Mencendol Di Cafe Raja Cendol Taming Sari Ayer 8 Putrajaya
Bila suami OFFday, inilah masanya untuk kita keluar ambil angin. Weekend memang jarang keluar. Sejenis malas nak hadap jem dan kesesakan orang ramai. Rancang nak membeli belah sambil membeli hadiah untuk anak buah.
Seusai membeli terus pergi tempat kerja dia, alang-alang dah keluar dan agak dekat nilai ke Putrajaya. Boleh juga jalan-jalan sekali. Kebetulan sampai masa anak buah balik kerja. Dapatlah lepak kejap jalan-jalan kat Ayer @8 Putrajaya
Jalan jalan tepi tasik, banyak kedai tak buka. Kurang meriah mungkin sebab masih awal. Tasik ni tempat lepak dan riadah seisi keluarga petang-petang. Tak ada apa yang menarik, jomlah kita balik
On the way balik, terlalu pulak di Cafe Raja Cendol Musang King Taming Sari Putrajaya. Nama pendek dia Cafe Raja Cendol Musang King kot. Cendol asli Taming Sari Melaka bawa ke Putrajaya. Begitulah cerita dia agaknya
Cafe lengang tak ada orang. Kami masuk duduk kat dalam, sejuk sikit layan aircond. Andai ada angin sepoi sepoi bahasa kat luar, nak juga duduk luar. Tapi cuaca macam panas, duduk dalam lebih baik
Sistem order melalui QR yang tersedia kat meja. Order dan bayar terus. Boleh juga nak order di kaunter kalau tak nak guna QR code. Ikut mana senang
Kami order 2 mangkuk cendol pulut yang berharga RM9.90 semangkuk kalau tak silap. 1 untuk anak buah dan 1 lagi kami kongsi je. Saya jarang makan habis, elok share tak membazir. Tahu-tahu diberikan satu mangkuk kosong. Okaylah boleh bahagi dua awal-awal.
Dalam semangkuk cendol ada semangkuk kecil pulut, jagung manis, kacang merah, 2 biji isi buah longan, cendol bersama santan dan gula merah. Cukup lengkap dengan segala condiments nya.
Rasa dia macamana pula? Of course sedap! Rasa lemak santan dan air gula yang tak terlalu manis. Sesekali rasa kemanisan jagung dan kerangupan isi longan. Rasa lemak santan tu menarik macam ada isi kelapa juga. Mungkin dicampur dengan air kelapa juga
Yang penting rasa dia sedap tak manis sangat. Kita ni kalau manis sangat memang tak boleh masuk sangat. Kena ada air kosong stand by. Tapi Cendol Taming Sari ni sedap nau nau rasa lemak dan manisnya. Lain kali boleh repeat makan. Rasa dan harganya berbaloilah.
Service pun pantas dan terbaik. Food plating presentation pun terbaik. Elok je cucun-cucun (ikut suara umar) dalam mangkuk. Barulah cantik digambarkan. Instagrammable sangat
Cakap pasal Instagrammable, sebenarnya tujuan utama ke Ayer @8 Putrajaya ni nak pergi menjamu selera di INaRA Kafe, instagrammable cafe in putrajaya katanya. Anak buah kata, "ucu mesti suka tempat ni, boleh buat content"
Haa yeee...memang suka sangat. Tengok dari luar dah tahu cantik kat dalam tu. Tapi itulah, sayang seribu kali sayang INaRA Kafe rupanya tutup hari Isnin. Hari Isnin dorang tutup dan berkemas kemas kot. Tak ada rezeki lah. Maksudnya kena repeat datang lain kali.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/10/mencendol-di-cafe-raja-cendol-taming.html