Annuar Musa Beri Amaran Kepada Zahid Hamidi Jangan Over Confident Sangat



(1Media) – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak terlebih yakin dalam menghadapi parti-parti yang bersaing dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini, kata Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara itu berkata ini kerana BN dilihat berdepan cabaran sukar untuk memperoleh kemenangan pada PRU kali ini.
“Sebenarnya, cabaran yang perlu dihadapi oleh BN sangat besar dan saya secara jujur saya menyatakan kalau rakan-rakan dalam BN merasakan ini satu pilihan raya yang mudah, saya rasa kita silap.
“Saya sendiri ada menghantar pesanan syor-syor saya kepada setiausaha khas kepada presiden memberikan pandangan saya bahawasanya ini satu pilihan raya yang uphill dan jangan ada sebarang rasa over confident (terlebih yakin) kerana tentangan yang diberikan oleh parti-parti adalah agak sengit,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Pulau Bahagi, Manir, Hulu Terengganu, malam tadi.
Hadir sama calon kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Rozi Mamat.
Mengulas lanjut, Annuar yang tidak tersenarai sebagai calon untuk mempertahankan Ketereh berkata pada PRU kali ini BN berdepan dengan banyak faktor yang tidak ada sebelum ini.
“Pertamanya kita menghadapi jumlah pengundi muda yang ramai bila kita ada undi18 (penurunan had umur minimum pengundi kepada 18 tahun).
“Yang keduanya, kita melalui episod pertukaran tiga kerajaan yang akan membuatkan rakyat membuat penilaian kepada ketiga-tiga tempoh yang berkenaan dan seterusnya adalah masalah dalaman yang ada dalam Umno sendiri yang perlu diuruskan
“Jadi, saya merasakan pilihan raya ini sangat mencabar dan bukan laluan yang mudah,” katanya.
Oleh itu Annuar mengingatkan pimpinan BN tidak mengambil mudah dalam kempen yang berbaiki beberapa hari saja lagi ini.
“Jangan ambil mudah, saya rasa jentera Umno terutama sekali di ibu pejabat Umno sementara hari (kempen) ada berbaki lagi mesti melipat gandakan usaha.
“Semua parti sengit dan bergantung pada kawasan. Lain kawasan, lain parti yang memberi tentangan sengit sebab tidak semua parti kuat di semua kawasan
“Jadi, ketiga-tiga parti terutama sekali BN, PH dan PN kelihatan memberikan tentangan yang sengit di kebanyakan tempat dan undi berpecah,” katanya.
Perwatakan pemimpin baik
Sementara itu, mengulas kenyataan calon Sungai Buloh BN Khairy Jamaluddin yang menyuarakan hasrat untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri satu hari nanti, Annuar berkata dia mengalu-alukan pemimpin muda yang tidak ada inferiority complex (kurang keyakinan diri).
Kata Annuar, ini kerana ia penting untuk menjadi pemimpin yang baik.
“Pada saya, saya mengalu-alukan pemimpin muda yang tidak ada inferiority complex, dalam memimpin ini kalau ada …kurang keyakinan diri kamu tak akan boleh jadi pemimpin yang baik.
“Jadi Khairy dah menunjukkan satu karekter yang mana menunjukkan keyakinan kepada dirinya, soal jadi itu wamakaru wamakarullah (mereka merancang, Allah juga merancang) tetapi perlu datang pada kesanggupan.
“Khairy menyatakan kesanggupan, bukan untuk masa sekarang dan bukan untuk pilihan raya ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Annuar juga berkata kenyataan menteri kesihatan itu juga perlu difahami dengan mendalam.
“Maksud dia itu kena faham, bila Khairy kata kalau rakyat (parlimen) Sungai Buloh beri (mandat) supaya perjalanan politiknya tidak terencat, itu pentingnya Sungai Buloh beri (mandat) bukan dari situ terus nak jadi perdana menteri.
“Sebab calon perdana menteri kita adalah Ismail Sabri Yaakob tapi Khairy kata dia terpaksa dipindahkan daripada kawasan dia dan pergi ke kawasan yang asing pada dia dan mempunyai rekod majoriti kalah yang besar.
“Jadi, mesej yang Khairy nak jalankan adalah orang Sungai Buloh mempunyai saham yang besar untuk menyambung hayat politik seorang anak muda yang berkebolehan dan berpotensi untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti,” katanya.
Khairy ketika berucap dalam satu ceramah umum di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, pada 8 November berkata dia berhasrat mahu memimpin Umno dan akan menjadi perdana menteri suatu hari nanti.
Khairy dipetik sebagai berkata sekiranya pengundi Sungai Buloh boleh mengundinya sekali gus memenangi kerusi parlimen itu, dia bukan hanya akan membela nasib masyarakat di sana tetapi juga memimpin negara pada satu hari nanti.
Tak fikir soal jawatan
Manakala diminta mengulas apakah Annuar ada ditawarkan sebarang jawatan sebaik sahaja BN mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya kali ini, pemimpin Umno itu menegaskan jawatan tidak penting baginya.
“Jawatan bagi saya tak penting, saya dah lama dan saya dah banyak pegang jawatan. Saya dah bertanding sebanyak lapan penggal, saya dah jadi menteri sebanyak empart portfolio. Saya pun dah jadi ahli Dewan Negara dan Negeri serta Dewan rakyat.
“Jadi, saya tak memikirkan soal apa-apa jawatan. Yang saya nak tengok adalah (pembentukan) kerajaan (baru),” katanya.
Ujar Annuar, berdasarkan pengalamannya dalam kerajaan dia merasakan cabaran besar menanti mereka yang bakal diangkat sebagai ahli parlimen bagi penggal PRU kali ini.
“Tahun 2023 akan datang bukan tahun yang biasa-biasa, sebab kita akan membentuk kerajaan dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar, kadar inflasi yang tinggi dan kebanyakan negara berada dalam defisit yang besar akibat daripada perbelanjaan yang diluar jangka semasa sepanjang tempoh Covid-19, berbilon dibelanjakan sewaktu tempoh Covid-19 yang tidak ada dalam belanjawan menyebabkan kesemua negara rizabnya menurun.
“Semua negara mengalami defisit belanjawan. Jadi, kerajaan yang baru yang akan datang kena menguruskan ekonomi, kena menguruskan kestabilan politik, kena uruskan kewujudan peluang-peluang pekerjaan,” katanya.
Tambah Annuar, sekiranya kerajaan yang dipilih kelak tidak berupaya untuk mentadbir negara sekali lagi akan mengulangi apa yang telah dilalui sepanjang PRU ke-14.
“Kalau kerajaan yang tidak mempunyai keupayaan dan pengalaman maka kita akan mengulangi apa yang telah kita lalui sepanjang selepas PRU14 dan itu sangat merugikan rakyat
“Jadi, saya merasakan kerajaan BN menawarkan kestabilan dan kemakmuran dan juga berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada saf pimpinan BN itu jauh melebihi keupayaan mana-mana saja parti yang bertanding,” tambahnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/12/annuar-musa-beri-amaran-kepada-zahid-hamidi-jangan-over-confident-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Jangan Percaya Pakatan Sulit Anwar Zahid Hamidi Tidak Mungkin Berlaku

Pru15 Jangan Percaya Pakatan Sulit Anwar Zahid Hamidi Tidak Mungkin Berlaku

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 371 hits
SHAHBUDIN HUSINKetika ini ramai yang berbicara bahkan seolah olah mula percaya bahawa wujud pakatan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Ahmad Zahid Hamidi Yang membawa cerita berkata pakatan itu ialah untuk kelangsungan masa depan PH dan BN d...
Zahid Hamidi Calonkan Doktor Palsu Di Pengkalan Chepa

Zahid Hamidi Calonkan Doktor Palsu Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 159 hits
Nampak sangat Zahid tergesa gesa Calon BN Pengkalan Chepa didakwa doktor palsu tak habis belajarNASUHA RAHMANCalon BN bagi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa memiliki kedoktoran palsu apabila disemak di dalam databased Malaysia Medical Counci...
Kj Tepis Dakwaan Zahid Hamidi Saya Ditinggal Begitu Saja

Kj Tepis Dakwaan Zahid Hamidi Saya Ditinggal Begitu Saja

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menepis dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau meminta untuk bertanding di kerusi Sungai Buloh pada pilihan raya umum ke 15 dengan mengatakan dia tiada ...
Rentasan 1243 Panas Akhirnya Zahid Hamidi Berjaya Buang Semua Saki Baki Penyokong Pm 9

Rentasan 1243 Panas Akhirnya Zahid Hamidi Berjaya Buang Semua Saki Baki Penyokong Pm 9

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 179 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1243 1 SIRI MEMANCUNG UMNO SUDAH BERMULA 2 MERAK KEMBANGKAN EKOR DI HUTAN TIADA YANG PEDULI 3 BERJUANG UNTUK RAKYAT ATAU POKET SENDIRI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politi...
Hiburan Jangan Busuk Hati Sangat Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang

Hiburan Jangan Busuk Hati Sangat Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 327 hits
Hantaran dimuat naik oleh pendakwah ustaz Ahmad Duzuki di Instagram meraih perhatian dan mengundang kritikan sesetengah pihak Menerusi Instagram ustaz Dusuki dilihat memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ...
Dr M Is Asking For It Cries Anwar Over Claims Of Zahid Alliance

Dr M Is Asking For It Cries Anwar Over Claims Of Zahid Alliance

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 207 hits
I ve been patient with Dr M Once I become PM on the 20th the first to get a fever would be Dr M Anwar Ibrahim has shown exasperation with Dr Mahathir Mohamad for saying he wouldn t support Pakatan Harapan because of claims that Anwar was fo...
Jika Undi Bn Pn Dapat Pm Zahid Hamidi

Jika Undi Bn Pn Dapat Pm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 102 hits
Jika undi BN PN dapat PM Zahid HamidiPosted By on November 18 2022Pengundi yang akan membuang undi pada 19 November ini diingatkan agar tidak sekali kali termakan isu perkauman juga keagamaan sempit dan memilih BN atau PN Menurut Naib Presi...
Rentasan 1242 Gempar Kini Zahid Hamidi Sudah Hilang Sokongan Pemimpin Umno

Rentasan 1242 Gempar Kini Zahid Hamidi Sudah Hilang Sokongan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 268 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1242 1 ANWAR CALON PERDANA MENTERI KE 10 TERBAIK 2 DIA ANGKUH DAN HANYA MAHU JADI PM KATA TUN M 3 UMNO DIDAKWA PANCUNG PEMIMPIN YANG RAPAT DENGAN PERDANA MENTERI 4 PEMIMPIN PRESTASI BURUK BALIK KE LUBUK Layari kami un...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah