Mendidik Anak Ikut Sunnah Rasullullah Apa Kata Buat 4 Cara Ini
Zaman sekarang ni, nak mendidik anak sangatlah mencabar. Sebab tu ibu dan ayah kena sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan berusaha menjadi 'idola' anak-anak untuk diteladani.
Sebagai umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah Rasullullah SAW sebab baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Ibu ayah kena ingat, semua anak yang hadir ke dunia ni adalah pembawa rahmat dan rezeki buat seisi keluarga dan mereka dilahirkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Tak wujud anak pembawa malang dan sebagainya.
Cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu ayah sekarang ni adalah cabaran mendidik anak yang "tak makan saman", umpama mencurah air didaun keladi.
Puas diajar, dinasihati, ditegur, diingatkan namun takde perubahan positif pun yang ditunjukkan oleh si anak.
Perlu diingat, takde satu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Mendidik anak ikut sunnah Rasullullah, apa kata buat 4 cara ini. Kredit image Google.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah:
Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita memanja, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung ataupun bongsu dengan adil terhadap setiap anak-anak.
Tak boleh dirotan kalau mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang kita iaitu ibubapa selalu ada disisi mereka setiap masa.
Umur anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak.
Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)."
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menakutkan mereka. Jangan dipukul bahagian muka sebab muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.
Terpulanglah pada ibu ayah samada nak menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Umur anak-anak 15-21 tahun.
Ini adalah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.
Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka masa tu. Cuba menjadi pendengar yang setia kepada mereka.
Kalaupun kita tak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, elak dari mengherdik atau memarahi mereka terutama di depan adik-beradik yang lain. Banyak guna pendekatan dengan cara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, takde orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibu ayah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu ayah hanya perlu pantau, nasihat dengan sentiasa berdoa supaya setiap tindakan yang mereka ambil itu betul. InshaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibu ayah jangan penat untuk selalu menasihati mereka sebab mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu ayah nak.
Kalau korang nak tau, mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata.
Sebaliknya, anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun dah banyak kali ditegur sebqb mereka percaya itulah cara terbaik untuk mereka menarik perhatian ibu ayah semula.
Moga bermanfaat.
Sumber SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/07/mendidik-anak-ikut-sunnah-rasullullah.html