Mengandung Tapi Period Kehamilan Ajaib Atau Semula Jadi


Bolehkah seseorang mengandung tapi period? Kebiasaan yang kita faham, apabila seseorang wanita itu hamil, mereka tidak akan melalui proses ovulasi atau dalam bahasa mudahnya datang haid.
Namun ini tidak bermakna, darah tidak keluar dari dalam rahim mereka semasa mengandung.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan mengandung tapi period dan punca ia terjadi.
Baca juga:
Cara Hilangkan Senggugut Punca Haid Berpanjangan Cara Kiraan Hamil Boleh ke mengandung tapi period? Haid berlaku pada kitaran menstruasi normal sekitar 21 sehingga 35 haru.
Dalam tempoh itu, wanita akan melakukan beberapa proses dalam organ kewanitaanya seperti proses pembuatan telur, keluarnya sel telur dalam masa subur, dan peluruhan dinding endometrium dalam bentuk darah yang dipanggil sebagai haid atau period.
Jadi, bolehkah wanita mengandung tapi period berlaku? Jawapannya, tidak. Sebarang pendarahan ringan yang keluar semasa hamil sebenarnya bukan haid.
Hal ini jelas kerana, jika anda hamil, telur telah disenyawakan dan ditanam di dinding rahim. 
Hormon kehamilan memberitahu badan anda untuk mengekalkan lapisan rahim, sebab itu anda tidak lagi mengalami haid.
Namun, terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan anda untuk berlakunya pendarahan ketika mengandung.
Sebab mengandung tapi period Antara faktor atau punca yang menyebabkan seorang wanita keluar darah semasa mengandung adalah kerana:
1. Pendarahan implantasi
Pendarahan implantasi boleh berlaku apabila embrio mencapai rahim dan bersarang sendiri ke dalam lapisan rahim.
Anda boleh periksa ciri darahnya sebagai tompok merah jambu atau coklat muda, berlaku 10 hingga 14 hari selepas pembuahan. 
Pendarahan mungkin kelihatan seperti permulaan haid anda tetapi kekal ringan dan tidak bertambah berat secara beransur-ansur.
2. Selepas melakukan hubungan seks
Terdapat juga kemungkinan pendarahan berlaku selepas hubungan seksual atau sebarang penembusan faraj.
Serviks lebih sensitif semasa mengandung. Yang mana ia meningkatkan kemungkinan rangsangan seperti sentuhan dengan zakar, alat mainan seks, atau jari sehingga berlaku pendarahan ringan. 
3. Keguguran
Keguguran biasa keluar sebagai pendarahan yang berkaitan dengan kekejangan rahim. Mungkin juga terdapat laluan bekuan darah besar dari faraj. 
Jika anda mempunyai simptom ini, pastikan anda memaklumkan pembekal penjagaan kesihatan dengan segera.
4. Kehamilan ektopik
Pendarahan pada trimester pertama juga boleh menjadi tanda kehamilan ektopik (apabila janin mula membesar di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio). 
Jumlah pendarahan dengan kehamilan ektopik mungkin berbeza-beza. Masalah ini sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa bayi dan ibu jika tidak dirawat.
5. Komplikasi kehamilan
Menurut Dr. Hakakha, pakar obstetrik dan ginekologi, sebab lain anda mungkin melihat pendarahan semasa hamil adalah kerana komplikasi kehamilan.
Trimester pertama:
Pendarahan subchorionic (bekuan darah yang terbentuk di belakang plasenta yang sedang berkembang) Jangkitan serviks Plasenta previa (apabila plasenta implan dan tumbuh di atas serviks) Trimester kedua / ketiga:
Vasa previa (di mana saluran darah plasenta berada di lokasi yang tidak normal dan melintasi serviks) Gangguan plasenta (di mana plasenta mula menarik diri dari dinding rahim sebelum waktunya) Beza pendarahan implantasi dan haid Ramai yang salah anggap antara pendarahan implantasi dan haid. Justeru, berikut adalah beberapa perbezaan yang boleh anda lihat:
BezaPendarahan ImplantasiHaidJumlahBertompok atau aliran sangat ringanBerketul atau aliran sangat lajuWarnaWarna yang lebih cerah, biasanya
warna merah jambu yang sangat
terang atau warna karat ringan.Merah terang hingga gelapPembekuanTiadaSedikitMasaBerlaku beberapa jam hingga beberapa hariLebih beberapa jam hingga seminggu lebih Hukum darah yang keluar semasa mengandung Umumnya, wanita yang hamil boleh mengeluarkan jenis darah yang seperti berikut:
Darah Nifas – Seorang wanita yang hamil akan mengalami nifas selepas kosongnya rahim selepas bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim. Darah al-Tolaq – Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak. Darah Fasad – Darah yang keluar semasa kelahiran bayi Namun demikian, terdapat beberapa keadaan yang mana wanita hamil keluar darah dari rahimnya tetapi bukan kerana masalah keguguran atau sakit mahu bersalin.
Mengenai hukum darah yang keluar semasa mengandung, ulama Mazhab Syafie mengemukakkan pandangan yang berbeza-beza.
1. Pandangan pertama: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah haid.
Sekiranya darah tersebut mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam. 
Pandangan ini merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie (al-azhar). Justeru itu, tidak sah ibadah solat dan puasa yang dilakukan sepanjang tempoh keluar darah tersebut.
*Namun, sekiranya darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia dianggap darah istihadah dan sah solat serta puasanya.
2. Pandangan kedua: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah darah fasad.
Wanita yang mengalaminya dianggap dalam keadaan sentiasa berhadas. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menghalang tempat darah keluar
Oleh itu, wanita yang hamil tidak akan mengalami haid. Sekiranya dia melihat darah, maka ia mungkin salah satu tanda untuk melahirkan atau keguguran.
Wanita berkenaan melaksanakan solat mengikut syarat yang ditetapkan syarak begitu juga kewajipan puasa. Walau bagaimanapun pandangan ini adalah pendapat yang lemah menurut majoriti ulama Syafi’iyyah.
Bila perlu jumpa doktor? Seorang wanita hamil lalu mengalami simptom seperti pendarahan, sakit pada bahagian perut dan pelvis, pening atau pitam, hendaklah segera merujuk kepada doktor anda untuk sebarang rawatan lanjut.
Langkah pencegahan ketika mengandung Setiap kehamilan pastinya memberikan harapan untuk sepasang suami isteri bagi menimang cahaya mata.
Justeru, para isteri perlu lebih berhati-hati dan menjaga kehamilan ini sebaik mungkin lebih-lebih lagi pada kehamilan kali pertama, kehamilan di usia yang lanjut atau wanita yang mempunyai sejarah sakit tertentu.
Ikut segala nasihat doktor dan sentiasa jaga kesihatan diri serta bayi dalam kandungan. Elakkan stress ketika hamil dan dapatkan sokongan dari suami anda untuk menguatkan mental serta fizikal anda.
Akhir sekali, lakukan pemeriksaan doktor mengikut masa yang telah ditetapkan untuk mengetahui perkembangan bayi dan kesihatan anda sepanjang kehamilan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan mengandung tapi period dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Sumber:
Can You Be Pregnant and Still Have a Period? Parents Hamil Tetapi Mengalami Haid. Dr Zubaidi Hj Ahmad Implantation Bleeding or Your Period? How to Spot the Difference. Lancaster General Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mengandung-tapi-period/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mengandung-tapi-period

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 160 hits
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak Apa sebabnya hal ini terjadi Adakah darah ini normal atau berbahaya Pendarahan faraj semasa ha...
Anies Kampanye Di Padang Mau Pilih Yang Didukung Konglomerat Atau Rakyat

Anies Kampanye Di Padang Mau Pilih Yang Didukung Konglomerat Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 221 hits
Prinsipnya membesarkan yang kecil tanpa mengecilkan yang besar Menguatkan yang lemah tanpa melemahkan yang lemah
Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar

Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 306 hits
Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas saya tercari cari jenis ...
Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara Normal Atau Mama Papa Perlu Risau

Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara Normal Atau Mama Papa Perlu Risau

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 138 hits
yang sampai hilang suara papa dan mama tentu risau Persoalannya adakah tangisan itu normal atau tidak Seperti yang kita maklum semua menangis pada masa masa tertentu Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga ...
Team Harimau Malaya Atau Team Mini Un

Team Harimau Malaya Atau Team Mini Un

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 256 hits
Citizenship goals for footballers as stateless struggle On Dec 27 last year 10 year old R Shivaani appealed to the prime minister after the Education Ministry denied her from entering school to continue her primary studies I am asking Prime...
Video Anies Ajak Pilih Capres Didukung Konglomerat Atau Rakyat Cak Imin Cari Dukungan Santri

Video Anies Ajak Pilih Capres Didukung Konglomerat Atau Rakyat Cak Imin Cari Dukungan Santri

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 188 hits
Capres Anies Baswedan mengklaim dirinya ialah capres rakyat Dalam kampanyenya Anies mengajak rakyat memilih Capres yang didukung konglomerat atau rakyat
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 168 hits
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak anak tidak menjadi Dek kerana sikap ibu bapa maka anak anak tidak mahu mendengar kata degil dan sebagainya Dalam mendidik anak anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan den...
Rezeki Tersangkut Atau Rezeki Bocor

Rezeki Tersangkut Atau Rezeki Bocor

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 296 hits
AssalamualaikumBismillahHari ini jom kita sembang santai sesuatu yang mungkin sudah ramai yang tahu tetapi selalu kita lupa atau abaikan iaitu REZEKI Ada ketika kita rasa dah bekerja keras tetapi rezeki nampaknya tidak kunjung masuk Ada jug...
Anies Cari Kerja Sulit Pas Ada Kesempatan Masuknya Bayar Adil Atau Tidak

Anies Cari Kerja Sulit Pas Ada Kesempatan Masuknya Bayar Adil Atau Tidak

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 164 hits
Menurut Anies persoalan persoalan tersebut bukan hal yang sulit untuk diatasi
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara