Tidak dinafikan hampir semua syarikat penerbangan sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti perkhidmatan masing-masing terus berkembang maju seiring dengan teknologi terkini serta ciri-ciri estetik dan inovatif. Ciri-ciri penambahbaikan segala kemudahan perkhidmatan dalam penerbangan akan tetap berterusan demi keselesaan penumpangnya.
Pertama, tempat duduk warna biru adalah antara yang paling mudah untuk menjaga kebersihan atau sekurang-kurangnya cara terbaik untuk mengelakkan mudah kotor atau comot, bagi memastikan penampilan yang bersih. Biru membolehkan kotoran dan noda agak tersembunyi ke dalam fabrik yang berwarna agak gelap.
Ketiga, syarikat penerbangan juga menggunakan warna biru sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan, namun beberapa syarikat penerbangan utama A.S. memilih warna merah sebagai identiti mewakili Amerika. Di peringkat korporat, ia melambangkan rasa amanah, satu lagi sentiasa positif apabila anda membenarkan juruterbang membawa anda melalui langit pada kelajuan sehingga 575 batu sejam.
Anda akan melihat pilihan reka bentuk lain di syarikat penerbangan seperti Virgin Atlantic, sebagai contoh, mempunyai tempat duduk warna merah, namun kemungkinan utama bahawa warna biru akan tetap menjadi warna paling dominan di udara untuk masa depan yang boleh dijangka seterusnya.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |