Tiada Nikmat Paling Besar Hidup Di Malaysia Ini Selain Menjadi Ahli Pas




 Kalau ditanya kepada beberapa orang, apakah nikmat paling besar hidup di negara Malaysia ini, jawapan yang diperolehi pasti berbeza-beza.
Lain orang lain penilainnya dan dengan itu, jawapannya tidak pernah sama.
Ada yang merasakan hidup aman harmoni dengan pelbagai kaum di sekeliling dan menjadi rakan adalah nikmat yang tak terhingga.
Ada pula yang menganggap beroleh kerajaan yang baik dengan banyak bantuan serta kemudahan adalah nikmat yang tiada tandingnya.
Menikmati makanan yang pelbagai jenis yang ada di negara kita juga kadang-kadang dianggap sebagai suatu nikmat.
Tidak kurang daripada itu ada juga yang berasakan beroleh seorang Perdana Menteri yang diidam-idamkan adalah nikmat dalam meniti kehidupan ini.
Tetapi, adakah semua itu nikmat yang sebenar-benarnya dalam kita hidup di Malaysia ini?
Saya sendiri kadangkala tercari-cari apakah nikmat itu lantaran setiap kali diberi sesuatu kenikmatan dalam perjalanan kehidupan, apa yang dirasa sering berbeza-beza dan keinginan untuk mencari nikmat yang seterusnya tidak pernah berakhir.
Selagi kita terus memburu dan mencari kenikmatan, ertinya nikmat sebelum ini bukanlah benar-benar suatu kenikmatan.
Jadi, apa itu nikmat yang sebenar atau paling tinggi nilainya yang boleh menyebabkan kita berhenti daripada terus melakukan pencarian?
Semalam, apabila Presiden Pas, Hadi Awang mengeluarkan dalil bahawa memberi wang kepada pengundi ketika pilihan raya bukanlah rasuah atau sogokan, sebaliknya suatu sedekah, perkara itu segera mendatangkan kesedaran kepada saya bahawa nikmat sebenar hidup di negara ini ialah dengan menjadi ahli Pas.
Di dalam Pas, apa saja yang dilakukan, walaupun berbeza dengan pendirian sebelumnya, pimpinannya sentiasa saja ada dalil untuk mewajarkannya.
Dahulu Pas selalu menganggap memberi wang kepada pengundi adalah rasuah atau sogokan yang haram hukumnya.
Sebab itu pemberian BR1M pun ditolak Pas, malah Hadi menganggapnya meniru apa yang berlaku ketika pemerintahan Firaun.
Tetapi, sekarang di ketika kemenangan Pas di beberapa kerusi dalam PRU15 dipertikaikan, seterusnya sedang diambil tindakan petisyen kerana ada bukti pemberian wang dilakukan, Hadi Awang terus mengatakan wang yang diberi itu adalah sedekah.
Penyokong dan pentaksub parti itu lantas berduyun-duyun mengiakan apa yang diperkatakan Hadi itu.
Tidakkah ini nikmat sebenarnya?
Makna kata, selepas itu, bagi mereka yang berada di dalam Pas, baik penyokong atau pimpinannya, mereka tiada keraguan lagi untuk melakukan pemberian wang ketika kempen pilihan raya diadakan.
Tidak bersedekah di waktu lain tidak mengapa, yang penting memberi wang ketika berkempen tetap merupakan sedekah.
Menyorot ke belakang, banyak lagi tindakan Pas yang berbeza antara dulu dengan sekarang yang mana dalam kedua-dua pendirian itu, dalil membolehkannya sentiasa ada, bahkan mantap sekali sifatnya.
Berbaik dan berpakat dengan DAP, kemudian putus – Pas ada dalil yang meletakkan mereka betul dalam kedua-dua tindakan itu.
Berbaik dan berpakat dengan UMNO, kemudian putus – Pas juga ada dalil yang sekali lagi meletakkan mereka tidak pernah salah.
Begitu juga dalam isu hudud dan RUU355 – bising ketika jadi pembangkang, diam ketika jadi kerajaan dan kemudian bising semula bila jadi pembangkang – Pas tetap ada dalil yang menjadikan mereka betul sepanjang masa.
Menyambut atau tidak kedatangan Perdana Menteri melawat sesebuah negeri, dalilnya juga tetap ada untuk menjadikan Pas betul belaka.
Bahkan, dalam mengkritik filem Pulau setelah jadi pembangkang, sedangkan kelulusan tayangan filem itu diperolehi ketika Pas sendiri berada dalam kerajaan, mereka tidak pernah segan atau malu berbuat demikian.
Sebabnya, Pas tidak pernah kekeringan dalil untuk menjadikan mereka dipihak yang benar dan orang lain di pihak yang salah.
Toleh kiri toleh kanan, apa lagi nikmat paling besar dalam hidup ini selain boleh menyalahkan semua orang dalam semua perkara dan diri kita pula betul dalam semua tindakan yang diambil.
Nikmat sedemikian itu tidak mungkin diperolehi jika kita tinggal atau menjadi warga di negara lain.
Ahhh….di mana saya boleh dapat borang Pas? – ShahbudinHusin 22/01/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/tiada-nikmat-paling-besar-hidup-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Siaran Lansung Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala Aff 2022

Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Siaran Lansung Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala Aff 2022

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 317 hits
Siaran Lansung Separuh Akhir 2 Thailand Vs Malaysia Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang berlansung pada hari Selasa 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat Thailand akan disiarkan menerusi saluran 801 Astro Arena saluran 802 Astro Arena 2 ...
Penjelasan Ahli Pidana Mengenai Hukuman Seumur Hidup

Penjelasan Ahli Pidana Mengenai Hukuman Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 176 hits
akan mendekam di bui sepanjang hidupnya atau sesuai dengan usianya saat ini
Ayda Jebat Dilamar Menjadi Duta Skechers Malaysia

Ayda Jebat Dilamar Menjadi Duta Skechers Malaysia

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 186 hits
Jenama Skechers Malaysia melantik Ayda Jebat sebagai duta rasminya seiring merasmikan koleksi baharu iaitu Skechers California Pack Ayda Jebat menyinar kembali mengembalikan era kegemilangannya setelah mencuri perhatian Malaysia dengan ranc...
Rohingya Akan Menjadi Beban Kekal Di Malaysia Selagi Ada Yang Mengalu Alukan Kedatangan Mereka

Rohingya Akan Menjadi Beban Kekal Di Malaysia Selagi Ada Yang Mengalu Alukan Kedatangan Mereka

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 242 hits
Pertubuhana Bangsa Bangsa Bersatu menyifatkan etnik Rohingya sebagai bangsa minoriti yang paling malang di dunia kerana dianiaya rakyat dan kerajaan Myanmar menyebabkan mereka cuba melarikan diri ke negara lain dengan merentas laut namun ra...
Punya Keberuntungan Yang Besar Ini 3 Shio Yang Paling Hoki Di Tahun Kelinci Air

Punya Keberuntungan Yang Besar Ini 3 Shio Yang Paling Hoki Di Tahun Kelinci Air

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 218 hits
Tak hanya itu mereka pun mampu menjadi sosok yang luar biasa untuk tahun ini Lantas siapa saja para shio beruntung ini
Cara Terbaik Mudah Dan Selamat Untuk Menjadi Kaya Cara Hidup Ringkas

Cara Terbaik Mudah Dan Selamat Untuk Menjadi Kaya Cara Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 353 hits
Dalam artikel pendek ini saya mahu kongsikan satu cara yang terbaik mudah dan selamat untuk menjadi kaya Semua orang secara umumnya mahu jadi kaya Walaupun ada yang di bibirnya sering ucapkan aku tak mau jadi kaya tapi jauh di sudut kecil h...
Suka Saya Tegaskan Budaya Derma Dah Jadi Darah Daging Ahli Pas Pesuruhjaya Pas Perak Nafi Rasuah Pengundi Di Pru15

Suka Saya Tegaskan Budaya Derma Dah Jadi Darah Daging Ahli Pas Pesuruhjaya Pas Perak Nafi Rasuah Pengundi Di Pru15

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 193 hits
Parti Islam Se Malaysia kini sedang dilanda isu pemberian wang tunai semasa PRU15 yang didakwa sebagai rasuah Namun Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula tampil mempertahankan parti bahawa dakwaan itu tidak betul sebaliknya apa yang dib...
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Corat Coret Raya Aidil Fitri 2025 Keluarga Kami

Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas China

Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception