Meneroka Kampung Budaya Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini aku nak sambung cerita tentang salah satu tempat yang pertama kali aku terjah di Terengganu dan tempat ini merupakan salah satu tarikan terbaru yang wujud di negeri ini pada tahun 2020. Pastinya anda tahu apakah tempat itu. Ya betul, tempat menarik ini dikenali dengan nama Kampung Budaya Terengganu

MENEROKA KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Bila sebut sahaja perkataan 'Kampung Budaya', anda pastinya akan teringat dengan Kampung Budaya Sarawak yang cukup terkenal dengan tarikan kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Sarawak itu. Sebenarnya, di negeri Terengganu sendiri turut mempunyai kampung budayanya tersendiri dimana ia bertujuan untuk berkongsi  tentang kesenian, warisan, kebudayaan dari negeri Terengganu kepada semua pengunjung

Kampung Budaya Terengganu ini bagaikan sebuah 'muzium hidup' dimana anda dapat melihat demonstrasi aktiviti-aktiviti tradisi yang dipamerkan oleh mereka yang berada di sini. Selain itu, anda juga boleh mencuba aktivit-aktiviti yang disediakan sekaligus dapat belajar dan mendapat pengalaman baru


Lokasi Kampung Budaya Terengganu ini terletak berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu iaitu salah sebuah muzium terbesar di Asia Tenggara. 
JOM TEROKA KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU


Seterusnya aku akan ceritakan pengalaman aku meneroka kawasan Kampung Budaya Terengganu ini. Lebih menarik, setiap lokasi terdapat staf yang akan menceritakan dengan lebih jelas tentang setiap fungsi dan cerita disebaliknya

Lokasi pertama yang aku jejak bersama rakan-rakan yang lain adalah sebuah kapal ataupun perahu besar. Perahu ini merupakan salah satu khazanah warisan bangsa Melayu yang digunakan sekitar abad ke 18 sehingga pertengahan abad ke 20. Ia dibina di sekitar muara sungai kuala Terengganu dan digunakan untuk perdagangan. 

Kemudian, untuk ke lokasi berikutnya kami melalui satu laluan yang disebelah kirinya terdapat mini zoo, sambil-sambil melawat dan mengenal budaya dan warisan, dapatlah juga melihat antara haiwan menarik disini

Demonstrasi pertama yang dilihat adalah mengenai dua jenis cara menggoreng keropok lekor. Tahukah anda pada suatu masa dahulu, menggoreng keropok lekor adalah dengan menggunakan pasir sahaja? Ya! Rasanya lebih menarik dan bagi aku lebih sedap bebanding cara menggoreng dengan minyak. Risau tentang kebersihan? Tak perlu risau sebab pasir tersebut dipilih dengan baik dan dibersihkan dengan elok


Seterusnya kami melawat rumah-rumah lama, rumah tradisional melayu yang terdapat di Kampung Budaya Terengganu ini. Terdapat beberapa buah rumah disini dan antaranya adalah Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, dan juga Istana Tengku long

Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil ketika meneroka kawasan rumah-rumah dan juga melihat aktiviti yang didemonstrasikan. Sungguh menarik

Rumah Bujang Berpeleh dan juga demonstrasi menganyam. Proses yang cukup rumit dan kadang-kadang menghasilkan satu unit mengambil masa berhari-hari. 
Antara peralatan dan juga permainan tradisi yang dipamerkan. Bilik tidur di dalam salah satu rumah disini. 
Rumah Limas Belanda, demonstrasi permainan rakyat dan juga ruangan dapur yang cukup minimal. 
Demonstrasi mencanting batik, terdapat dua cara dalam menghasilkan hasil seni batik. Juga anda dapat melihat bagaimana majlis perkahwinan diadakan. Jika bertuah, anda juga dapat cuba pakaian dan bergambar! 

Istana Tengku Long, dibina pada tahun 1904. Juga persembahan gamelan yang cukup menghiburkan. 
Pengalaman di Kampung Budaya Terengganu ini satu pengalaman menarik dimana kita dapat belajar warisan, kesenian dan tradisi orang Melayu pada zaman dahulu kala. Seni bina rumah yang cukup menarik dengan ilmu yang mereka miliki

Kedatangan aku ke Kampung Budaya Terengganu ini membuatkan aku rasa bangga menjadi salah seorang anak melayu kerana betapa hebatnya mereka dalam setiap aspek. Alangkah lebih menarik sekiranya setiap negeri mempunyai kampung budaya dimana mereka dapat mempamerkan kebudayaan, warisan dan keseniaan tersendiri di lokasi tersebut. Mungkin dimasa akan datang.✌

KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU
Lokasi : Lorong Bukit, Kampung Losong Bukit, 20566 Kuala Terengganu, TerengganuFacebook : Kampung Budaya Terengganu
Waktu Operasi :✅Sabtu-Khamis : 9.00 Pagi - 5.00 Petang✅Jumaat : 2.30 Petang - 5.00 Petang
Harga Tiket :🔔Dewasa (13 Tahun ke Atas) : RM10.00🔔Kanak-Kanak (8-12 Tahun) : RM5.00🔔Warga Emas : RM5.00🔔Orang Kelainan Upaya (OKU) : RM5.00
SEKIAN
#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu #CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel
Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/01/meneroka-kampung-budaya-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Haru Menusuk Hati Karena Budaya Kampung Ini Kian Musnah

Rasa Haru Menusuk Hati Karena Budaya Kampung Ini Kian Musnah

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 255 hits
image wikimediaTerlahir di desa Bringin Kediri tepatnya di jalan Brawijaya yang mana kata nenekku nama ini diambil dari nama kampus yang dibangun oleh para mahasiswa Sehingga dari situ telah mengajariku tentang banyak mitos yang merupakan m...
Gambar Banjir Di Pahang Johor Kelantan Dan Terengganu

Gambar Banjir Di Pahang Johor Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 678 hits
nbsp Ini adalah beberapa keping gambar banjir di Pahang Johor Kelantan dan Terengganu Untuk pengetahuan anda negeri yang mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir adalah negeri Pahang iaitu nbsp meningkat kepada 24 298 orang daripada 6 535 ...
Situasi Banjir Di Terengganu Semakin Buruk Lebih 10 000 Dipindahkan

Situasi Banjir Di Terengganu Semakin Buruk Lebih 10 000 Dipindahkan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 424 hits
loading KUALA LUMPUR 7 Jan Situasi banjir di pantai timur terutama di Kemaman Terengganu semakin buruk malam ini apabila air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10 000 orang dipindahkan ke pusat pusat pemindahan di negeri itu
Terengganu Fc Dan Unisza Jalin Kerjasama

Terengganu Fc Dan Unisza Jalin Kerjasama

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 328 hits
Foto Terengganu Football ClubKuala Terengganu Terengganu Football Club Sdn Bhd terus mengorak langkah dalam memperkasakan lagi pasukan apabila bakal mendapat sentuhan kepakaran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin selepas memeterai memo...
130 Anggota Polis Terengganu Dikena Tindakan Tatatertib

130 Anggota Polis Terengganu Dikena Tindakan Tatatertib

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 299 hits
Seorang Asisten Superintendan dibuang kerja setelah sabit kesalahan KEMAMAN Seramai 130 pegawai dan anggota polis di Kontinjen Terengganu telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu Ketua Polis Terenggan...
Jangan Biarkan Anak Anak Bermain Air Banjir Bomba Terengganu

Jangan Biarkan Anak Anak Bermain Air Banjir Bomba Terengganu

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 259 hits
Nur Fazlizai AliPengunjung yang bertandang ke Terengganu dinasihati agar tidak mengadakan pesta air di lokasi bencana termasuk di kawasan pantai Foto fail KEMAMAN Orang ramai yang tinggal di kawasan dilanda banjir dan pesisir pantai diingat...
Banjir Di Pahang Terengganu Dan Kelantan Tambah Buruk

Banjir Di Pahang Terengganu Dan Kelantan Tambah Buruk

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 333 hits
82 total views 82 views today Jumlah mangsa banjir di Pahang Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan manakala keadaan bertambah baik di Perak Selangor dan Johor dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementa...
Banjir Fasa Kelima Melanda Terengganu

Banjir Fasa Kelima Melanda Terengganu

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 322 hits
HARAKAH DAILY KUALA TERENGGANU Banjir fasa kelima melanda Terengganu bermula semalam di mana berlaku hujan renyai sesekali lebat serta angin kencang di kawasan pantai Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran meminta penduduk diminta...
Jawapan Nafuzi Zain Tentang Pemain Import Terakhir Terengganu Fc

Jawapan Nafuzi Zain Tentang Pemain Import Terakhir Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 524 hits
Kuala Nerus Nafuzi Zain mendedahkan pada temubual bersama Astro Arena bahawa pemain import terakhir Terengganu FC akan diumumkan dalam masa terdekat Apabila ditanya sama ada pemain itu adalah Makan Konate respon beliau hanya menyatakan tung...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment