Mencari Titik Persamaan Memerangi Covid 19



Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Sinar Harian
SEKITAR dua bulan lepas, saya menulis tentang pentingnya mengimbangi antara matlamat melindungi nyawa dan memelihara sara hidup rakyat dalam usaha kita menangani pandemik global Covid-19.
Dalam menghadapi wabak global yang hingga kini masih belum nampak penghujungnya, pendirian kerajaan cukup jelas – melindungi nyawa rakyat adalah keutamaan yang mengatasi segala-segalanya.
Nukilan saya itu seterusnya menyebut bagaimana kerajaan telah bertindak pantas dengan melaksanakan dasar-dasar yang bertujuan untuk melindungi nyawa rakyat kita di samping memberi penekanan kepada survival (kelangsungan) ekonomi rakyat pada hari-hari mendatang.
Baru-baru ini, sebuah kajian di University Oxford mendapati perintah kawalan pergerakan Malaysia merupakan antara yang terketat di dunia. Ini adalah pengiktirafan betapa kita telah membendung penularan wabak ini dengan cekap.
Kita akui, tindakan pengawalan yang ketat itu turut meninggalkan kesan pada pertumbuhan ekonomi negara. Impaknya amat ketara bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Suku Kedua 2020, di mana kita mengalami penguncupan ekonomi sebanyak 17.1 peratus.
Saya masih ingat suasana ketidaktentuan yang menyelubungi kita pada bulan Mac lalu.
Tanpa sebarang vaksin berkesan, masyarakat sedunia masih tidak dapat menjangkakan titik penghujung kepada ancaman Covid-19 ini.
Makanya, langkah kerajaan memperkenalkan pakej stimulus ekonomi Program Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin PKS Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) adalah bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia dan ekonomi kita mendapat perlindungan dan sokongan sewajarnya ketika mengharungi cabaran luar biasa ini.
Kini, genap 10 minggu sejak nukilan saya diterbitkan dan dalam tempoh itu, sejumlah RM295 billion pakej rangsangan selesai dibentang dan dibahas dalam Dewan Rakyat.
Alhamdulillah, hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan, kita mula melihat bibit-bibit awal kesan positif untuk negara. Pada bulan Julai, kita dapat melihat antara lain pemulihan kepada angka jumlah eksport, kadar pengangguran, Indeks Pembuatan Industri dan lain-lain indikator ekonomi.
Malah, hasil KDNK Suku Kedua, jika dianalisis dari bulan ke bulan, peningkatan daripada -28.6 peratus pada bulan April ke -3.2 peratus pada bulan Jun membayangkan penumbuhan yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang, insya-ALLAH.
Detik bersejarah
Sebagai Menteri Kewangan, pengalaman pertama saya pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini satu episod yang tidak akan saya lupakan.
Seperti orang lain, saya dahulu sering mengikuti debat yang berlangsung sewaktu persidangan Dewan Rakyat.
Saya kagum melihat kesungguhan dan kepetahan ahli-ahli Parlimen kita berdebat – ada kalanya tegang bertikam lidah, ada kalanya berselang gurau dan sindiran.
Tetapi tidak dinafikan masing-masing gigih mempertahankan idea dan pendirian demi kesejahteraan rakyat.
Saya akui teruja diberi peluang untuk bukan sahaja berada di barisan depan Dewan Rakyat yang mulia, tetapi juga terlibat menjawab soalan yang diutarakan dan pastinya, penghormatan membentangkan sebuah Rang Undang-undang (RUU) kepada ahli-ahli Dewan Rakyat.
Saya kira, ia adalah pengalaman yang bermakna bagi mana-mana rakyat Malaysia untuk berada di Dewan Rakyat dan melibatkan diri dalam proses demokrasi yang menjadi tunjang negara kita.
Pada tanggal 24 Ogos 2020 lalu, ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat telah sebulat suara, merentas parti dan ideologi, bersetuju meluluskan pakej rangsangan RM45 bilion untuk memerangi Covid-19.
Sebagai seorang ahli Dewan Negara yang dilantik, saya tidak mempunyai hak untuk mengundi dan menyumbang kepada kelulusan sebarang RUU.
Keputusan sebulat suara itu membuat saya dan pasukan Kementerian Kewangan yang sudah berbulan-bulan bertungkus-lumus memperkenalkan RUU itu, akhirnya dapat melepaskan nafas panjang penuh kelegaan berserta kesyukuran.
Apa yang jelas adalah sokongan kepada RUU itu membuktikan bahawa ahli Parlimen kita mampu merentasi jurang perbezaan politik untuk menzahirkan yang terbaik untuk rakyat.
Terdapat banyak suara yang meminta agar peruntukan RM45 bilion itu digandakan. Pada prinsipnya, saya turut setuju, tetapi sebarang penggandaan pakej perlu pertimbangan yang sangat rapi.
Bukan nilai sahaja yang menentukan keberkesanan sesuatu pakej stimulus, tetapi perincian inisiatif, sasaran rangsangan dan disiplin fiskal semuanya memainkan peranan.
Mana-mana negara sekali pun akan memiliki sumber dan keupayaan yang terhad. Dalam memerangi Covid-19, strategi yang kita harus pilih bukanlah pecutan tetapi ketahanan.
Jika kita memilih langkah untuk menambah suntikan terlalu awal, ia mungkin memberikan impak kepada kemampuan kita untuk memberi peruntukan pada masa hadapan yang masih belum menampakkan cabarannya.
Ketahanan rakyat dan ekonomi adalah penentu kita dapat meneruskan pelayaran negara ke arah kemakmuran bersama.
Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan pakej stimulus ekonomi yang sedia ada dan melihat keberkesanannya merentasi sektor ekonomi dan lapisan masyarakat.
Jika penanda aras yang kita awasi memberikan isyarat untuk kerajaan segera bertindak, pastinya kita bersedia dan masih memiliki ruang fiskal serta kemampuan untuk bertindak segera.
Masa hadapan
Dunia masih menanti penghujung kepada ancaman Covid-19. Malaysia, sama seperti negara lain sedang bertungkus lumus memastikan kadar jangkitan kekal rendah di samping memastikan kedudukan ekonomi yang mampu menampung keperluan rakyat dan memelihara impian kita menjadi negara yang maju.
Dalam cabaran maraton mahupun Iron Man, ketahanan yang diperlukan bukanlah setakat fizikal, tetapi ketahanan mental amat penting untuk memastikan kita sampai ke garisan penamat.
Analogi itu wajar kita jadikan teladan, lebih lagi dalam babak seterusnya.
Untuk selamat mengharungi krisis besar seperti Covid-19, sesebuah negara memerlukan beberapa perkara, khasnya ketahanan sumber dan juga kegigihan bangsanya.
Negara kita sudah melalui pelbagai dugaan sejak kemerdekaan dan kita telah membuktikan kita mampu mengatasi sebarang halangan berkat kebijaksanaan dan ketahanan diri rakyat kita.
Bagaimanapun, sebarang kejayaan tidak mungkin kita kecapi tanpa sesuatu yang lebih bererti iaitu kemuafakatan.
Hari ini negara tercinta kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63. Tarikh keramat itu akan terbuku rapi dalam sejarah negara kerana pada tarikh ini rakyat Malaysia meraikannya dengan mengetepikan perbezaan, mencari titik persamaan untuk mencapai kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.
Kepada semua wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, anggota barisan hadapan kita dan rakyat di negara kita yang telah bersama menyumbang kepada proses pemulihan negara, terima kasih kerana sekali lagi membuktikan bahawa pada saat negara diuji dengan cabaran yang begitu berat, kita sekali lagi mampu untuk mengetepikan perbezaan dan mencari titik persamaan demi memastikan kesejahteraan nusa dan bangsa terjamin.
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-63 dengan semangat kesepakatan dan jiwa muafakat, moga terus membawa berkat kepada rakyat.
* Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ialah Menteri Kewangan
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/31/mencari-titik-persamaan-memerangi-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 385 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Kementerian Kesihatan mengesan tiada kes baharu Covid 19 dilaporkan bagi Kluster Tawar hari ini Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan seperti biasa Se...
Pilkada Saat Covid 19 Calon Kepala Daerah Dituntut Kreatif Kampanye Lewat Visual

Pilkada Saat Covid 19 Calon Kepala Daerah Dituntut Kreatif Kampanye Lewat Visual

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 257 hits
Perkumpulan virtual ini yang disebut dengan teori komunikasi itu dengan peradaban layar tambah dia
Tidak Pakai Pelitup Muka 27 Pelanggan Kafe Positif Covid 19

Tidak Pakai Pelitup Muka 27 Pelanggan Kafe Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 567 hits
Dilaporkan 27 pelanggan sebuah kafe di Korea Selatan positif Covid 19 selepas menjamu selera didalam kafe tersebut Mereka dikatakan terkena jangkitan daripada salah seorang pelanggan wanita yang turut berada didalam kafe tersebut Menurut la...
Tiada Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Keseluruhan Kekal 2 155

Tiada Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Keseluruhan Kekal 2 155

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Selangor merekodkan sifar kes baharu Covid 19 hari ini maklum Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor Justeru agensi itu berkata jumlah kumulatif kes di negeri ini kekal 2 155 kes Alhamdulillah tiada kes direkodkan bu...
Indonesia Bangunkan Vaksin Merah Putih Untuk Covid 19

Indonesia Bangunkan Vaksin Merah Putih Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 267 hits
JAKARTA 24 OGOS Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk Covid 19 yang dinamakan vaksin Merah Putih yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021 Presiden Indonesia Joko Widodo berkata penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedan...
Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 334 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Tujuh kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini membabitkan lima penularan tempatan dan dua kes import kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keselur...
Azmin S Accusation Harapan Govt Lacked Covid 19 Efforts Out Of Line Guan Eng

Azmin S Accusation Harapan Govt Lacked Covid 19 Efforts Out Of Line Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 281 hits
Former finance minister Lim Guan Eng said accusations that the previous Pakatan Harapan government would have endangered lives by failing to provide adequate funds during the Covid 19 pandemic was out of line and untrue He said such claims ...
Opposition Against Wastage In Covid 19 Stimulus Package Anwar Rebuts Najib

Opposition Against Wastage In Covid 19 Stimulus Package Anwar Rebuts Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 214 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim has stressed that the opposition is against the wastage of allocation for certain ministries in the Covid 19 economic stimulus package and not the package itself What we reject is the wastage of allocation fo...
Selepas 3 Tahun Beroperasi Kafe Milik Lee Jongsuk Tutup Operasi Kerana Situasi Covid 19

Selepas 3 Tahun Beroperasi Kafe Milik Lee Jongsuk Tutup Operasi Kerana Situasi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 320 hits
Kalau anda peminat Lee Jong suk pasti anda mengetahui bahawa lelaki berbakat besar itu juga memiliki sebuah kafe bernama 89 Mansion terletak di Garosu gil Seoul Bahkan peminat sendiri ada terserempak dengan lelaki itu yang kadang kadang mel...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash