Mengapa Kenak Kanak Memerlukan Multivitamin Tambahan


Adakah anda perlu memberikan makanan tambahan vitamin kepada anak anda atau menggalakkannya mengambil makanan berkhasiat semulajadi? 

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting bagi membina pertumbuhan si kecil. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk makanan yang di jual di pasaran. 


Sesetengah produk menawarkan makanan yang berkhasiat semulajadi dan ada 
sesetengahnya yang menawarkan produk yang diperkaya dengan khasiat makanan. Namun begitu terdapat juga makanan yang tidak mempunyai beberapa khasiat penting buat si kecil. Pemilihan makanan kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada 
ibu bapa mereka sendiri. 

Pada masa kini terdapat juga makanan tambahan iaitu dalam bentuk kapsul mahupun cecair yang dijual bagi memenuhi tuntutan dan kehendak para pengguna. Persoalannya, adalah kanak- kanak juga memerlukan makanan tambahan ini. Tidak di nafikan makanan tambahan seperti vitamin C, vitamin B kompleks, Taurina dan lain-lain lagi turut dijual bagi kegunaan kanak-kanak. Namun sejauh manakah anak kecil memerlukan atau bergantung kepada makanan tambahan ini? 

Di sini terdapat sedikit panduan buat ibu bapa dalam menggunakan makanan tambahan atau juga dikenali sebagai suplemen oleh Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics: 
- Sekiranya kanak-kanak itu hanya mengambil makanan sayur-sayuran sahaja sebagai sumber makanan, maka dia perlu mengambil suplemen vitamin B12 
- Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai kurang selera makan, maka boleh diberikan makanan tambahan yang terdiri daripada multivitamin. (harus diingat bahawa sukatan makanan tambahan ini adalah tidak melebihi dari sukatan yang disyorkan (RDA) 

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terdahulu sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk tersebut. Malahan membeli bahan makanan yang semulajadi berkhasiat juga adalah jauh lebih baik buat si kecil.

Di antara jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah: 
Jenis vitamin: Vitamin A 
Fungsi: Penting bagi mata 
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin 

Jenis vitamin: Vitamin B1 
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan 
Sumber: Gandum, daging dan susu 

Jenis vitamin: Vitamin B2 
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan 
Sumber: Susu, daging dan ikan 

Jenis vitamin: Vitamin C 
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit 
Sumber: sayuran warna hijau dan buah ? buahan sitrus 

Jenis mineral: Kalsium 
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat 
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu 

Jenis mineral: Zat besi 
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah 
Sumber: Ikan, telur dan ayam 

Piramid makanan memberikan banyak maklumat mengenai 5 kelas makanan utama. Setiap kelas makanan ini mempunyai jumlah hidangan tertentu yang perlu dinikmati oleh setiap kanak-kanak. Ini penting bagi perkembangan minda dan tubuh mereka. 

Sedikit tips dalam mencegah kekurangan berat badan. Antaranya: 
- Ketahui berat badan anak dan cuba capai berat badan yang sesuai dengan umur anak 
- Berikan anak anda pelbagai jenis makanan yang berkhasiat 
- Pastikan anak anda mengambil makanan pada waktu makan utama 
- Berikan anak anda makanan bertenaga tinggi (seperti makanan bergoreng) sehingga berat badannya meningkat ke paras normal 
- Berikan anak anda makanan ringan yang berkhasiat di antara waktu makan. (Seperti susu, buah-buahan dan biskut) 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/feg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkid Dera Kanak Kanak 8 Tahun

Pengkid Dera Kanak Kanak 8 Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 452 hits
Muar Dua wanita dengan seorang daripadanya dipercayai pengkid ditahan di rumah mereka di Taman Sri Cempaka di sini kelmarin kerana disyaki mendera seorang kanak kanak perempuan berusia lapan tahun sejak beberapa bulan lalu Wanita berusia 39...
Htc Menyertai Konsortium Virtuallink Peranti Realiti Maya Vive Akan Datang Mungkin Hanya Memerlukan Satu Kabel Sahaja

Htc Menyertai Konsortium Virtuallink Peranti Realiti Maya Vive Akan Datang Mungkin Hanya Memerlukan Satu Kabel Sahaja

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 272 hits
Konsortium VirtualLink ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memudahkan pemasangan dan penggunaan peranti realiti maya kepada komputer melalui satu kabel sahaja Konsortium tersebut yang terdiri daripada ahli ahli seperti Oculus Valve AMD NVI...
Dalam Diam Mahathir Masih Memerlukan Umno

Dalam Diam Mahathir Masih Memerlukan Umno

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 504 hits
Kalau kita baca laporan portal Astro Awani bertajuk Tun Mahathir tidak puas hati prestasi menteri kabinet kita sudah boleh mengagak betapa kecewanya perdana menteri ke 7 tu Mungkin dalam hati kecilnya berkata tak hebat mana pun depa ni Itu ...
Kpm Nafi Cuti Tambahan Deepavali Ditarik Balik

Kpm Nafi Cuti Tambahan Deepavali Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 445 hits
Berhubung laporan akhbar Malaysia Nanban pada 4 November 2018 nbsp berkenaan cuti tambahan sempena sambutan Deepavali KPM tegas tidak pernah keluarkan sebarang surat pekeliling menarik balik kebenaran tersebut new innity adZone c5b270a76368...
Produk Baby Range Himalaya Malaysia Selamat Untuk Kanak Kanak

Produk Baby Range Himalaya Malaysia Selamat Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 758 hits
Dua minggu lepas Abe ke Alamanda Tujuan asal nak cari produk sabun mandian untuk Ean rifqee Disebabkan Ean ni jenis kulit sensitif setelah duk lama gugel Abe dah jumpa solution Abe nak try produk daripada Himalaya pulak kali ni Alamanda dek...
Kanak Kanak 14 Bulan Meninggal Dunia Akibat Difteria Di Johor Bahru

Kanak Kanak 14 Bulan Meninggal Dunia Akibat Difteria Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 398 hits
17 Oktober 2018 11 38 PM JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini dua hari lepas
10 Gambar Kanak Kanak Lelaki 5 Tahun Paling Stailo Di Dunia

10 Gambar Kanak Kanak Lelaki 5 Tahun Paling Stailo Di Dunia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1186 hits
Memang stailo kalah Wak Doyak Alonso Mateo tidak seperti budak lelaki berumur lima tahun yang lain kerana beliau boleh dikatakan budak lelaki berusia 5 tahun paling stailo di dunia Beliau mula dikenali ramai selepas ibu beliau Luisa Fernand...
Korek Hidung Boleh Menyebabkan Pneumonia Pada Kanak Kanak Kajian

Korek Hidung Boleh Menyebabkan Pneumonia Pada Kanak Kanak Kajian

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 390 hits
Kanak kanak memang mempunyai pelbagai tabiat buruk Salah satunya adalah korek hidung Bahkan ia adalah perbuatan kotor yang tak sepatutnya dilakukan di khalayak ramai Baru baru ini terdapat satu kajian yang dijalankan oleh saintis British ya...
Kegembiraan Ketika Zaman Kanak Kanak Bermain Di Sawah

Kegembiraan Ketika Zaman Kanak Kanak Bermain Di Sawah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 751 hits
Zaman kanak kanak di kampung sawah padi atau kawasan yang berparit sangat berbeza dengan anak anak zaman sekarang Yang melihat gambar ini dan mendatangkan ingatan juga kerinduan bermakna anda sudah berumur 40 ke atas Anak zaman sekarang ram...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan