Mencari Pakar Tangkap Jin Penjarakannya Di Alam Lain


Kemunculan hantu di kawasan kejiranan bukan lagi satu masalah kerana terdapat individu yang berupaya untuk menghalau hantu atau jin tersebut.Pakar Tangkap Jin, Sa’ad Jafar, 47, mendakwa boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian.  Menurut Sa’ad, khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.

“Segala rawatan kita hanya akan berkomunikasi melalui WhatsApp sahaja, tidak perlu berjumpa kerana semuanya kita buat pada jarak jauh. Setakat ini yang jauh di Dubai, India,” katanya kepada FMT.  Menurut Sa’ad, kisah mistik bukan perkara baru, namun terpulang kepada setiap individu sama ada ingin mempercayainya atau tidak.

“Kalau yang Islam tak mahu percaya, ramai sahaja orang India yang dapatkan perkhidmatan saya dan akhirnya mereka tidak di ganggu lagi,” katanya lagi.Menceritakan pengalaman bagaimana Sa’ad mendapat pelanggan berbangsa India, dia menceritakan tentang promosi yang dibuat pada keretanya sejak 2015 dengan menampal stiker di setiap bahagian kereta.



Pada stiker tersebut, ia mempunyai lambang hantu berwarna putih dan bermata hitam yang telah dipenjarakan.
“Ada satu ketika saya tengah memandu, tiba-tiba saya ditahan orang India, saya ingatkan mereka nak pukul saya, rupanya mereka nak tahu bagaimana caranya untuk halau jin yang selalu mengganggu keluarga mereka. Dari situlah saya mendapat ramai pelanggan dalam kalangan orang India,” katanya lagi.

Sa’ad merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja pada sebelah siang, dan memulakan rawatan pada waktu malam sahaja.  Dia bersama seorang lagi rakannya Mohd Azmin Adam, 49 yang merupakan anak muridnya, menceburi bidang ini bagi tujuan membantu pesakit yang sering di ganggu jin dan hantu, malah ia berterusan sehingga menjadikan pesakit sentiasa hidup dalam ketakutan.

“Saya tahu perasan apabila diganggu, kita akan jadi tidak tidur lena, setiap malam seperti mimpi negeri sehingga ada yang trauma sebaik sahaja hari memasuki waktu tengah malam kerana kebiasaannya gangguan akan dibuat pada sekitar waktu tersebut.  “Sebab itulah saya akhirnya belajar dan berniat untuk membantu mereka sehingga pulih menerusi rawatan iLahana iaitu rawatan dari jarak jauh,” katanya.  Bagaimanapun jelas Sa’ad lagi, pekerjaan ini bukanlah menjadi sasarannya pada peringkat permulaan.

Katanya, dia hanya mencari tempat untuk mengubati penyakitnya, namun akhirnya berazam ingin mengubati pesakit lain yang pernah mengalami nasib sepertinya dulu.
Ketika ditanya tentang “tagline” “First In The World” yang digunakan, Sa’ad menceritakan yang tiada pakar lain mampu membuat seperti apa yang dilakukannya.
“Saya guna ‘tagline’ itu kerana memang saya satu-satunya di dunia menangkap jin walaupun dari jauh. Pekerjaan ini bukan mudah kerana mereka ada kumpulan, beribu ekor jin dalam satu kawasan yang perlu saya tangkap.


“Dan saya bukan halau, saya akan menangkap mereka dan meletakkan di sebuah penjara yang saya buat sendiri di alam lain,” katanya.
Sebab itulah jelas Sa’ad lagi setiap malam dia bersama anak muridnya hanya mengambil satu pesakit sahaja untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka, dengan syarat perlu membuat bayaran terlebih dulu.

“Pesakit kami ramai, mereka perlu membuat temujanji terlebih dulu, tetapi tidak perlu jumpa kerana kita akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.
“Bayaran yang kita kenakan hanyalah RM200, pada saya harga tersebut setimpal dengan apa yang kami lakukan. Ia akan dilakukan pada tengah malam sebaik sahaja selesai solat dan zikir, maka saya dan seorang lagi akan memulakan tugasan sehingga selesai,” ujarnya.
Seperti banjir berlaku di Kelantan pada Disember 2019, Sa’ad mendakwa yang ia semakin surut sebaik sahaja dia menangkap semua jin yang berada di situ.

Ini kes yang diselesaikannya :
Rupa ketua jin: Tinggi berjubah putih, bongkok dengan tangannya panjang sedikit melepasi lengan baju, wajah mcm orang purba, rambut panjang. Tingginya 48 meter dan badannya sangat lebar. Tangan boleh panjang mengepung dan menolak air kumpul menjadi banjir.
Lokasi ditangkap: Pusat pemindahan mangsa banjir
Agama ketua: Tiada
Umur ketua: 213 juta tahun
Jumlah gengnya: 429 juta ekor
Jin ini datang dari pelbagai tempat.

Soal jawab Sa’ad dengan ketua jin (kj) :

Sa’ad: Kau kah yang menyebabkan banjir di Kelantan kali ini?Kj: Ya…kami yang lakukan.
Sa’ad: Siapa yang suruh kau buat begitu?Kj: Memang kerja kami untuk lakukan kerosakan pada manusia agar manusia menjadi celaru. Dengan kejayaan kami ini, kami berharap agar ketua kami ambil perhatian terhadap kami.
Sa’ad: Siapa ketua kau?Kj: Dajjal
Sa’ad: Kau memang tinggal di Kelantan?Kj: Kelantan ini terlalu kecil..kami boleh pergi ke mana-mana.
Sa’ad: Adakah banjir di negeri lain kau yang buat?Kj: Ada juga dan ada di lakukan oleh jin-jin lain.
Sa’ad: Tapi kau lebih tumpu negeri Kelantan?Kj: Ya
Sa’ad: Kenapa kau tumpu negeri Kelantan?Kj: Ramai orang tak tahu bahawa negeri Kelantan ini banyak kebaikannya.
Sa’ad: Maksud kau…negeri Kelantan lebih banyak kebaikan dari negeri lain?Kj: Ya…itu sudah pasti.
Sa’ad: Dari mana datangnya kebaikan yang banyak?Kj: Sebab negeri itu bersungguh-sungguh mengikut ajaran Islam.
Sa’ad: Selepas kelantan….negeri mana pula yang banyak juga kebaikan dalamnya?Kj: Kedah…Tempat yang kamu manusia susah-susahkan.
Sa’ad: Siapa yang susah-susahkan Kedah?Kj: Manusia yang memerintah Kedah sekarang.
Sa’ad: Susahkan macam mana?Kj: Kamu dah bina keislaman… kamu dah bina kebaikan di dalamnya…kamu dah bina silaturrahim …kemudian kamu (pemerintah sekarang) hancurkan.
Sa’ad: Selepas Kedah…negeri mana yang banyak juga kebaikannya ?Kj: Tiada lagi negeri, selain mereka sentiasa mengadu domba.
Sa’ad: Negeri mana yang paling teruk iaitu paling sedikit kebaikannya?Kj: Kuala Lumpur
Sa’ad: Kenapa kau ditangkap di pusat pemindahan mangsa banjir?Kj: tempat manusia berkumpul itulah tempat kami berkumpul.


Sa’ad: Kau semua buat apa disitu?Kj: Menghasut manusia
Sa’ad: Kau hasut apa?Kj: Biar mereka tidak menjadi Islam yang sepatutnya. Biar mereka tidak sabar, tidak redha, tidak mensyukuri dan sentiasa mengharap pertolongan pada yang lain.
Sa’ad: Dalam air banjir tu mesti kau dah tabur racun kau betul?Kj: Ya , betul.
Sa’ad: Berapa peratus racun yang kau dah tabur ke dalam air banjir tu?Kj: 38 %
Sa’ad: Apa kesan racun kau kepada manusia?Kj: Lemah dan lalai. [Free Malaysia Today/msn]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://orangmuo.blogspot.com/2020/01/mencari-pakar-tangkap-jin-penjarakannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Rebut Kebahagian Orang Lain Demi Membahagiakan Diri Sendiri Sebab Akhirnya Kau Takkan Bahagia

Jangan Rebut Kebahagian Orang Lain Demi Membahagiakan Diri Sendiri Sebab Akhirnya Kau Takkan Bahagia

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 441 hits
Gambar HiasanDear wanita jangan meraih kebahagiaan dari jalan pintas terlebih jalan itu adalah jalan yang Allah benci Seperti halnya berselingkuh atau menyelingkuhi pasangan orang lain Intinya setidak bahagia apapun kamu dengan hidup yang k...
Via Vallen Pingsan Saat Manggung 6 Penyanyi Lain Juga Pernah Alami Hal Yang Sama

Via Vallen Pingsan Saat Manggung 6 Penyanyi Lain Juga Pernah Alami Hal Yang Sama

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 266 hits
Demi menghibur penonton ada artis yang tetap melanjutkan konser mereka meski sempat hilang kesadaran beberapa saat Salut
Cara Lain Nak Menghapuskan Dosa Mengumpat

Cara Lain Nak Menghapuskan Dosa Mengumpat

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 800 hits
Cara Lain Nak Menghapuskan Dosa Mengumpat Jom dengar baik2 apa yang dikatakan oleh Ustazah Asma Harun ini Semoga manafaat subhanallah Sila klik pada pautan untuk melihat gambar dan membaca keseluruhan ceritera
Asosiasi Nelayan Curiga Ada Maksud Lain Dari Masuknya Kapal China Ke Natuna

Asosiasi Nelayan Curiga Ada Maksud Lain Dari Masuknya Kapal China Ke Natuna

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 264 hits
Kesatuan Nelayan Tradisional Indonesia menganggap masuknya nelayan China yang dikawal kapal Coast Guard menjadi tanda bahwa China ingin merebut perairan Natuna dari wilayah Zona Ekonomi Eksklusif milik Indonesia
Sule Kalau Enggak Mencintai Lina Saya Sudah Menikah Dengan Wanita Lain

Sule Kalau Enggak Mencintai Lina Saya Sudah Menikah Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 196 hits
Sule blak blakan mengenai isi hatinya kepada mendiang Lina mantan istrinya
Tanglung Bawa Perpaduan Jawi Bawa Islamisasi Takutkan Kaum Lain

Tanglung Bawa Perpaduan Jawi Bawa Islamisasi Takutkan Kaum Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 441 hits
TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen Tanglung bawa perpaduan jawi bawa Islamisas...
Aminuddin Serah Kepimpinan Ummah Kepada Pihak Lain

Aminuddin Serah Kepimpinan Ummah Kepada Pihak Lain

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 285 hits
Mahu fokus usaha usaha lain bersama Pertubuhan Pembela IslamBANGI Setelah hampir tiga tahun bersama Gerakan Pembela Ummah Haji Aminuddin Yahaya hari ini mengumumkan penyerahan tampuk kepimpinan kepada pihak lain bagi memacu pertubuhan bukan...
Sebab Tu Aku Tak Suka Share Pasal Anak Dekat Fb Ada Lelaki Lain Datang Nak Jemput Anak Dekat Sekolah

Sebab Tu Aku Tak Suka Share Pasal Anak Dekat Fb Ada Lelaki Lain Datang Nak Jemput Anak Dekat Sekolah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 458 hits
Biasalah kita sebagai ibu bapa memang sangat teruja untuk berkongsi perkembangan anak anak Lebih lebih lagi sekarang musim persekolahan bermula Maka ramailah berkongsi gambar anak berpakaian sekolah dan berlencana sekolah Namun sedar ataupu...
Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Welcome 2025 Nak Tenang

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Sannah Helwah Dak Abang 2025

Pembungkusan Makanan Kertas Vs Plastik

Ayam Goreng Richeese Factory Sedap Dengan Sos Keju

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film

The Impact Of Domain Name

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord