Mendiang Baharuddin Ditemukan Masih Genggam Pistol




IPOH: Sarjan Baharuddin Ramli yang maut dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand kelmarin ditemukan dalam keadaan masih menggenggam pistol automatik Walther P99 yang telah kehabisan peluru.
Pegawai Memerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, Superintenden Rosman Kasman berkata, mendiang menggunakan kesemua dua kelopak peluru pistol yang setiap satu diisi 15 butir peluru  semasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup.
Menurutnya, mendiang Baharuddin dan Sarjan Norihan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, berjaya mencederakan tiga orang penyeludup daripada kumpulan tersebut.
“Ketika diserang, keadaan ketika itu gelap serta hujan renyai.
“Walaupun dirinya cedera parah, tetapi mendiang Sarjan Baharuddin telah mengarahkan Sarjan Norihan untuk keluar meminta bantuan sementara beliau meneruskan pertempuran hingga kehabisan peluru.
“Sarjan Norihan dalam keadaan cedera dan kesakitan pula berlari keluar dalam keadaan gelap untuk mendapatkan motosikal dan bergegas ke salah satu pos kawalan bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Menurutnya, semasa kejadian, dua anggota berkenaan ditugaskan membuat tinjauan awal sebelum satu serang hendap dilakukan oleh batalion itu di satu laluan penyeludupan yang telah dikenal pasti hasil maklumat risikan.
Katanya, dalam tinjauan tersebut mereka telah mengenal pasti tempat yang dirasakan paling strategik untuk dijadikan tempat pemerhatian iaitu di satu kawasan belukar tebal di persimpangan laluan denai kira-kira 600 meter dari pagar sempadan.
“Lokasinya berbukit-bukau serta dikelilingi belukar tebal, keadaan muka bumi serta persekitaran yang gelap membataskan pergerakan pasukan keselamatan. 
“Kedua-dua mereka telah memasuki kawasan itu secara taktikal pada pukul 1.30 pagi untuk mengelak dikesan penyeludup.
“Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat pemerhatian ini mereka telah terserempak dengan sekumpulan 13 orang penyeludup di mana pihak musuh telah melepaskan tembakan dahulu mengakibatkan kedua-dua mereka tercedera,” katanya.
Menurut Rosman, mendiang Sarjan Baharuddin dan Sarjan Norihan merupakan anggota yang bersikap rendah diri.
“Namun mereka mempunyai semangat juang yang tinggi selain disenangi rakan-rakan sepasukan,” katanya.
Menurutnya, keberanian mendiang Sarjan Baharuddin dan Norihan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mencerminkan semangat keperwiraan tidak mengenal gentar semasa berhadapan musuh sepertimana diwarisi daripada para pejuang Senoi Praaq terdahulu.
“Mereka adalah contoh jelas yang telah menunjukkan semangat juang tinggi dan keberanian luar biasa yang dimiliki oleh perwira daripada masyarakat Orang Asli ini di dalam PGA. -UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/mendiang-baharuddin-ditemukan-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesedaran Peniaga Masih Rendah

Kesedaran Peniaga Masih Rendah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 201 hits
Kesedaran peniaga masih rendah Kuala Berang Kesedaran peniaga dalam talian atau e dagang mendaftarkan perniagaan di bawah SSM BizTrust melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia masih rendah apabila hanya 4 181 perniagaan berdaftar sehingga 30 O...
Tega Ibu Muda Siksa Anak Kandung Yang Masih 1 Tahun Kepala Direndam Ke Dalam Air

Tega Ibu Muda Siksa Anak Kandung Yang Masih 1 Tahun Kepala Direndam Ke Dalam Air

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 385 hits
Begitu teganya seorang ibu satu ini Melalui akun Instagramnya lylq23 dia memperlihatkan penganiayaan yang dilakukannya terhadap anaknya sendiri Dalam video yang diunggahnya lylq23 memasukkan kepala anaknya ke dalam sebuah ember berisi air D...
Sekolah Tatap Muka Mau Dibuka Ekstrakurikuler Masih Dilarang

Sekolah Tatap Muka Mau Dibuka Ekstrakurikuler Masih Dilarang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 246 hits
Ia wanti wanti jangan sampai karena sudah sekian bulan belajar dari rumah maka menjadi euforia sehingga menjadi lepas kendali
Shahrel Fikri Masih Sayangkan Perak

Shahrel Fikri Masih Sayangkan Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 220 hits
IPOH 18 Nov Penyerang pasukan Perak Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui masih sayangkan skuad The Bos Gaurus di sebalik tawaran yang diterimanya daripada beberapa pasukan Liga Super lain termasuk Selangor untuk musim depan Pemain berus...
Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 227 hits
YBhg Dato Kamal Amir Kamal Hijaz penganalisa politik bekas editor Karangkraf mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah agar UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Adakah PAS yang telah me...
7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 1419 hits
Siapa yang tidak menginginkan mempunyai rumah yang dapurnya luas dan memudahkan kerja memasak Tak semua orang dapat memnuhi impian itu banyak rumah yang di bikin oleh pemaju sekarang mempunyai sebuah dapur kecil yang hanya boleh memuatkan s...
Di Atas Langit Masih Ada Hotman Paris Cuma Dia Yang Mau Beli Popcorn Emas Chef Arnold Rp50 Juta

Di Atas Langit Masih Ada Hotman Paris Cuma Dia Yang Mau Beli Popcorn Emas Chef Arnold Rp50 Juta

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 291 hits
Kalau kata Bang Hotman sih harga segitu kecil jika dibandingkan dengan kreativitas tak ternilai seperti popcorn satu ini
Anak Masih Belum Cakap Selain Jumpa Pakar Amalkan Surah Ni Insyaallah Membantu

Anak Masih Belum Cakap Selain Jumpa Pakar Amalkan Surah Ni Insyaallah Membantu

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 464 hits
Mencecah usia anak setahun sepatutnya ada beberapa patah perkataan anak boleh sebut Walaupun masih pelat tetapi dia berusaha untuk menyebutnya berbanding anak yang tak bercakap tetapi memberi isyarat tunjuk saja Mungkin awal awal kita boleh...
Hiburan Berdepan Saman Rm3 Juta Awal Ashaari Dedah Masih Belum Terima Sebarang Dokumen Mahkamah

Hiburan Berdepan Saman Rm3 Juta Awal Ashaari Dedah Masih Belum Terima Sebarang Dokumen Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 294 hits
Berdepan saman RM3 juta syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry pengacara popular Awal Ashaari akui dirinya masih belum menerima sebarang dokumen mahkamah sehingga semalam Perkara itu dikongsi sendiri oleh Awal menerusi sebuah pos...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord