Mendaki Gunung Raya Langkawi




Selain merupakan puncak tertinggi di Pulau Langkawi, keistimewaan gunung ini adalah trek bertangganya. Saya bersama seorang teman mendaki ke gunung ini pada hujung bulan September 2019. Dari bandar Kuah, kami menaiki 'grap' ke Hutan Lipur Lubuk Semilang di mana pendakian trek bertangga ini bermula. Kami sampai di Hutan Lipur Lubuk Semilang sekitar jam 15:45 petang dan sebaik sahaja kami ingin memulakan trekking, hujan mulai turun dan kami mengambil keputusan untuk berteduh dahulu. Hutan Lipur Lubuk Semilang merupakan tempat perkelahan, terdapat sungai yang jernih dan berberapa kemudahan seperti tapak pakir kenderaan, surau, tandas dan pondok berehat disediakan. Kami mengambil keputusan jika hujan tidak berhenti sehingga jam 16:30 petang, kami akan membatalkan pendakian ini kerana dari bawah hingga ke atas memerlukan masa sekitar 2 jam mendaki, tambahan pula kami terlupa membawa lampu suluh dan beberapa keperluan mendaki. Jam 16:05 petang, hujan mulai berhenti dan kami meneruskan rencana pendakian.




Jalur ke puncak dibina tangga batu sebanyak 4287 anak tangga mengingatkan saya pada pendakian ke puncak Gunung Adam yang juga dibina tangga sebanyak 5000 lebih anak tangga. Jalur Gunung Raya ini pasti menarik dengan bilangan anak tangga yang juga menghampiri bilangan anak tangga Gunung Adam di Sri Lanka.





Trek anak tangga ini dikenali sebagai Tangga Helang Seribu Kenangan dan anak tangga pertamanya dibina pada paras 55.4 mdpl manakala anak tangga tertingginya pada ketinggian 787.8 mdpl dengan jarak 3.1 kilometer. Kami mendaki anak-anak tangga ini dengan perasaan teruja. Trek pendakian bertangga ini sangat berbeza dari gunung lain di Malaysia. Tangga Helang Seribu Kenangan ini mula dibina pada March 2000 dan siap pada February 2001.



Anak tangga dibina dengan jarak ketinggian yang sederhana dan di beberapa bahagian palang besi dibina kiri dan kanan tangga. Kami terus mendaki secara sederhana sambil mencari penanda ketinggian atau penanda bilangan anak tangga namun tidak kelihatan sehingga di anak tangga ke 2000 barulah kami melihat tanda ringkas yang dilekatkan di pokok.




Pada pandangan saya, jalur bertangga Gunung Raya ini amat cantik, pokok-pokok besar meredupkan dan menyamankan pendaki. Saya sedikit gentar bila melalui kawasan sedikit landai yang tidak mempunyai palang besi apabila ternampak banyak jejak binatang yang berkemungkinan Babi Hutan. Meneruskan pendakian sambil melangkah lebih laju sehingga sampai di kawasan jalur bertangga berpalang besi sedikit melegakan. Jalur pendakian bertangga ini dibina baik namun seperti tidak diselenggara dengan rapi. Terdapat banyak pokok dan dahan tumbang menghalang laluan tangga sehingga ada jalur terbina di luar laluan bertangga di mana pokok tumbang yang menghempap tangga tidak dipotong dan dialihkan.




Berjarak 30 minit ke puncak, kami terlihat Burung Enggang yang besar, tapi malangnya kami tidak sempat merakam gambar apabila dia terbang. Kami sampai di anak tangga teratas sekitar jam 18:20 petang, tepat 2 jam 15 minit masa pendakian seperti diramal.




Sampai di anak tangga teratas, terdapat kawasan sederhana lapang untuk melihat pemandanan namun petang itu berjerebu menyebabkan pemandangan berbalam-balam sahaja yang kelihatan. Saya bertegur sapa dengan sebuah keluarga kecil yang memakir motosikal di kawasan lapang ini. Mereka juga berencana ke puncak Gunung Raya dan dari sini kami sama-sama berjalan melalui jalan raya ke puncak sambil bercerita. Encik Hazimin mencadangkan kami terus jalan menuju ke pencawang TM. Kami berjalan hingga ke hujung, terdapat kawasan persendirian milik TM yang berpagar, tetapi di sini bukan puncak tertinggi Gunung Raya.



Kemudian kami berpatah balik dan memasuki simpang ke sebuah resort di mana puncak tertinggi Gunung Raya sebenar. Menghampiri kawasan resort terdapat "spot" kecil untuk melihat matahari terbenam dan kami meneruskan perjalanan hingga ke hadapan resort. Kami berehat sebentar di hadapan resort iaitu di puncak Gunung Raya. Di sana terdapat sebuah menara tinjau pemandangan tetapi saya tidak naik ke menara tinjau tersebut kerana pasti tidak nampak pemandangan disebabkan jerebu. Ketinggian Gunung Raya adalah 881 mdpl.



Kami kemudian pulang ke Bandar Kuah melalui jalan raya setelah dijemput teman. Pada pandangan saya, trek Gunung Raya agak menarik, jika trek dijaga rapi. Terima kasih Allah.

Beberapa cadangan mungkin boleh menjadikan trek Gunung Raya lebih menarik seperti:
1- Pendaki mungkin merasa lebih selamat jika tiang besi dibina sepanjang tangga untuk keselamatan. 2- Pokok-pokok besar juga boleh ditanda mengikut nama dan jenis pokok.
3- Papan tanda ketinggian atau  penanda bilangan anak tangga juga mungkin bagus dibina sebagai rujukan atau motivasi pendaki.
4- Membina beberapa pondok untuk rehat dan berteduh jika hujan dapat menampakkan santai trek.
5- Membina bangku batu untuk berehat.
6- Mengekalkan pendakian percuma.
Nota:
1- Tapak pakir kenderaan percuma di Hutan Lipur Lubuk Semilang.
2- Tiada permit dan bayaran dikenakan untuk mendaki Tangga Helang Seribu Kenangan.
3- Tidak digalakkan memulakan pendakian lewat petang (terpulang pada kecergasan pendaki).
4- Membawa bekalan minuman, jajan, tongkat, lampu picit, baju hujan dan sebagainya.
5- Agak sukar mendapat "grap" di puncak Gunung Raya.
6- Selain mendaki, puncak gunung raya juga boleh dikunjungi melalui jalan raya.
7- Terdapat liputan taliphon bimbit dan wifi sepanjang jalur.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/09/mendaki-gunung-raya-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Tak Terlupakan Ria Ricis Saat Berhasil Mendaki Ke Puncak Gunung Prau

Pengalaman Tak Terlupakan Ria Ricis Saat Berhasil Mendaki Ke Puncak Gunung Prau

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 240 hits
Panorama alam yang memesona di Gunung Prau Jawa Tengah membuat Youtuber Ria Ricis tertarik untuk berkunjung kesana Bersama timnya Ricis mendaki gunung yang memiliki ketinggian 2590 MDPL
7 Tip Penting Melakukan Aktiviti Mendaki Gunung

7 Tip Penting Melakukan Aktiviti Mendaki Gunung

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 425 hits
7 Tip Penting Melakukan Aktiviti Mendaki Gunung Semenjak dua menjak ni semakin ramai pula yang beralih minat dan hobi kepada mendaki gunung atau bukit Walau apa pun tempat tinggi yang anda naik samada gunung atau bukit itu tetap dipanggil h...
Cari Udara Segar Warga Palangka Raya Pergi Ke Luar Kalteng

Cari Udara Segar Warga Palangka Raya Pergi Ke Luar Kalteng

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 178 hits
Dua bulan terakhir warga Palangka Raya di Kalimantan Tengah dikepung kabut asap akibat Karhutla Sebagian warga memilih keluar Kalimantan Tengah sementara waktu Tujuannya mencari udara segar Namun hari ini pekatnya kabut asap perlahan mulai ...
Kancil Lejen Disita Polis Kerana Terlalu Lusuh Tidak Sesuai Berada Di Jalan Raya

Kancil Lejen Disita Polis Kerana Terlalu Lusuh Tidak Sesuai Berada Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 837 hits
The ReporterPolis terpaksa menyita sebuah kereta kancil yang sudah lusuh dan tidak sesuai berada di atas jalan raya Jumaat lalu Polis menerima maklumat mengenai kereta itu kira kira jam 10 pagi dan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Pe...
Remaja Dituduh Pandu Lawan Arus Tidak Pernah Memandu Di Lebuh Raya

Remaja Dituduh Pandu Lawan Arus Tidak Pernah Memandu Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 515 hits
BUKIT MERTAJAM 20 Sept Remaja perempuan yang didakwa memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak pernah memandu di Lebuhraya Utara Selatan sebelum kemalangan p...
4 445 Wna Tinggal Di Tangerang Raya Terbanyak Berasal Dari China

4 445 Wna Tinggal Di Tangerang Raya Terbanyak Berasal Dari China

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 121 hits
4 445 Warga Negara Asing tercatat tinggal dan menetap di wilayah Tangerang Raya WNA yang tinggal di Tangerang rata rata berasal dari China
Ngeri Tengok Jalan Raya Merekah Gempa Bumi Kuat Goncang Pakistan Telan 19 Nyawa

Ngeri Tengok Jalan Raya Merekah Gempa Bumi Kuat Goncang Pakistan Telan 19 Nyawa

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 518 hits
Gempa bumi 5 8 magnitud menggegar timur Pakistan dan membunuh sekurang kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang Menurut pegawai gempa itu dilaporkan terjadi berhampiran dengan bandar Mirpur di Kashmir yang dikendalikan o...
Wanita Haidh Solat Hari Raya

Wanita Haidh Solat Hari Raya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 345 hits
SOALAN Saya ada terdengar dalam satu kuliyah ustaz yang mana wanita yang sedang haidh sunat pergi solat raya Bukankah wanita yang sedang haidh itu haram mengerjakan solat JAWAPAN Memang benar wanita yang sedang haidh disunatkan keluar ke te...
Biar Pun Perlahan Pembaharuan Pilihan Raya Di Landasan Betul Bersih

Biar Pun Perlahan Pembaharuan Pilihan Raya Di Landasan Betul Bersih

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 221 hits
NGO pemantau hak asasi pilihan raya Malaysia Bersih 2 0 berpendapat kerajaan Pakatan Harapan dilandasan yang betul apabila berjaya menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun dan meluluskan pendaftaran secara automatik Langkah seterusnya menur...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner