Menentukan Waktu Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang



Soalan:
Saya merupakan seorang ahli perniagaan yang sering bermusafir dan sering keluar negara. Oleh sebab itu, saya memilih untuk berpuasa sahaja di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakah saya hendak berbuka puasa, adakah saya perlu mengikut waktu Kuala Lumpur, atau waktu tempat yang dituju, atau negara yang sedang dilalui oleh kapal terbang.

Jawapan:
Dalam menjawab persoalan ini, kami nyatakan sebuah ayat yang disebutkan di dalam al-Quran selepas ayat yang memerintahkan kewajipan berpuasa, maka datang selepasnya firman Allah SWT:

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah:184)

Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat ini, menyebutkan bahawa barangsiapa yang termasuk di dalam golongan yang disebutkan sebagai mukalaf, namun menghidapi penyakit atau sedang dalam permusafiran maka dibolehkan untuk berbuka dan menggantikan pada hari-hari selepas Ramadhan. [Lihat Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (2/138)]

Maka, seperti yang disebutkan di atas, syariat memberi kebebasan bagi orang yang bermusafir untuk memilih sama ada untuk berbuka atau terus berpuasa.

Persoalan yang seterusnya ialah berkaitan waktu berbuka bagi mereka yang memilih untuk berpuasa, sama ada mengikut waktu negara asal, atau negara destinasi atau negara yang sedang dilintasi. Maka, dalam hal ini hendaklah difahami firman Allah SWT:

ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
“Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” (Surah al-Baqarah: 187)


Maka, berasal daripada ayat ini, perlu untuk difahami bahawa waktu iftar atau berbuka hendaklah apabila tibanya waktu malam. Hal ini jelas seperti mana yang hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا، وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ، فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“Jika malam menjelang daripada sini (arah timur) dan siang pergi daripada sini (arah barat), dan matahari terbenam, maka orang yang berpuasa hendaklah berbuka.” [Riwayat al-Bukhari (1954)]

Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa:

يَنْقَضِي الصَّوْمُ وَيَتِمُّ بِغُرُوبِ الشَّمْسِ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ
“Selesai dan sempurnanya puasa itu dengan terbenamnya matahari seperti mana yang disepakati oleh seluruh orang Islam.” [Lihat al-Majmu’ (6/304)]

Hal ini turut disebutkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dalam menjawab persoalan orang yang hendak berbuka puasa di udara, dengan menyebut bahawa:

الصائم المسافر جوًّا يفطر عندما تغيب الشمس عنده وفي النقطة التي هو فيها، ولا يفطر بتوقيت بلده أو البلد التي يمر عليها، بل عند غروب الشمس بكامل قرصها في عينه هو
“Orang yang berpuasa yang sedang bermusafir di udara berbuka apabila tenggelamnya matahari pada penglihatannya, pada tempat dia sedang berada ketika itu, bukanlah berdasarkan waktu negara asalnya atau negara yang sedang dilaluinya, tetapi ketika tenggelamnya matahari keseluruhan lingkarannya berdasarkan pandangan matanya.” [http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=12934&LangID=1&MuftiType=0]

Maka jelaslah bahawa waktu berbuka itu berdasarkan tempat setiap orang yang berpuasa itu berada. Bukan berdasarkan waktu negara asal, negara yang dilalui apatah lagi negara yang dituju meskipun waktu-waktu tersebut dipaparkan secara tepat di dalam kapal terbang.

Oleh itu, hendaklah orang yang berpuasa memastikan bahawa waktu malam benar-benar telah masuk. Maka, para fuqaha’ menerangkan kaedah menentukan waktu malam berdasarkan situasi-situasi tertentu terutamanya sekiranya kapal terbang melalui kawasan yang menghalang untuk melihat matahari. Hal ini diterangkan oleh Ibn Daqiq al-‘Aidh:

وَالْأَمَاكِنُ تَخْتَلِفُ ، فَمَا كَانَ مِنْهَا فِيهِ حَائِلٌ بَيْنَ الرَّائِي وَبَيْنَ قُرْصِ الشَّمْسِ : لَمْ يَكْتَفِ بِغَيْبُوبَةِ الْقُرْصِ عَنْ الْأَعْيُنِ ، وَيُسْتَدَلُّ عَلَى غُرُوبِهَا بِطُلُوعِ اللَّيْلِ مِنْ الْمَشْرِقِ
“Dan kedudukan (orang yang melihat matahari terbenam) berbeza-beza. Sekiranya di antara orang tersebut dan lingkaran matahari itu terhalang, maka tidak cukup dengan sekadar terbenamnya lingkaran matahari daripada pandangan mata, (hendaklah orang yang terhalang) mengambil bukti (telah masuknya waktu maghrib) dengan melihat datangnya waktu malam dari arah timur.” [Lihat Ihkam al-Ahkam (1/166)]

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa waktu orang yang sedang berbuka bagi orang yang sedang berada di atas kapal terbang adalah berdasarkan datangnya malam yang dilihat dengan matanya sendiri atau diumumkan oleh anak kapal berdasarkan waktu semasa. Hendaklah sebolehnya menetapkan keyakinan dengan melihat menggunakan mata sendiri bahawa matahari telah terbenam dan hari telah bertukar malam.

Semoga kita diberikan taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/menentukan-waktu-berbuka-puasa-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Ketepatan Waktu Untuk Berbuka Puasa

Semakan Ketepatan Waktu Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 423 hits
Sila buat semakan ketepatan jam anda di laman web ini untuk waktu standard Malaysia Jangan sampai berbuka puasa awal dari waktu sebenar Anda mampu mengubahnya Sila klik http mst sirim my
Uniknya Puasa Di Dubai Beda Lantai Saja Bisa Beda Waktu Berbuka

Uniknya Puasa Di Dubai Beda Lantai Saja Bisa Beda Waktu Berbuka

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 247 hits
Keunikan puasa Ramadan di Dubai beda lantai saja bisa beda waktu berbuka Pasalnya di gedung gedung tertinggi matahari terbenam empat menit lebih dulu di lantai yang lebih rendah
Derita Warga Samarinda Terjebak Banjir Hingga Berbuka Puasa Di Jalan

Derita Warga Samarinda Terjebak Banjir Hingga Berbuka Puasa Di Jalan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 396 hits
Tak pelak lagi banjir merendam sejumlah ruas jalan protokol Seperti di Jalan Kesuma Bangsa dan Jalan Pahlawan Tidak terkecuali kawasan langganan banjir seperti Jalan Pasundan dan simpang 4 Voorvo Jalan Dr Soetomo Jalan Letjend S Parman sert...
Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 499 hits
Setiap kali tiba bulan Ramadan waktu iftar adalah detik yang paling ditunggu tunggu Ini kerana ia adalah masa untuk membalas dendam dengan makan sepuasnya segala juadah yang telah anda bayang bayangkan semasa berpuasa di siang hari Disebabk...
Menjelang Berbuka Puasa

Menjelang Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 334 hits
Apa ISU SIAPA salah Itu BUKAN tajuknya Tetapi itulah sikap perangai orang Islam ketika seminit Dua lagi nak BERBUKA PUASA APA imej yang dibawanya Kronik
Ramai Peniaga Masih Beroperasi Selepas Waktu Berbuka Di Kelantan

Ramai Peniaga Masih Beroperasi Selepas Waktu Berbuka Di Kelantan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 442 hits
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini telah menegaskan bahawa arahan menghentikan perniagaan bermula jam 8 30 malam hingga 10 malam akan berkuat kuasa serta merta sepanjang Ramadan Namun masih dapat dilihat sebahagian peniaga masih beroperas...
No Racist Feri Rosak Waktu Berbuka Makcik Pemuda Cina Hulur Makanan Bagi Muslim

No Racist Feri Rosak Waktu Berbuka Makcik Pemuda Cina Hulur Makanan Bagi Muslim

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 382 hits
No Racist Feri rosak waktu berbuka makcik pemuda Cina hulur makanan bagi Muslim Dalam konteks hidup bermasyarakat seseorang individu perlu menunjukkan sikap saling bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain Begitu yang diamalkan d...
Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir hari ini tampil menjelaskan keputusannya untuk hadir dalam program buka puasa di Gurdwara di Johor Bahru Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata Gurdwara itu dibina seperti sebuah kompleks...
Resepi Roti Jala Juadah Berbuka Puasa

Resepi Roti Jala Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 648 hits
Resepi Roti Jala Juadah Berbuka Puasa Assalamualaikum Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa Baru baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba