Mengapa Banjir Semakin Kerap Berlaku


BANJIR yang melanda kawasan perumahan. - Ihsan UKOM klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Banjir bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi kita.

Tinggal di kawasan beriklim tropika, Malaysia menerima taburan hujan tahunan yang tinggi, iaitu antara 1200mm (di kawasan kering) sehingga melebihi 4000mm di kawasan seperti Bukit Larut, Perak.

Monsun Timur Laut yang berlaku antara November hingga Mac setiap tahun pula membawa taburan hujan bulanan sehingga 600mm sekali gus membawa ancaman banjir di kawasan rendah.

Di kawasan bandar pula, banjir kilat sering berlaku selepas hujan lebat menyebabkan kerosakan harta benda dan juga mengakibatkan kesulitan seperti kesesakan lalu lintas.


Walau bagaimanapun, terdapat sebuah trend membimbangkan yang agak jelas berkaitan dengan fenomena banjir ini.

Frekuensinya semakin kerap dan impaknya semakin buruk dengan kemuncaknya pada 2014 di pantai timur sehingga memaksa lebih 250 000 orang berpindah.

Banjir kilat juga semakin kerap berlaku di kawasan bandar dengan contoh terbaru di Pulau Pinang pada bulan lalu seperti gambar di bawah.


Jadi, mengapa banjir semakin kerap berlaku? 1. Pembangunan tidak terancang Penempatan baharu dibuka tanpa penilaian yang menyeluruh terhadap alam sekitar baik di bandar mahupun di kawasan terpencil. Pembangunan yang tidak terancang menyebabkan pokok ditebang bagi membuka kawasan baru manakala kawasan laluan air dikambus untuk memberi laluan kepada bangunan-bangunan baru. Justeru, apabila hujan lebat berlaku, tanpa saliran yang mampu menampung aliran air ini maka berlaku lah banjir kilat. Air naik mendadak tanpa diduga dan akhirnya kereta rosak di tengah jalan.

Cameron Highlands merupakan contoh yang baik di mana pembangunan pesat tidak terkawal membawa kepada siri banjir lumpur yang berulang. Hutan asal ditebang dan lereng bukit dibersihkan menyebabkan hakisan pada permukaan tanah. Hakisan ini menyebabkan sungai dan empangan di Cameron Highlands menjadi cetek.

Apabila hujan lebat, empangan terpaksa melepaskan air yang memberi impak kepada penduduk di kawasan hilir dari empangan. Contohnya, pada 2014 di kawasan Lembah Bertam, Cameron Highlands (gambar)

2. Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik
Isu ini lebih banyak berlaku di kawasan bandar walaupun tidak dinafikan banjir kilat akibat masalah sistem perparitan juga boleh berlaku di luar bandar.

Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik termasuklah mendapan sedimen seperti pasir dan juga sampah sarap yang secara tidak lansung mencetekkan parit.

Malah, dalam sesetengah kes, aliran air tidak dapat berlaku akibat saliran tersumbat.

Contoh kes yang sering kali dikaitkan dengan masalah perparitan ialah seperti banjir kilat di bandar Kajang

3. Pembalakan
Terdapat beberapa cara kemusnahan tumbuhan dan hutan mampu menyebabkan banjir. Kawasan yang dilitupi tumbuhan seperti hutan hujan mampu bertindak sebagai ‘span’ atau buffer yang mampu menampung air hujan. Akar pokok menguatkan tanah dan menghalang hakisan akibat aliran air. Jika pembalakan terus berlaku, permukaan tanah akan terdedah kepada hakisan. Hal ini menyebabkan sedimen daripada hakisan tersebut mendap ke dalam sungai sekali gus menjadikan sungai cetek dan tidak mampu menampung aliran ketika hujan lebat.

Admin cuba untuk tidak melibatkan isu politik di sini tetapi perlu diakui bahawa situasi ini sedang berlaku di negeri Kelantan.

Agak memeranjatkan kerana pihak yang bertanggungjawab seolah-olah tidak belajar daripada bah kuning yang berlaku beberapa tahun lalu. Kejadian pada 2014 itu bukan sahaja disebabkan oleh jumlah hujan yang tinggi dalam masa yang singkat tetapi boleh dikesan kepada pembalakan yang giat berlaku.

Rajah di bawah menunjukkan imej satelit daripada Google Timelapse yang diperoleh daripada data Landsat yang bezanya hanya 10 tahun tetapi menampakkan perubahan drastik di lembangan Sungai Lebir dan Sungai Galas akibat pembalakan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pembalakan juga berlaku di negeri-negeri lain seperti di Pahang, Sarawak dan Sabah. Cuma apa yang menjadi kebimbangan admin di sini ialah kemungkinan berulangnya tragedi bah kuning tersebut.

4. Perubahan Iklim
Walaupun terdapat pihak yang menidakkan perkara ini, kita perlu terima bahawa perubahan iklim sedang berlaku akibat pemanasan global.

Justeru, kita perlu menjangkakan cuaca yang lebih tidak menentu untuk tahun-tahun yang akan datang.

Impak yang lebih jelas ialah peningkatan aras laut akibat pencairan glasier di kutub yang menyebabkan penempatan di pesisir pantai yang rendah terdedah kepada banjir setiap kali air pasang.

Impak yang lebih kompleks pula berkait rapat dengan fenomena El Nino dan La Nina yang menyebabkan cuaca kemarau dan juga monsun yang lebih ekstrem.

Kesimpulan Terdapat berbagai lagi punca yang boleh dipersalahkan menyebabkan banjir. Walau bagaimanapun, perlu diberi perhatian bahawa kebanyakan faktor yang digariskan adalah berpunca daripada tangan manusia itu sendiri. Justeru, kita perlu lah memainkan peranan kita untuk menghalang potensi berlakunya bencana di masa akan datang.

Jika kita tidak mempunyai kuasa di skala besar, usaha kecil seperti membersihkan sistem perparitan di sekeliling kita juga sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan risiko banjir. Selain itu, fenomena monsun timur laut yang dijangka berlaku setiap hujung tahun menyebabkan kita perlu sentiasa bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan.

SOURCE: RoofofScience

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/mengapa-banjir-semakin-kerap-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhir Zaman Saatnya Semakin Hampir Jangan Kamu Pergi Ambil Emas Itu

Akhir Zaman Saatnya Semakin Hampir Jangan Kamu Pergi Ambil Emas Itu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 247 hits
Sungai yang ada di Iraq menjadi surut airnya Surut ni kiasa ke hakikat Semua ulama sebut hakikat Adalah pendapat terpencil kata gunung emas itu petrol Memang Iraq merupakan pengeluar terbesar dunia Lima dikalangan terbesar dunia dululah zam...
Berkat Irigasi Pertanian Petani Simalungun Semakin Intens Bercocok Tanam

Berkat Irigasi Pertanian Petani Simalungun Semakin Intens Bercocok Tanam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 164 hits
Pemerintah Kabupaten Simalungun Provinsi Sumatera Utara tengah fokus pada sektor pertanian Salah satu hal yang tengah diupayakan adalah membangun irigasi pertanian Irigasi diyakini akan semakin menambah subur sektor pertanian di Simalungun ...
Tajul Feat Afieq Shazwan Malam Semakin Dingin Chord

Tajul Feat Afieq Shazwan Malam Semakin Dingin Chord

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 432 hits
Am Dm G C ho oooo ho oooo F Dm Ehu uuuu ho oooo Am Dmaku cuba untuk mendekati G Ctapi engkau tiada peduli F Dm tulusnya niat di hati Emungkin kau tersalah erti Am Dmbukannya ingin merantai dirimu G Cataupun mengikat janji F Dmmasih ada bany...
Lirik Lagu Malam Semakin Dingin Nyanyian Tajul Dan Afieq Shazwan

Lirik Lagu Malam Semakin Dingin Nyanyian Tajul Dan Afieq Shazwan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 759 hits
Lirik Lagu Malam Semakin Dingin Nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan Cairrr I am melting bila dengar lagu ni Merdunya gabungan suara dorang berdua Lagu ni pernah popular masa dulu nyanyian oleh kumpulan SPIN Sekarang diberi nafas baru muzik arr...
Nampak Lebih Natural Lakonan Naeun Apink Dalam Lost Dipuji Semakin Baik

Nampak Lebih Natural Lakonan Naeun Apink Dalam Lost Dipuji Semakin Baik

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 361 hits
Sering menerima kritikan sebelum ini nampaknya Na eun menunjukkan perkembangan positif menerusi lakonannya dalam drama Lost Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai penulis hantu dan merasa hilang dalam arus kehi...
Fed Memulakan Mesyuarat Dua Hari Di Tengah Tengah Ancaman Stagflasi Yang Semakin Meningkat Gambaran Keseluruhan Usd Eur

Fed Memulakan Mesyuarat Dua Hari Di Tengah Tengah Ancaman Stagflasi Yang Semakin Meningkat Gambaran Keseluruhan Usd Eur

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 349 hits
Hari ini menandakan bermulanya mesyuarat dua hari Fed dimana keputusan akan diumumkan pada petang Rabu Pedagang akan menyaksikan kemungkinan pengumuman nasib program QE ramalan kadar spot dan ramalan ekonomi makro Semua pengumuman QE dihara...
Hasnuri Kini Semakin Di Kenali Di Program Titan Summit 2021 Richworks

Hasnuri Kini Semakin Di Kenali Di Program Titan Summit 2021 Richworks

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 581 hits
Hanya Disuruh Berhenti Oleh Suami Jenama Hasnuri Semakin Di Kenali Assalammualaikum dan salam sejahtera Korang pernah dengar tak jenama Hasnuri For sure pernah dengar sebab tu jenama wajib ramai golongan terutama wanita berkerjaya untuk dap...
Hiburan Semakin Kacak Penampilan Mamat Sepah Curi Tumpuan Netizen

Hiburan Semakin Kacak Penampilan Mamat Sepah Curi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 222 hits
Sudah lama tidak mendengar perkembangan pelawak Mamat Sepah daripada dunia hiburan tempatan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaru isteri kepada Mamat Diana Ibrahim ada memuat naik video pendek memaparkan suaminya itu yang kelihatan agak be...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation