Mengapa Air Laut Masin



Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...
Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.
Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.
Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apasajacerita.blogspot.com/2021/10/mengapa-air-laut-masin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Selangor Water Supply To Return To Gombak After Burst Pipe Repair

Air Selangor Water Supply To Return To Gombak After Burst Pipe Repair

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 260 hits
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd has announced that the emergency repair works for the burst pipe near the Ampang Point Flyover at Jalan Ampang were completed at 8 30pm last night and water supply to affected areas will fully return by tonig...
Empangan Bukit Kwong Bekal Air Saliri Sawah

Empangan Bukit Kwong Bekal Air Saliri Sawah

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 587 hits
Salah satu fungsi empangan ialah membekalkan air untuk aktiviti pertanian khususnya penanaman padi Penanaman padi memerlukan sumber air yang berterusan dari mula proses semaian sehinggalah buah padi masak dan sesuai untuk dituai Di Rantau P...
Ptt Outdoor Tahan Conquer Multipurpose Sling Bag Sememangnya Tahan Lasak Serta Kalis Air

Ptt Outdoor Tahan Conquer Multipurpose Sling Bag Sememangnya Tahan Lasak Serta Kalis Air

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Sekarang nie kalau nak ke mana mana Fiza lebih suka gunakan beg galas atau sling beg Lainlah kalau nak ke pejabat kan Dalam banyak banyak jenis beg sling bag memang pilihan Fiza sejak dulu lagi Bukan apa rasa selamat bila ki...
Akibat Sering Bergosip Lelaki Campur Cecair Pembasmi Kuman Dalam Botol Air Rakan Sekerja

Akibat Sering Bergosip Lelaki Campur Cecair Pembasmi Kuman Dalam Botol Air Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 146 hits
Dilip Kumar Gobind merasakan rakannya itu bergosip terlalu banyak dan menambahkan pembersih tangan ke dalam botol airnya sebagai prank untuk membersihkan mulutnya AGENSI Bekas pegawai keselamatan didenda RM13 925 kerana meletakkan pembersih...
Cara Guna Test Kit Covid Air Liur

Cara Guna Test Kit Covid Air Liur

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 471 hits
Nak buat test Covid Ini cara guna test kit covid air liur yang lebih mudah tidak sakit kan lubang hidung serta boleh di buat sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik kesihatan terdekat dengan rumah anda Untuk buat test sendiri ini sebenar nya...
Mengalir Air Mata Jantan Luluh Hati Hero Abah Tengok Pasangan Bersama Yang Lain

Mengalir Air Mata Jantan Luluh Hati Hero Abah Tengok Pasangan Bersama Yang Lain

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 257 hits
Patah hati sememangnya pahit untuk dirasai oleh orang yang bercinta Bukan sahaja tertakluk kepada manusia tetapi haiwan juga mempunyai rasa patah hati dan sayang Mempunyai keinginan untuk disayangi sememangnya keinginan semua m4khluk di bum...
Ayam Berempah Air Fryer Tak Perlu Perap Pun Dah Cukup Rasa Sedap

Ayam Berempah Air Fryer Tak Perlu Perap Pun Dah Cukup Rasa Sedap

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 360 hits
Proses memasak yang menjimatkan masa sudah semestinya jadi pilihan ibu di rumah Mana taknya sudahlah waktu memasak jadi pantas bahkan tak perlukan masa untuk mengemas dan sebagainya Memanggang ayam jadi mudah Apa kata kali ini ibu cuba ayam...
Nak Makeover Bilik Air Ini 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu

Nak Makeover Bilik Air Ini 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 237 hits
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala Jika anda seorang profesional sekali pun setiap projek adalah berbeza beza bergantung kepada kehendak pemilik bajet dan macam macam...
Worden Janji Minum Air Dalam Kasutnya Jika Menang Kata Dollah Salleh

Worden Janji Minum Air Dalam Kasutnya Jika Menang Kata Dollah Salleh

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 376 hits
22 Disember 1996 Penyerang Azman Adnan mendapat pelukan dan pelayaran dari jurulatih Ken Worden setelah golnya pada minit ke 72 yang menyaksikan Selangor mengalahkan Brunei 3 2 secara agregat di separuh akhir di Stadium Nasional Sultan Hass...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah