen Huang CEO NVIDIA turut mengumumkan bahawa paparan yang akan dibina khusus untuk tujuan e sukan akan diperkenalkan oleh beberapa jenama paparan gaming terk...
Pertalite Bakal Dihapus Said Didu Pertamina Murni Jadi Pedagang Bbm

Pertalite Bakal Dihapus Said Didu Pertamina Murni Jadi Pedagang Bbm

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 255 hits
Wacana terkait penghapusan varian BBM PT Pertamina jenis Premium dan Pertalite kembali mencuat Hal itu terbuka saat rapat dengar pendapat antara Direktur Utama Pertamina Nicke Widyawati dengan Komisi VII yang digelar kemarin Sontak wacana i...
Zahirah Macwilson Hamil Enam Bulan Aiman Hakim Ridza Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Zahirah Macwilson Hamil Enam Bulan Aiman Hakim Ridza Teruja Bakal Timang Anak Sulung

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 742 hits
HAMPIR tujuh bulan bergelar suami isteri pelakon Zahirah MacWilson pada Selasa mengumumkan kini hamil enam bulan Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka Enam ...
Aiman Zahirah Bakal Bergelar Ibu Bapa Kandungan Kini 6 Bulan

Aiman Zahirah Bakal Bergelar Ibu Bapa Kandungan Kini 6 Bulan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 546 hits
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson apabila mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga Pasangan ini berkongsi berita gembira ters...
Tarif Listrik Bakal Turun Rp 22 Per Kwh Pemerintah Silahkan Dinikmati

Tarif Listrik Bakal Turun Rp 22 Per Kwh Pemerintah Silahkan Dinikmati

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 1550 hits
Pihak PLN kembali memberikan keringanan bagi pelanggan Nonsubsidi di tengah pandemi Covid 19 Selama tiga bulan mulai Oktober hingga Desember 2020 pelanggan PLN Nonsubsidi dengan golongan rendah akan mendapat penurunan tarif listrik Dalam su...
Donny Van De Beek Bakal Menyertai Manchester United

Donny Van De Beek Bakal Menyertai Manchester United

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 199 hits
Pemain tengah Ajax Donny Van De Beek dikhabarkan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United pada musim baru ini dengan Yuran perpindahan sebanyak 40juta Van de Beek menjadi pemain Pertama akan menyertai Man United pada jendela perpin...
Hiburan Ada Mengaku Patah Hati Dan Menangis Bakal Berkahwin Ikmal Amry Akui Ada Peminat Sedih

Hiburan Ada Mengaku Patah Hati Dan Menangis Bakal Berkahwin Ikmal Amry Akui Ada Peminat Sedih

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 1322 hits
Pelakon drama siri Gantung Akmal Amry baru baru ini ada mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Najla Shamsul pada Disember ini Pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali 26 ini turut mendedahkan bahawa selepas pengu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa