Mengapa Solat Dikaitkan Dengan Rezeki


Mengapa Solat Dikaitkan Dengan Rezeki?
1. Dalam Surah Taha, Allah menyebutkan hubungkait antara solat dengan rezeki. Seolah, kedua elemen ini saling berkaitan. Firman Allah:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Taha: 132)
2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:
يعني إذا أقمت الصلاة أتاك الرزق من حيث لا تحتسب
“Iaitu sekiranya engkau bersabar mendirikan solat, Allah akan mengurniakan kamu rezeki dalam keadaan yang kami tidak sangka-sangka”. (Ibn Kathir)
3. Kenyataan Ibn Kathir ini seakan memberikan gambaran bahawa sabar dalam menunaikan solat akan membuka pintu rezeki. Kita juga seharusnya faham bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit.
Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kurniaan anak-anak yang soleh, ia adalah anugerah yang tidak ternilai. Adakalanya ia datang dalam bentuk ketenangan jiwa, satu anugerah yang tidak diperoleh dengan wang. Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kesihatan.
4. Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang memerintahkan ahli keluarganya mendirikan solat ketika ditimpa ujian. Kata al-Zamakhshari:
بكر بن عبدالله المزني – رحمه الله تعالى - إذا أصاب أهله خصاصة قال : قوموا فصلوا, ثم يقول: بهذا أمر الله تعالى ورسوله
“Sesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.” Lalu dibacanya ayat dari surah Taha tadi.
5. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Dirikanlah solat dan mengadu kepada Allah. Bukan mengadu dalam facebook.
6. Urwah ibn al-Zubayr melihat ayat ini dari sudut pandang yang berbeza. Apabila beliau melihat ahli keluarganya tidak memiliki kemewahan dunia seperti orang lain, dia lalu membacakan ayat dari Surah Taha di atas mengingatkan mereka agar sentiasa mendirikan solat dan pada Allah lah segala ketentuan rezeki mereka.
7. Begitu juga dengan Saidina Umar al-Khattab yang dikatakan sentiasa mendidik ahli keluarga beliau mendirikan solat, tidak kira saat susah atau senang.
8. Didiklah anak-anak kita untuk mendirikan solat dalam apa jua keadaan. Apabila ditimpa kesusahan, dirikanlah solat dan mohonlah bantuan dari Allah. Apabila dikurniakan kesenangan, bangun dan tunaikanlah solat, lambang syukur hamba kepada Allah.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/07/mengapa-solat-dikaitkan-dengan-rezeki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 288 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Air Graviti Punca Mencari Rezeki Rona Sabah Tv1

Air Graviti Punca Mencari Rezeki Rona Sabah Tv1

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 390 hits
Air graviti punca mencari rezeki Rona Sabah TV1RONA SABAH TV1 Gunalah air graviti ini seberapa lama dan sebanyak manapun tetapi hargailah usaha penyediaan dan penyelenggaraannya Kejujuran milik anda saksikan dokumentari Rona Sabah dlm episo...
Lambat Rezeki Anak Izzue Islam Cari Jawapan

Lambat Rezeki Anak Izzue Islam Cari Jawapan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 656 hits
Rezeki adalah kurniaan Allah yang hadir dalam berbagai bentuk Atas alasan tersebut seandainya poket semakin nipis atau sering kekeringan baki dalam akaun bank tidak bermakna kita tergolong dalam kelompok manusia yang jauh daripada limpahan ...
Ambil Sahaja Cikgu Rezeki Ni Kena Berkongsi Nak Cari Dunia Sampai Mati Tak Kan Habis

Ambil Sahaja Cikgu Rezeki Ni Kena Berkongsi Nak Cari Dunia Sampai Mati Tak Kan Habis

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 391 hits
Tenguran tanpa di jangka kadang kala memberi kita kesedaran walaupun ayatnya sebaris tapi mampu memberi kesan kepada kita yang mendegarnya itu lah dinamakan kesadaran tanpa di dugaSituasi berkenaan boleh disamakan dengan kisah yang dikongsi...
Mengapa Rezeki Kita Sempit

Mengapa Rezeki Kita Sempit

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 687 hits
MENGAPA REZEKI KITA SEMPIT Assalamualaikum dan dalam sejahtera MENGAPA REZEKI KITA SEMPIT Satu persoalan atau pertanyaan yang terlintas difikiran kita apabila kita tidak memiliki apa yang orang lain miliki Ingat rezeki itu bulan saja berben...
Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor

Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1150 hits
Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor Kadang kadang rezeki kita ini datang tiba tiba Dalam ada masalah Allah balas dengan rezeki yang lain Entri ringkas ini cik en buat sebab nak ambil idea dan mood untuk entri review Nak freshkan otak...
Dikaitkan Dengan Keganasan Ulama Aceh Sepakat Haramkan Permainan Pubg

Dikaitkan Dengan Keganasan Ulama Aceh Sepakat Haramkan Permainan Pubg

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 315 hits
Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh secara sebulat suara telah mengharamkan permainan Player Unknown s Battle Grounds dan permainan seangkatan dengannya Fatwa yang dipersetujui oleh semua 47 ulama anggota MPU tersebut diputuskan setelah mengk...
Dikaitkan Dengan Surat Layang Timbalan Menteri Ancam Saman Blog

Dikaitkan Dengan Surat Layang Timbalan Menteri Ancam Saman Blog

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 405 hits
PETALING JAYA Timbalan menteri pelancongan seni dan budaya mungkin akan mengambil tindakan undang undang terhadap pihak yang mengaitkannya dengan surat layang mengkritik Menteri Mohamaddin Ketapi yang tersebar di WhatsApp Muhammad Bakhtiar ...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston