Mencari Unta Merah Jepun


 Judul : MENCARI UNTA MERAH JEPUNPenulis : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-HafizPenerbit : Jejak TarbiahTahun terbit : Cetakan Pertama 2020Jumlah halaman : 375

Mencari Unta Merah Jepun merupakan sebuah naskhah kembara dakwah di bumi Jepun oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz. Bermula dengan ziarah kali pertama penulis ke Jepun pada November 2017, ia telah menjadi perintis jalan dakwah yang lebih luas di negara matahari terbit ini sehingga mampu membeli dan mengubah suai bangunan Japan Dakwah Centre bernilai RM3 juta di Osaka.

UNTA MERAH
Jepun bukanlah negara yang sinonim dengan unta. Jadi mengapa penulis memberi judul ‘mencari unta merah’? Apa maksud ‘unta merah’

Pada zaman Rasulullah SAW, kenderaan paling hebat ialah unta. Unta merah merupakan unta paling mahal, harta paling berharga dan menjadi kebanggaan ketika itu. Maka Rasulullah SAW menjadikan unta merah sebagai satu perbandingan atau misalan betapa mulianya suatu perbuatan. Tujuan perbandingan perkara akhirat dengan keuntungan dunia begini sekadar bertujuan bagi memudahkan pemahaman. Sudah tentu ganjaran di akhirat lebih hebat berbanding dengan keuntungan dunia

Antara hadis Rasullullah SAW yang menyebut nilai suatu amalan itu lebih baik berbanding unta merah :Maksud petikan hadis Rasullullah SAW :“Maka demi Allah, (ganjaran yang kamu perolehi) kerana seseorang memeluk Islam (atas usahamu) lebih baik nilainya daripada (nilai) seekor unta merah (unta yang sangat mahal harga kepada orang Arab).”Berdasarkan hadis di atas, penulis melakukan usaha dakwah bagi menarik lebih ramai warga Jepun dengan Islam. Gerak kerja dakwah secara efektif pula dilakukan oleh Zulkarnain Hasan Basri, warga Malaysia yang menetap di Jepun


Antara isi buku Mencari Unta Merah Jepun.
JURUTERA YANG BERDAKWAH
Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian dengan 31 bab. Bab ke-30 menampilkan penulisan oleh Zulkarnain Hasan Basri, seorang bekas jurutera di Jepun yang berkahwin dengan warga Jepun dan giat berdakwah kepada warga Jepun

Kagum saya membaca kisah beliau yang memulakan kerja dakwah secara bersendirian semasa masih bekerja sebagai jurutera. Beliau juga sanggup menggunakan wang sendiri bagi menampung kos kerja dakwah (pengangkutan dan pembelian naskhah al-Quran terjemahan bahasa Jepun). Semuanya bermula atas kesedaran memikirkan nasib keturunan beliau sekiranya Islam tidak berkembang baik di Jepun. Sebuah kisah yang sangat menginspirasikan


ISI PENTING BUKU
Mencari Unta Merah Jepun bukan sekadar sebuah naskhah kembara penulis ke Jepun, tetapi ia sarat dengan perkongsian ilmu dan nasihat. Saya kongsikan beberapa isi penting dan juga petikan buku ini, semoga saya dan kalian yang membacanya mendapat manfaat

1. Dakwah kepada golongan yang belum mengenal Islam adalah sunah Rasullullah SAW yang paling awal dan utama.Paling awal dan utama? Ya! Sejurus Baginda SAW dilantik sebagai Rasullullah, Baginda membawa risalah Islam kepada Khadijah, Abu Bakar, Ali dan semua sahabat di Mekah. Bukankah pada waktu itu mereka belum lagi bergelar Muslim? Mereka menerima Islam dan menjadi batu-bata awal yang mengukuhkan binaan Islam setelah diajak oleh Baginda SAW. - petikan halaman 372
2. Dakwah merupakan tuntutan bagi umat Islam sama ada melalui ilmu dan akhlak
Sekiranya tidak mampu mengatur bicara mengajak kepada Islam, jagalah akhlak kita sebaik mungkin kerana ia cerminan peribadi dan agama kita. - petikan halaman 370
3. Tiga pendekatan dakwah berteraskan al-Quran yang disampaikan Zulkarnain kepada warga Jepun :Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memperkenalkan diri-Nya sebagai tuhan kepada manusia. Mesej mengenai Ketuhanan-Nya disampaikan Allah melalui al-Quran. Semua tuhan selain Allah tidak layak digelar tuhan kerana mereka “dinobatkan sebagai Tuhan oleh manusia yang jahil”. Tidak ada rekod yang sah daripada tuhan lantikan manusia itu mengaku dirinya sebagai Tuhan. Maka jadilah mereka Tuhan kaku tidak berkuasa tapi disembah puja oleh manusia yang diperbodoh syaitan. - petikan halaman 94 & 95Al-Quran tiada penulis kerana penulisnya ialah Allah sendiri. Mana mungkin Nabi Muhammad SAW mengarang al-Quran kerana fakta dan dalil menyatakan dengan jelas Baginda tidak membaca dan tidak menulis. - petikan halaman 98 & 99Al-Quran tetap sama teksnya tanpa perubahan walaupun sudah berusia ribuan tahun. Bagi membuktikan dakwaan ini, Zulkarnain meminta warga Jepun yang didekatinya supaya memuat turun aplikasi al-Quran dalam telefon pintar daripada pelbagai penyedia aplikasi. Selepas itu, beliau akan membuat perbandingan surah dan ayat al-Quran dalam semua aplikasi itu.
4. Fitrah manusia akan mencari Tuhan ketika dalam kesusahan dan penderitaan
Mengapa agaknya fitrah bertuhan muncul tanpa dipaksa ketika karam di lautan? Hal ini tidak lain tidak bukan kerana situasi susah di lautan yang mencabar. Pada saat sukar ini, manusia akan mencari bantuan Tuhan walaupun mereka tidak pernah melihat Tuhannya. - petikan halaman 69
5. Hukum asal masuk ke rumah ibadat agama lain adalah harus, tetapi…Para ulama berselisih pandangan mengenai keharusan masuk ke rumah ibadat agama lain, namun mengelakkannya lebih baik dan warak, melainkan ada keperluan seperti menghadiri majlis kahwin atau pengebumian. Namun begitu, umat Islam perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang ritual keagamaan dalam majlis tersebut. - petikan halaman 117

Mencari Unta Merah Jepun - sebuah naskhah yang membuka fikiran saya menerusi kisah-kisah disampaikan dan menyedarkan saya berkenaan sunah Rasullullah yang paling awal dan utama. Sebuah naskhah santai namun penuh isi

Menerusi pembacaan buku ini juga menemukan saya dengan Facebook : Japan Da’wah Centre. Selain dapat mengetahui perkembangan dakwah di Jepun, kita boleh memberi sumbangan bagi membantu usaha dakwah mereka di sana. Memetik kata-kata penulis di penghujung naskhah ini :
“…jika tak mampu menarik si unta merah, sekurang-kurangnya biarlah kita yang menyediakan tali dan kekangnya. Saham tali dan kekang itu pasti dikira Allah sebagai sumbangan bersama menarik unta merah.” - Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz







.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/03/mencari-unta-merah-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunjungan Kerja Di Sumut Jokowi Akan Resmikan Pabrik Percontohan Minyak Makan Merah

Kunjungan Kerja Di Sumut Jokowi Akan Resmikan Pabrik Percontohan Minyak Makan Merah

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 160 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi bersama Ibu Negara Iriana terbang ke Sumatera Utara Kamis
Video Jokowi Minyak Makan Merah Lebih Murah Enak Bergizi Dari Minyak Goreng Biasa

Video Jokowi Minyak Makan Merah Lebih Murah Enak Bergizi Dari Minyak Goreng Biasa

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 73 hits
Jokowi senang produk ini nantinya akan lebih kompetitif dibanding minyak goreng biasa
Sedapnya Putu Piring Pandan Campur Tepung Pulut Inti Padat Gula Merah

Sedapnya Putu Piring Pandan Campur Tepung Pulut Inti Padat Gula Merah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 108 hits
Putu piring kebiasaannya berwarna putih namun putu piring ini paling istimewa kerana bukan hanya menggunakan gula merah dan campuran tepung pulut ke dalam adunannya bahkan penambah rasa air pandan buat rasa putu piring bertambah sedap Macam...
Kuih Sagu Merah Tanpa Kukus Yang Terpaling Sedap

Kuih Sagu Merah Tanpa Kukus Yang Terpaling Sedap

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Alhamdulillah Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya Sekadar makluman saya rasa ramai yang tidak klik iklan kerana mereka fikir bila mereka masuk ke blog saya telah menjana income pada blog Da...
Wang Rm500k Dalam Bagasi Merah Jambu Putih Siapa Yang Punya

Wang Rm500k Dalam Bagasi Merah Jambu Putih Siapa Yang Punya

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 230 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myHUSSEIN bersama pegawainya menunjukkan beg diisi duit hampir setengah juta ringgit dijumpai di tempat letak kereta pusat beli belah FOTO Hazreen MohamadSubang Jaya Pengawal keselamatan sebuah pu...
Kupas Bawang Merah Paling Mudah Ikut Teknik Ni Pantasnya

Kupas Bawang Merah Paling Mudah Ikut Teknik Ni Pantasnya

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 252 hits
Proses mengupas bawang adakalanya membuatkan kerja kerja memasak jadi sedikit terlambat Tambah tambah lagi ketika mengejar masa mengupas bawang jadi terlalu sukar Tip yang dikongsikan oleh awangdapur ini mama kena cuba Memang mudah dan pant...
Lagi K Tan Kreatif Masjid Andalusia Tugu Jepun

Lagi K Tan Kreatif Masjid Andalusia Tugu Jepun

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 204 hits
Keindahan dan keunikan Masjid Andalusia dari udara kelihatan seolah olah berada di Turkiye Masjid Andalusia tarikan terbaharu di KelantanKOTA BHARU MasyaAllah Comel molek pandangan dari atas di Masjid Imanul Fa izin Padang Kala Melor Kota B...
Bakal Terajui Drama Jepun Netizen Risau Han Hyojoo Digandingkan Dengan Pelakon Bermasalah

Bakal Terajui Drama Jepun Netizen Risau Han Hyojoo Digandingkan Dengan Pelakon Bermasalah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 202 hits
Netizen telah meluahkan kerisauan mereka selepas Han Hyo joo digandingkan dengan seorang pelakon yang bermasalah ARTIKEL BERKAITAN Pada 13 Mac agensi Han Hyo joo telah mengumumkan bahawa Han Hyo joo akan menerajui drama Jepun Romantic Anony...
People Over Cars Rethinking Highway Development For Real Growth

Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Showcase Misha Omar

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Creedence Clearwater Revival Cotton Fields Chord

Vidi Senyumin Dulu Aja Chord

Gadis Pedalaman Cantik Li Zi Qi Kembali Semula Ke Internet

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ada Apa Pada Nafas

Biodata Davina Karamoy Pelakon Watak Rani Ipar Adalah Maut