Mendaki Bukit Juru Melalui Trek 646 Anak Tangga


[Catatan Hari Ahad, 3 September 2023]
Ini merupakan kali ke-3 saya dan Encik Suami melakukan aktiviti pendakian ke Bukit Juru. Kali terakhir kami ke sini sekitar bulan Mei lalu. Tetapi kali ini kami akan mencuba trek yang belum pernah kami lalui

Terdapat dua pilihan tempat permulaan pendakian (trailhead) untuk kita mendaki Bukit Juru. Kalau sebelum ini kami naik ikut trek yang dikenali sebagai ‘1800 Steps Bukit Juru’, tetapi kali ini kami cuba naik ikut trek ‘646 Anak Tangga’. Carian Google Maps - Bukit Juru Hiking

Trailhead ini terletak berhampiran Warung Pak Su Mee Udang, boleh parkir kenderaan di kawasan lapang berhadapan warung. Semasa kami tiba, terdapat sebuah kenderaan saja di kawasan parkir. Timbul rasa cuak dalam hati saya, sebabnya setiap kali kami ikut trailhead satu lagi tu sentiasa banyak kenderaan para pendaki. Kalau tak banyak kenderaan itu maksudnya tak ramai yang menggunakan trek yang bakal kami lalui ini 😬
Apa pun, jom kita teruskan perjalanan

8.27 pagiPerjalanan menuju ke kaki Bukit Juru bermula di sini. Papan tanda ‘Jom Kita Pi Naik Bukit Juru - 646 Anak Tangga’ jelas kelihatan dari jalan besar, sederet dengan warung Mi Udang tadi. Kami ikut saja laluan jalan tar ini untuk ke kaki bukit. Rekod aktiviti pendakian saya dengan menggunakan smart watch bermula dan berakhir di sini

8.28 pagiSeterusnya kami tiba di laluan yang dipenuhi dengan rimbunan pokok buluh sebelum melalui kawasan semak belukar. 
8.30 pagiKami berjalan sehingga tiba di kawasan yang tak nampak mana satu laluan, semak samun meninggi. Terkejut jugak saya tengok keadaan begini 😬
Di balik rimbunan semak tu nampaklah papan tanda warna kuning dan anak tangga. Di situlah permulaan trek pendakian. Langkah kaki diteruskan dengan diiringi lafaz doa memohon perlindungan Allah. 
8.31 pagiPapan tanda info berkenaan Bukit Juru

Trek tangga konkrit menuju ke puncak bukit. Laluan di sini agak kecil dengan rimbunan pokok di kanan dan kiri tangga menjadikan persekitaran agak suram

Suram ke seram? Jujurnya, terselit sedikit rasa seram melihat keadaan trek yang nampak macam terbiar seperti dah lama tak dilalui orang. Pun begitu, bunyi kicauan burung bernyanyi indah membuatkan hati saya rasa tenteram dan teruja untuk terus melangkah. Paling penting, penglihatan dan pendengaran kita harus peka pada persekitaran. Juga jangan riuh sangat bila berbual dan jangan senyap sangat bila berada di tempat begini. Sesekali saya bersuara, “Tumpang laluuu…ke tepi semua ya...”. Bimbang jugak kot jalan berdua senyap je, tiba-tiba muncul haiwan di laluan kami 😅
8.43 pagiDi sepanjang perjalanan kita akan jumpa tanda kiraan anak tangga. Juga pokok-pokok hutan dengan tanda nama, bolehlah belajar nama-nama pokok hutan

Semasa di pertengahan pendakian, kami berselisih dengan seorang lelaki yang sedang menuruni bukit. Alhamdulillah, ada jugak orang yang dah melalui trek ini pada hari ini. Saya rasa lega. Lelaki tersebut memberi salam kepada kami dan memaklumkan terdapat dua tempat dengan pokok rebah merintangi trek, perlu merangkak untuk melaluinya. Alamak

9.05 pagiKami tiba di salah satu tempat yang dimaksudnya oleh lelaki tadi. Pokok-pokok kecil rebah merintangi trek tangga. Syukur jugaklah dah tahu lebih awal, taklah terkejut sangat kan. Kalau nak tengok macam mana rupa laluan bawah rimbunan pokok rebah ni, boleh tonton video di hujung entri

Saya keluarkan sarung tangan dari beg, pakai sarung tangan di kedua belah tangan. Encik Suami tak ada sarung tangan, tapi dia tak kisah pun merangkak tak guna sarung tangan. Saya je rasa risau kot terpegang apa-apa. Uishh…jangan bayangkan yang bukan-bukan masa ni, perhatikan sekitar dan terus sajalah merangkak perlahan-lahan mendaki anak tangga

9.20 pagiAlhamdulillah! Setelah kira-kira 50 minit pendakian dengan jarak 1 km, akhirnya kami selamat tiba di puncak Bukit Juru. Ada pendaki yang boleh naik dalam masa 30 minit saja, kami ambil masa lebih sebab kurang stamina dan kerap berhenti dek tabiat saya yang gemar memotret itu ini 😄
Dari jauh kedengaran suara riuh orang berborak. Sekumpulan pendaki sedang berehat di sini. Saya fikir mereka naik ikut trailhead satu lagi sebab tak lama tu nampak beberapa orang rakan mereka baru tiba dari arah laluan trailhead tersebut

Kami tak berhenti rehat di sini. Saya ajak Encik Suami berjalan-jalan dalam hutan dengan melalui trek tersedia untuk menikmati keindahan alam semula jadi

Di kawasan yang penuh dengan batu besar

Saya suka tempat ni, Masya Allah cantik pokok-pokok di sini

10 pagiSelepas kira-kira 700 meter berjalan merentasi hutan, kami berpatah balik ke puncak bukit tadi untuk berehat. Kami makan tuna cheese sandwich dan minuman sejuk yang dibekal sebagai alas perut. Selepas berehat dan berfoto kenangan, kami kembali meneruskan perjalanan menuruni bukit

Pemandangan dari puncak Bukit Juru

Data dari Galaxy Watch
Mula - 8.27 pagi, tamat - 10.46 pagi

Secara keseluruhannya, menurut pendapat saya pendakian ke Bukit Juru melalui trailhead ‘646 Anak Tangga’ ini tidaklah terlalu susah sebab kita cuma perlu mendaki tangga konkrit tersedia. Treknya juga lebih pendek berbanding trek di trailhead ‘1800 Steps Bukit Juru’

Tetapi cabarannya, trek bertangga di sini agak curam dan berliku. Mungkin sebab itu tak ramai yang suka lalu trek di sini, menjadikan laluan di sini agak terbiar dan dipenuhi semak samun. Sepanjang kami turun dan naik bukit, kami cuma berselisih dengan seorang pendaki saja. Bila tiba semula di kawasan parkir, cuma kenderaan kami saja yang ada di situ

Seperkara lagi, bersedia juga dengan nyamuk yang banyak sewaktu mendaki. Besar saiz nyamuknya, terganggu jugaklah saya dengan bunyi dengung nyamuk yang cuba mendekati saya. Mungkin sebab bahagian bawah ni dipenuhi semak, habitat yang sesuai untuk nyamuk. Kalau di bahagian atas tak jumpa nyamuk


Video berdurasi 1:29 minit sekitar pendakian kali ini









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/09/mendaki-bukit-juru-melalui-trek-646.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persediaan Sebelum Mendaki Ke Bukit Tabur

Persediaan Sebelum Mendaki Ke Bukit Tabur

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 234 hits
Persediaan Sebelum Mendaki ke Bukit Tabur l Dulu masa Juju menetap di Kuala Lumpur Juju ada juga dengar pasal Bukit Tabur ni Tapimasa tu entah kenapa Juju macam takda rasa nak hiking dekat situ Mungkin masa tu aktiviti hiking belum popular ...
Flora Fauna Fungus Di Bukit Juru

Flora Fauna Fungus Di Bukit Juru

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 281 hits
Foto foto flora fauna dan fungus berikut dirakam pada 3 September 2023 lalu sewaktu saya dan Encik Suami melakukan aktiviti yang terletak di Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah Pulau Pinang Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya ...
Kecoh Anak Abby Dan Norman Menjadi Penyondol Rumah Tangga Orang Lain Siap Check In

Kecoh Anak Abby Dan Norman Menjadi Penyondol Rumah Tangga Orang Lain Siap Check In

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 325 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara mempertahankan anaknya Marissa Dania Hakim 18 yang didakwa seorang wanita menjadi penyebab kehancuran rumah tangganya Abby yang diserang netizen di Instagram berhubung situasi itu...
Bila Nak Tinggalkan Anak Anak Yang Terlalu Kecil

Bila Nak Tinggalkan Anak Anak Yang Terlalu Kecil

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 148 hits
Bila nak tinggalkan anak anak yang terlalu kecil dengan bapaknya mulalah fikir kena sediakan bermacam macam Semua sedia tinggal nak guna je Pampers tise tisu basah dan air spray siap siap dalam bekas Kita mudahkan dia dia senang hati kita p...
Sudah Kahwin Lama Tetapi Belum Dapat Anak Tips Cara Buat Anak Mengandung Hamil

Sudah Kahwin Lama Tetapi Belum Dapat Anak Tips Cara Buat Anak Mengandung Hamil

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 144 hits
Hamil mengandungSebenarnya sudah lama tahu tetapi tiada kesempatan untuk berkongsi mengenai cara buat anak untuk mengandung hamil untuk pasangan yang telah lama kahwin tetapi belum dapat anak Sumber berdasarkan pengalaman hidup dan dari per...
Hiburan Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Hiburan Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 190 hits
Melalui sesi temubual bersama pihak Abdur Rahman Amir Ruddin berkata dirinya baru saja bersua muka dengan ibu bapa dan adik adik sebelum mereka bertolak untuk menghantar ibu mengajar di Sekolah Agama Kemedak Segamat Untuk info Abdur Rahman ...
Ada Anak Bawah 5 Tahun Mama Papa Wajib Rangsang Deria Vestibular Kalau Anak Gayat Maksudnya Belum Mahir

Ada Anak Bawah 5 Tahun Mama Papa Wajib Rangsang Deria Vestibular Kalau Anak Gayat Maksudnya Belum Mahir

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 137 hits
Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka Mereka belajar melalui bermain Jadi anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi kemahiran motor halus dan motor kasar kemahiran...
Hilang Tempat Berteduh Anak Sulung Imamkan Solat Jenazah Enam Beranak

Hilang Tempat Berteduh Anak Sulung Imamkan Solat Jenazah Enam Beranak

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 242 hits
Berita mengenai nahas kemalangan melibatkan lima kenderaan lima kenderaan iaitu Honda HRV Proton Wira Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir berhampiran Loji Petronas yang telah meragut nyawa enam beranak membuatkan...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok