Mengapa Kemaafan Itu Sukar Bagi Sesetengah Orang


Sementara menyiapkan satu artikel berkenaan Sir Elton John dan Watford, halwa telinga sebagai penambah mood semasa pembikinan artikel ialah Sorry Seems to be The Hardest Word. Walaupun lirik lagu hasil nukilan John dan Bernie Taupin ini dianggap lagu tragis dan berkisar tentang isu perhubungan, ia sebenarnya turut mengundang satu persoalan: mengapa kemaafan itu sesuatu yang bersifat sukar dilakukan?
Satu sebab mengapa kemaafan sukar direalisasikan ialah kesedaran bawah sedar manusia atau lebih tepat komponen bawah sedar bahasa yang sukar untuk hidup pada masa kini dan lebih memilih zaman silam. Ini kerana bahasa memberi kelebihan kepada manusia untuk meneroka masa silam, masa kini dan masa hadapan terutama dari segi memori autobiografi dan detik-detik bermakna. Secara ringkas, bahasa sebenarnya mesin masa sentiasa bergerak secara berterusan dari masa silam ke masa hadapan dan langsung sama sekali tidak berhenti pada masa kini.
Satu punca manusia enggan bersikap pemaaf ialah keinginannya untuk terus hidup pada zaman silam. Ini kerana bila kita terluka oleh kesilapan yang dilakukan seseorang, detik tersebut dimainkan berulang kali sehingga terpahat dalam bank memori kita. Walaupun kita mungkin sudah tidak mengingati apa yang dilakukannya tetapi bila kita melihat individu tersebut, komponen bahasa bawah sedar kita akan melekat pada memori tersebut dan terus memikirkan mengapa ia berlaku. Dan ia memikirkan pelbagai kemungkinan yang menyebabkan insiden tersebut dan bagaimana kita boleh mengubahnya. Secara tidak langsung, ia sebenarnya satu cubaan kesedaran bawah sedar kita untuk mengubah masa silam!
Tetapi keinginan kita untuk terus berada pada masa silam sebenarnya satu kesilapan besar lebih-lebih lagi bila kita tidak bersikap pemaaf dan menerima hakikat bahawa apa yang berlaku pada masa silam itu tidak boleh diubah. Dan tanpa kita sedar, setiap kali kita mengingati memori menyakitkan itu bila berterusan duduk pada masa silam, ia sebenarnya mengaktifkan bahagian otak yang mengandungi emosi dan ia membuatkan kita terasa terluka lagi.
Bila kita bersikap pemaaf, kita bukan cuba melupakan apa yang berlaku kerana memori mengajar kita menjadi lebih berhati-hati pada masa akan datang. Tetapi cubaan kita untuk terus hidup dalam memori itu yang harus dihentikan. Kemaafan juga bukan bermakna hubungan kita dengan individu yang melukakan kita itu akan kembali seperti dulu (sebelum kita terluka). Kemaafan itu lebih kepada perubahan dalaman diri kita iaitu kita berhenti hidup dalam memori yang bersifat pahit dan menyakitkan, menerima apa yang berlaku  dan sedar bahawa kebencian hanya lebih menyakitkan apabila kita cuba bergantung pada memori silam.
Kebencian itu sama dengan keengganan kita untuk memohon maaf. Selagi mana kita tidak berusaha memaafkan orang lain, selagi itu kita sebenarnya melukakan diri sendiri dengan keengganan kita bermaafan. Kita menyangka dengan kebencian itu, kita sebenarnya dapat membalas dendam terhadap orang yang kita benci. Tetapi hakikatnya, kebencian itu menjadi racun dalam diri lebih-lebih lagi bila ia ditambah dengan penyesalan. Tanpa kita sedar, penyesalan itu sebenarnya satu lagi cubaan untuk terus berpaut dengan memori silam dan cuba mengubah memori silam agar ia menjadi lebih baik.
Itulah sebab jika kita mahu bersikap pemaaf, kemaafan itu bukan saja terpakai pada perkara-perkara bersifat besar tetapi juga perkara-perkara yang bersifat remeh. Kadang-kadang, lebih mudah jika kita mulakan dengan perkara-perkara bersifat remeh. Contoh, kita memaafkan orang yang memotong semasa beratur di kaunter atau di kaunter tol pada ketika itu juga dan bukan menangguhkannya selama beberapa saat atau minit. Ini kerana bila kita memaafkan pada ketika itu juga, kita sebenarnya merasa lebih aman dan lebih fokus tentang apa yang kita lakukan pada ketika itu.
Atas sebab itulah, hendaklah kita berusaha mempunyai sikap pemaaf dalam diri. Ini kerana sifat tersebut amat dicintai Allah dan Rasul-Nya. Dan berdasarkan firman-Nya, ia merupakan salah satu ciri orang beriman. Ini berdasarkan ayat 134, Surah Ali Imran mafhumnya, “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Tanpa kita sedar, sifat pemaaf itu juga sebenarnya sebahagian dari sifat-Nya berdasarkan ayat 22, Surah An-Nur, “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Ini disokong satu doa Nabi s.a.w yang diriwayatkan Aishah r.a, “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang memaafkan lagi pemurah. Sesungguhnya Engkau suka memaafkan.” (Riwayat Tirmidzi)
Hatta Nabi Muhammad s.a.w juga dikenali dengan sifat pemaaf baginda. Bukan sedikit orang dalam sirah baginda yang menyakiti hatinya sehingga ke tahap menghalaunya keluar dari Makkah atau cuba membunuh baginda. Tetapi semua itu langsung tidak mengeraskan hati baginda untuk tidak bersikap pemaaf. Malah, baginda memaafkan sesiapa saja yang pernah berbuat salah terhadapnya. Buktinya semasa peristiwa pembukaan Kota Makkah, golongan musyrikin menyangka Nabi s.a.w akan bertindak keras terhadap mereka berikutan perlakuan kejam yang bukan sedikit terhadap baginda dan orang Islam.
Tetapi baginda bersabda, “Aku berkata-kata kepada kamu menggunakan perkataan sama digunakan Yusuf (Nabi Yusuf a.s) terhadap saudara-saudaranya. Pada hari ini, tiada sebarang pembalasan ke atas kamu. Pulanglah kerana kamu telah bebas.” Ramai menghela nafas lega selepas mendengar pengumuman baginda dan ini mendorong ramai memeluk Islam.
Hadis-hadis yang diriwayatkan para sahabat turut memperlihatkan Nabi s.a.w mementingkan soal kemaafan. Misalnya satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru. Beliau meriwayatkan baginda berada di atas mimbar dan bersabda, “Bersikap belas kasihan terhadap orang lain dan kamu akan menerima belas kasihan. Maafkanlah orang lain dan Allah akan mengampunkan kamu.” (Riwayat Ahmad) Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Sedekah tidak pernah mengurangkan harta, tiada siapa memaafkan melainkan Allah menaikkan kehormatan orang yang memaafkan dan tiada sesiapa yang merendah diri demi-Nya melainkan Allah menaikkan lagi martabatnya.” (Riwayat Muslim)
Dan siapa sangka dengan kemaafan, ia sebenarnya kunci yang membawa kepada syurga Ilahi. Ini berdasarkan satu kisah di mana pada satu hari, Nabi s.a.w menyatakan nama si polan sebagai ahli syurga. Baginda menyatakan nama si polan beberapa kali sehingga menimbulkan rasa ingin tahu para sahabat. Lalu mereka menghantar seorang sahabat bernama Abdullah bin Umar r.a untuk merisik apa perbuatan si polan sehingga mendapat gelaran ahli syurga oleh Nabi s.a.w.
Lalu sahabat Nabi yang mulia itu membuat helah dengan memberitahu si polan bahawa beliau ingin bermalam di kediamannya dan keinginannya ditunaikan oleh lelaki tersebut. Pada malamnya, Abdullah mendapati lelaki tersebut tidak melakukan sebarang amalan khusus kerana rutinnya biasa saja. Pada keesokan paginya, beliau menceritakan hajat sebenarnya kepada si polan termasuk kisah Nabi s.a.w mengisytiharkan dia ahli syurga. Si polan yang terkejut memberitahu satu-satunya amalan yang dilakukan ialah sebelum tidur, dia memaafkan sesiapa yang dirasakan telah berlaku khilaf kepadanya.
Dari segi sains, kemaafan sebenarnya mempunyai banyak faedah seperti:
Menambahbaik kualiti tidur.Mengurangkan beban fizikal dan emosi di mana ini dapat membantu seseorang melakukan tugasan lebih baik kerana tidak terbeban dengan beban emosi.Menambahbaik sistem imunisasi badan.Mengukuhkan hubungan sesama manusia terutama ahli keluarga dan rakan-rakan.Membantu proses pemulihan trauma. Berdasarkan kajian Profesor Fred Luskin, orang yang bersikap pemaaf kurang bersifat pemarah dan tertekan, lebih yakin, optimis dan mempunyai belas kasihan.Membantu mengurangkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kemaafan sebenarnya membantu menambah hormon oksitosin kerana ia meningkatkan emosi positif dan mengukuhkan hubungan sosial serta menjadikan jantung lebih sihat dari segi emosi dan fizikal.Meningkatkan fungsi kognitif otak.Akhir kata, saya akhiri ini dengan kata-kata tokoh kemerdekaan India Mahatma Gandhi:
“The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong. “ (Orang yang lemah tidak akan pernah memaafkan. Kemaafan itu ciri orang yang kuat)
SUMBER
Elias, Abu Amina. (2014). AbuAminaElias.com. Forgiveness in the Quran and Sunnah. https://ift.tt/2SnWqQxHeile, Frank. (2013). Huffington Post. Why Is Forgiving People Hard For Many People? https://ift.tt/2z5CadDBlarowski, Zoe. (2018). Care2.com. 7 Proven Health Benefits of Forgiveness. https://ift.tt/2SmvLUg
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/10/mengapa-kemaafan-itu-sukar-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 427 hits
Kalau dahulu mereka gunakan cara memenjarakan musuh politik dengan ISA sekarang diera baru Malaysiaku haru Mereka menggunakan SPRM dan AMLA untuk mengenakan musuh Najib Razak sudah beberapa pertuduhan dikenakan malah isterinya juga sudah ke...
Petobo Itu Ternyata Las Vegas Nya Palu Sampai Wanita Hamil Jadi Taruhan

Petobo Itu Ternyata Las Vegas Nya Palu Sampai Wanita Hamil Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 450 hits
Petobo yang kini dikenal sebagai kampung bergeser pasca gempa Sulawesi Tengah 28 September lalu menjadi perhatian dunia Pasalnya daerah ini mengalami fenomena likuifaksi yang menewaskan ribuan warga setempat Hingga saat ini ribuan jasad kor...
Melompat Parti Selepas Pru Itu Menganiaya

Melompat Parti Selepas Pru Itu Menganiaya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 368 hits
Sokongan pengundi yang tidak berbelah bagi Dari segi masa tenaga wang ringgit putus silaturrahim dengan kawan dan keluarga Tiba tiba bila sudah menang calon yang dipercayai melompat parti Perlu ada pembaharuan menangani calon yang begini Su...
Psi Soal Isu Dana Kampanye Rp 185 Miliar Kita Tahu Siapa Membuat Lucu Lucuan Itu

Psi Soal Isu Dana Kampanye Rp 185 Miliar Kita Tahu Siapa Membuat Lucu Lucuan Itu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 270 hits
PSI soal isu dana kampanye Rp 180 miliar Kita tahu siapa membuat lucu lucan itu PSI juga tidak akan membawa perkara tersebut ke ranah hukum Meski di media sosial isu tersebut sudah semakin liar dan banyak dikomentari negatif warganet
Itu Jawatan Pm Ahmad Albab Yang Punya

Itu Jawatan Pm Ahmad Albab Yang Punya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 385 hits
Bersihkan nama secara Islam secara mudah lakukanlah tanpa dolak dalik
Siapa Lelaki Itu 8454

Siapa Lelaki Itu 8454

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 281 hits
KERINGNYA TASIK GALILEE Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindak...
Bengang Dengan Pelakon Baru Shukri Yahaya Acah Mahu Tampar Dan Tendang Pelakon Itu Di Set

Bengang Dengan Pelakon Baru Shukri Yahaya Acah Mahu Tampar Dan Tendang Pelakon Itu Di Set

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 300 hits
Kredibiliti seseorang pelakon terserlah apabila pelakon tersebut pandai memainkan watak dan juga emosi dengan penuh profesional Baru baru ini pelakon drama 7 Hari Mencintaimu Shukri Yahaya dilihat meluahkan rasa berang menerusi Instastory m...
Apa Itu Omega 3

Apa Itu Omega 3

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 499 hits
Omega 3 banyak terandung di dalam lapisan lemak ikan laut sejuk alga kekacang seperti walnuts Terdapat 2 jenis lemak omega 3 1 EPA DHA Terdapat banyak di dalam ikan laut sejuk 2 ALA Terdapat di dalam tumbuhan Tidak mempunyai kebaikan sepert...
Kemenperin Kunci Revolusi Industri Ke 4 Itu Sdm Dan Infrastruktur Digital

Kemenperin Kunci Revolusi Industri Ke 4 Itu Sdm Dan Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 212 hits
Berdasarkan survei McKinsey 2018 teknologi digital dapat memberi sumbangsih sebesar USD 3 triliun untuk pasar ekonomi global pada 2030 Atau setara dengan 16 persen lebih tinggi dari total Produk Domestik Bruto
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025