Menentang Covid 19 Lebih Dahsyat Daripada Berperang


BH ONLINE Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tempoh mengemudi negara bagi menentang peningkatan penularan kes COVID-19 sebagai 'lebih teruk daripada peperangan'.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah pentadbirannya memohon proklamasi darurat daripada Yang di-Pertuan Agong adalah antara faktor penting yang membantu kerajaan ketika itu mengurus dan mengawal pandemik itu.
Sepanjang pandemik itu, beliau bersama anggota pentadbiran lain terpaksa melaksanakan langkah segera yang tuntas bagi mengimbangi matlamat melindungi nyawa dengan ekonomi, dalam keadaan amat tidak menentu.
"Pengisytiharan darurat dan diberikan lebih banyak kuasa adalah penting untuk menguruskan pandemik.
"Undang-undang khas ini sudah tersedia sejak dahulu, namun ia amat jarang diperlukan. Ini adalah kali pertama ia digunakan untuk tujuan ini.
"Ada pihak mengatakan undang-undang darurat ini seolah-olah kita berada dalam peperangan, namun saya nak tegaskan ini sebenarnya lebih teruk daripada perang," katanya seperti dilaporkan media UAE, The National, yang diterbitkan semalam.
Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 29 Februari 2020 susulan pergolakan politik negara ketika itu, kira-kira sebulan selepas Malaysia mengesan kes positif COVID-19 pertama pada 25 Januari.
Pentadbiran Muhyiddin dilihat berjaya mengawal penularan wabak itu pada peringkat awal, namun serangan gelombang kedua COVID-19 menyaksikan jumlah kes harian melonjak melebihi 21,000 kes sehari.
Ia disusuli dengan langkah beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos tahun lalu.
Menyingkap beberapa langkah yang diambil ketika mengetuai kerajaan, Muhyiddin berkata, setiap negara memiliki cara tersendiri menguruskan pandemik itu berdasarkan pengalaman.
Di Malaysia, tegasnya, ia bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.
"Untuk Malaysia, saya mengambil langkah yang pertama kali dilaksanakan dengan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara.
"Ketika itu, jumlah kes hanya sekitar 300 tetapi kami tidak pasti apa yang akan berlaku seterusnya," katanya.
Beliau mengakui langkah itu sebagai drastik namun ia terpaksa dilaksanakan dan rakyat Malaysia bertindak balas dengan baik terhadap pelaksanaan PKP kerana bimbangkan kesihatan masing-masing, selain kadar kematian yang semakin meningkat.
"Saya tidak katakan semua keputusan yang saya buat adalah tepat, malah perintah berkurung ini menyebabkan Malaysia kerugian RM2.6 bilion sehari.
"Gabenor Bank Negara maklumkan jika perintah berkurung ini diteruskan, seluruh sistem perbankan Malaysia berisiko lumpuh.
"Ini adalah antara beberapa keputusan yang terpaksa kita laksanakan," katanya.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu bagaimanapun yakin Malaysia kini memiliki masa hadapan yang cerah dan mampu melonjakkan kembali ekonomi ke tahap yang lebih kukuh berbanding sebelum pandemik.
Jelasnya, proses pemulihan daripada pandemik amat penting untuk Malaysia dan seluruh rantau Asia, di samping memberi fokus pada sistem kesihatan awan susulan penularan varian Omicron.
"Persoalan ketika ini ialah apakah kita akan kembali ke arah situasi ketika 2019 atau menggunakan situasi semasa untuk melonjakkan Asia lebih tinggi dalam ranking negara maju?
"Bolehkah kita gunakan peluang ini bukan sahaja untuk pemulihan, tetapi untuk benar-benar menghidupkan semula negara di Asia dan mengangkat status kita, melihat pada ekonomi digital baharu dan bagaimana bank kita berfungsi.
"Ia kedengaran seperti cita-cita yang tinggi, namun ini mungkin satu rahmat untuk kita," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/menentang-covid-19-lebih-dahsyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Data 22 Januari 2022 Kasus Covid 19 Di Jakarta Tembus Seribu Lebih

Data 22 Januari 2022 Kasus Covid 19 Di Jakarta Tembus Seribu Lebih

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 230 hits
Penambahan 3 205 membuat total kasus positif Covid 19 di Indonesia menjadi 4 283 453 Dari total tersebut sebanyak 4 122 555 telah sembuh 144 206 meninggal dunia dan 16 692 masih menjalani perawatan atau isolasi
Kasus Covid 19 Di Bali Meningkat Warga Diminta Lebih Waspada

Kasus Covid 19 Di Bali Meningkat Warga Diminta Lebih Waspada

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 211 hits
Sekretaris Satgas Penanganan Covid 19 Provinsi Bali I Made Rentin menyampaikan berdasarkan data dari satgas penanganan Covid 19 per tanggal 5 Januari 2022 ada 11 provinsi yang mengalami kenaikan kasus Covid 19 lebih dari satu minggu berturu...
Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 205 hits
Azam Baki mahu meletakkan keutamaan dan fokus pada kerja dalam usaha SPRM membanteras rasuah PETALING JAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mahu meletakkan fokus kepada kerjanya yang dilihat sebagai perkara...
Lebih 4 Juta Pengundi 18 Tahun Didaftar

Lebih 4 Juta Pengundi 18 Tahun Didaftar

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 176 hits
Ismail Sabri melakukan gimik perasmian Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Ke 60 di Kota Bharu malam ini FOTO BERNAMA KOTA BHARU Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih empat juta belia berusia 18 tahun sudah did...
Lirik Lebih Memilih Dia Virza Tiar

Lirik Lebih Memilih Dia Virza Tiar

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 182 hits
ku kira semua baik baik sajaku kira semua tak ada masalahtak percaya kau tiba tiba memutus cinta kitaku kira selama ini kau bahagiaku kira selama ini kau percayasampai tua kita jalani hidup bersama selamanyasalah apa aku yang tulus mencinta...
Dijel Kerana Cuba Curi Tumbuhan Lebih Setengah Juta Ringgit

Dijel Kerana Cuba Curi Tumbuhan Lebih Setengah Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 161 hits
LOS ANGELES Seorang lelaki Korea Selatan Kim Byungsu dihukum penjara 24 bulan di Amerika Syarikat kerana cubaan mencuri satu tumbuhan yang bernilai ratusan ribu dolar pada Khamis Byungsu 46 dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Daerah AS G...
Peserta Demo Tangkapazambaki Bersurai Lepas Lebih Sejam

Peserta Demo Tangkapazambaki Bersurai Lepas Lebih Sejam

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 164 hits
Sepanduk tertera pelbagai slogan dibawa penunjuk perasaan ketika protes KUALA LUMPUR Selepas lebih sejam berkumpul peserta himpunan TangkapAzamBaki berarak dari stesen LRT Bangsar akhirnya bersurai secara aman kira kira 12 40 tengah hari Se...
Mereka Lebih Selesa Dengan Bersatu Umno Kelantan Putus Kerjasama Dengan Pas

Mereka Lebih Selesa Dengan Bersatu Umno Kelantan Putus Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 240 hits
Mereka lebih selesa dengan Bersatu Umno Kelantan putus kerjasama dengan PAS Umno Kelantan hari ini memutuskan kerjasama dengan PAS negeri Perkara itu diumumkan Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob sambil memaklumkan penamatan kerjasama i...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia