Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa



KUALA LUMPUR: Malam tadi, kumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bermesyuarat lagi bagi mencari persefahaman gabungan parti mana dan siapa di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dicalonkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Hasil mesyuarat berakhir menjelang tengah malam itu bagaimanapun masih gagal merungkai kemelut yang tercetus, malah beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui memaklumkan mereka mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, pagi ini.
Terdahulu BN sudah mengadakan dua pertemuan berasingan dan berpendirian tidak menyokong mana-mana blok, mendorong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN menghadap baginda di Istana Negara, mulai 10.30 pagi ini.
Mengulas perkembangan dalam kem BN, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO melihat tindakan Ahli Parlimen BN itu mengingkari titah dan menghalang Seri Paduka menyempurnakan tugas melantik Perdana Menteri baharu.
Beliau yang digugurkan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu, juga berpandangan keputusan BN itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan gabungan berkenaan ketika ini.
Antara perkara tidak kena, Annuar mendakwa, ada pihak tertentu dipercayai mendalangi tindakan melengahkan urusan menghadap Seri Paduka bagi memastikan rancangan dan komplot 'murid dan guru' tidak menemui kegagalan.
"BN sepatutnya tidak menyulitkan Yang di-Pertuan Agong daripada menyempurnakan tugas baginda, namun kini jelas ada sesuatu yg tidak kena di pihak BN dan bukannya Istana Negara.
"Terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah menghadap kerana jika itu berlaku, sudah pasti rancangan dan komplot 'murid dan guru' akan gagal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Media melaporkan BN sudah mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini, selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat UMNO malam tadi.
Seri Paduka menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN menghadap susulan pertemuan baginda dengan Anwar, Pengerusi PH dan Muhyiddin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) petang semalam, gagal merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.
Annuar berpandangan, jika permohonan BN menangguhkan urusan menghadap baginda diperkenankan, ia akan meletakkan Al-Sultan Abdullah dalam serba salah dan mungkin dituduh bekerjasama dengan pihak tertentu, sedangkan baginda hanya mahu perkara itu disempurnakan.
"Hal ini juga meletakkan BN sebagai parti yang dilihat berterusan menimbulkan masalah kepada rakyat, bukan menyelesaikan masalah rakyat.
"Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat. Semuanya berpunca daripada satu orang. Parti menanggung akibatnya. Belum cukupkah lagi kerosakan yang telah dibawa kepada parti ini?," soalnya.
PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15. PH memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Isnin lalu, media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong terleih dahulu berkenan untuk melanjutkan tempoh masa selama 24 jam kepada parti politik untuk membentuk kerajaan yang sepatutnya sehingga jam 2 petang berkenaan,
Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki lebih masa sehingga petang semalam untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca PRU15, sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.
Lebih awal sebelum itu, pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH menemui jalan buntu selepas tiada sebarang akuan bersumpah (SD) ditandatangani bagi menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Ketika usaha digiatkan pemimpin tertentu dalam BN supaya gabungan PH dan BN direalisasikan, wujud protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang menentang usaha itu.
Selain Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemimpin lain yang dikatakan turut menentang usaha menggabungkan BN dan PH adalah Bendahari BN yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ~ BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/mengapa-pembentukan-kerajaan-dilengah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Perancangan Gelap Pembentukan Kerajaan

Annuar Musa Perancangan Gelap Pembentukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 88 hits
Istana Negara mahukan setiap ahli parlimen secara individu membuat deklarasi bersumpah sebelum pukul 4 00 ptg ini dan menyatakan SIAPA YANG MEREKA SOKONG sebagai PM10 dan membentuk kerajaan Sekali lagi negara bakal menyaksikan tawar menawar...
Membentuk Kerajaan Bersama Ph Tidak Menggelapkan Masa Depan Umno Hanya Masa Depan Annuar Musa Yang Mungkin Gelap

Membentuk Kerajaan Bersama Ph Tidak Menggelapkan Masa Depan Umno Hanya Masa Depan Annuar Musa Yang Mungkin Gelap

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 81 hits
Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ialah urusan untuk membentuk kerajaan selepas berakhirnya PRU15 Sabtu lalu Walaupun BN hanya mendapat 30 kerusi Parlimen mereka sepatutnya berbangga kerana dipelawa oleh PH yang memenangi 82 kerusi Parli...
Peranan Besar Zahid Hamidi Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Peranan Besar Zahid Hamidi Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 87 hits
Oleh Shahbudin EmbunSetinggi tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato Seri Anwar Ibrahim kerana telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh Jalan perjuangan yang penuh berliku akhirnya membuahkan hasil Tahniah juga kepada ya...
Presiden Mic Sahkan Surat Zahid Menipu Agong Yang Didedah Annuar Musa

Presiden Mic Sahkan Surat Zahid Menipu Agong Yang Didedah Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 89 hits
agendaily com 23 11 2022Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran Pendedahan surat yang dikongsi mantan Tan Sri Annuar Musa yang didakwanya menipu Yang di Pertuan Agong disahkan tulen oleh Presiden MIC Datuk Seri SA Vigneswaran hari ini Terdahulu...
Zahid Dah Lama Rancang Angkat Anwar Pm Akhirnya Jadi Bencana Annuar Musa

Zahid Dah Lama Rancang Angkat Anwar Pm Akhirnya Jadi Bencana Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 197 hits
Strategi Barisan Nasional Umno bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke 15 adalah bertujuan merealisasikan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Sedangkan menurut Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Mu...
Annuar Musa Beri Amaran Kepada Zahid Hamidi Jangan Over Confident Sangat

Annuar Musa Beri Amaran Kepada Zahid Hamidi Jangan Over Confident Sangat

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 110 hits
Seluruh jentera Barisan Nasional diingatkan agar tidak terlebih yakin dalam menghadapi parti parti yang bersaing dalam pilihan raya umum ke 15 kali ini kata Annuar Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara itu berkata ini kerana BN d...
After Ge15 Defeat Annuar Musa Calls For Transparency In Bn Blames It All On One Person

After Ge15 Defeat Annuar Musa Calls For Transparency In Bn Blames It All On One Person

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 135 hits
Annuar also claimed there is sufficient evidence that Pakatan Harapan leader Datuk Seri Anwar Ibrahim does not have the numbers because many key BN leaders have openly defended their common policy of 8216 No Anwar No DAP 8217 8211 Bernama p...
Umno Tak Perlu Jadi Peminta Sedekah Zahid Perlu Letak Jawatan Annuar Musa Bantah Bn Sertai Ph

Umno Tak Perlu Jadi Peminta Sedekah Zahid Perlu Letak Jawatan Annuar Musa Bantah Bn Sertai Ph

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 93 hits
The ReporterBekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menggesa Barisan Nasional berhenti menjadi peminta sedekah kepada mana mana gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan baharu Beliau berkata BN sebaliknya perlu bersikap lebih...
Langsung Tiada Apa Perlu Disembunyikan Bersama Tan Sri Annuar Musa 21 Nov 2022

Langsung Tiada Apa Perlu Disembunyikan Bersama Tan Sri Annuar Musa 21 Nov 2022

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 95 hits
Susulan kemelut politik yang menyebabkan situasi parlimen tergantung banyak perkara yang perlu diberi perhatian Jadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa tampil dengan sesi FB Livenya untuk menjawab segala persoalan berkaitan isu...
Penubuhan Perbadanan Kelantan Utara Satu Cadangan Bernas

Senarai Terkini Pakej Harga Kereta Sewa Murah Kuala Terengganu

Kongsi Foto Fitting Baju Syafiq Kyle Amp Mimi Lana Bagi Hint Akan Berkahwin Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama

Dividen Asb 2023 Tarikh Agihan Kadar Bonus Semakan

Lelaki Bangladesh Wanita Indonesia Ditahan Jadi Ejen Permit Kerja Tidak Sah

7 Petua Hilangkan Demam Panas Dan Paling Mujarab

Kem Aqil Baligh Peringkat Negeri Selangor 2023

Navigating The Marketplace Tips For Securing And Leveraging Premium Domains



5 Perkataan Biasa Yang Sebenarnya Mewakili Jenama Produk

Kenapa Lelaki Ramai Jadi Botak Berbanding Wanita

Info Penuh Peserta Juri Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 2024 Musim 4

10 Fakta Biodata Amir Ahnaf Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah Astro Ria Gandingan Anna Jobling

Memahami Ungkapan Holier Than Thou Dari Aspek Bahasa


Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia 2023

Special Report 42 Photos From The 2023 Mooneyes Show

Yang Pahit Tu La Dia Suka

Owh Tersedar Aku Menumpang Ditanah Orang

Ada Eks Ketua Komnas Ham Ini Daftar Lengkap Panelis Debat Perdana Pilpres 2024

Dirut Bpjs Kesehatan Sambangi Rs Mata Cicendo Bandung Pastikan Janji Layanan Jkn Bandung