Mencari Jawapan Soalan Terpenting


 

Pada 2006, Altantuya Shaariibuu, didapati mati dibunuh dengan kejam. Kes itu menggemparkan negara. Ada nama-nama besar dikaitkan. Dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar dan Azilah Hadri, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh warga Mongolia itu. Pada 2009, keduanya disabit kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijatuhi hukuman mati.
Namun motif pembunuhan tidak diketahui. Maka timbulah pelbagai persoalan. Umpamanya adakah Sirul dan Azilah bertindak sendirian? Apa yang mendorong mereka membunuh Altantuya? Adakah mereka diarah melakukan pembunuhan itu? Jika ya, siapa yang memberi arahan? Semuanya belum terjawab sehingga ke hari ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul dan Azilah mengemukakan rayuan dan pada 2013 Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka. Lalu kedua-duanya dibebaskan dan dilepaskan.
Bagaimanapun pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati Sirul dan Azilah bersalah membunuh Altantuya. Ertinya kedua-dua tetap dijatuhi hukuman mati.
Azilah kini dilapor ada di penjara Kajang menunggu detik hukuman dilaksanakan. Sirul pula berada Australia. Ada dua versi berhubung pemergiannya ke Australia.
Ada laporan menyebut selepas dibebaskan, Sirul pergi melancong ke Australia. Dia ditahan imigresen negara itu apabila visa dan pasportnya tamat tempoh. Dia sekarang berada di Pusat Tahanan Villawood, Sydney.
Menurut satu lagi laporan, Sirul dikata melarikan diri ke Australia pada 2014 ketika dalam jaminan. Ini juga menimbulkan banyak persoalan. Hakikatnya Sirul kini ditahan atas kesalahan imigresen.
Bebarapa pihak mahu Sirul dibawa balik ke tanah air supaya siasatan dijalankan atau dibawa semula ke mahkamah bersama Azilah agar motif pembunuhan dapat diketahui. Bagaimanapun untuk membawanya pulang bukan mudah.
Ads by KioskedAustralia seperti umum tahu mempunyai pendirian tersendiri membabitkan ekstradisi. Negara itu tidak membenarkan penghantaran balik orang dalam jagaan mereka jika orang itu berdepan risiko atau ancaman ke atas nyawanya.
Oleh itu, Sirul hanya boleh dihantar pulang dengan syarat ada akujanji bahawa hukuman mati ke atasnya tidak akan dilaksanakan. Dalam erti kata lain, peguam Australia mesti berpuas hati atau yakin sebaik sahaja Sirul dihantar pulang atas permintaan Malaysia, dia tidak akan berdepan hukuman mati.
Kerajaan Malaysia pada Jun 2022 bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk pada budi bicara mahkamah.
Pada Mac lalu pula, Azalina Othman Said, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan reformasi institusi) memberitahu bahawa Jemaah Menteri bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori. Tidak perlu saya ulangi kenyataan beliau mengenai dasar baharu yang dimaksudkan.
Yang ingin saya ajukan adakah kes Sirul dan Azilah tertakluk pada dasar berkenaan? Bolehkah pendirian Malaysia sekarang mengenai hukuman mati mandatori digunakan untuk membawa Sirul pulang dari Australia?
Menurut kolumnis FMT, Murray Hunter, dengan tiadanya hukuman mati mandatori, representasi boleh dibuat kepada pihak berkuasa Australia untuk mengatur kepulangan Sirul menerusi proses ekstradisi. Peguam negara juga kata Hunter boleh mengemukakan cadangan agar Sirul dan Azilah menjadi “state witness”.
Ads by KioskedApa pun, kata beliau, sudah masanya untuk mendapatkan semua fakta berhubung kes ini supaya “misteri dan rahsia” boleh ditamatkan “once and for all”. Saya setuju kerana sudah lama kita dihantui teori, spekulasi, dan andaian. Terlalu lama. Masanya sudah tiba untuk mencari noktah. Keluarga Shaariibuu mesti diberi keadilan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/mencari-jawapan-soalan-terpenting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Soalan Dan Jawapan Ujian Psikometrik Spa

Contoh Soalan Dan Jawapan Ujian Psikometrik Spa

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 260 hits
Bagi yang memohon jawatan dengan kerajaan anda diwajibkan untuk menjawab soalan ujian psikometrik sebagai salah satu syarat pemilihan untuk jawatan yang ditawarkan Bagi yang tidak tahu Ujian Psikometrik merupakan langkah kedua dalam peringk...
Video Diasak Soalan Tentang Zuriat Ketika Beraya Wanita Menangis Teresak Dalam Kereta

Video Diasak Soalan Tentang Zuriat Ketika Beraya Wanita Menangis Teresak Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 200 hits
Seorang wanita berkongsi rasa sedih apabila dia diajukan soalan mengenai zuriat ketika kunjungan raya ke rumah sanak saudaranya baru baru ini Hilang mood raya Menerusi sepotong video yang dikongsikan pengguna TikTok dbyinn dia dilihat gagal...
Aku Tak Tahu Aku Tengah Baring Mereka Call Tanya Soalan Rakan Dedah Dato Hattan Akui Tak Tahu Dihubungi Semasa Live

Aku Tak Tahu Aku Tengah Baring Mereka Call Tanya Soalan Rakan Dedah Dato Hattan Akui Tak Tahu Dihubungi Semasa Live

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 376 hits
Aku tak tahu aku tengah baring mereka call tanya soalan Rakan dedah Dato Hattan akui tak tahu dihubungi semasa live Rakan kepada penyanyi Dato Hattan Salimey Abu Bakar menerusi TikTok menjelaskan kepada umum bahawa penyanyi itu sebenarnya t...
Soalan Lazim Berkaitan Membawa Kenderaan Ke Thailand

Soalan Lazim Berkaitan Membawa Kenderaan Ke Thailand

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 803 hits
Cikgu Joe Satun dan Karlisa Travel membicarakan SOP ke Thailand atau Melawat Satun Soalan lazim berkaitan membawa kenderaan ke Thailand Sebagai persiapan kepada riders yang hendak ke Phuket Bike Week 2023 anda digalakkan membaca dan faham p...
Alice Lau Jikalau Soalan Menghasut Mp Boleh Fail Usul Terhadap Ismail Muttalib

Alice Lau Jikalau Soalan Menghasut Mp Boleh Fail Usul Terhadap Ismail Muttalib

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 127 hits
KUALA LUMPUR Ahli parlimen boleh memfailkan usul ke pejabat Speaker terhadap Datuk Seri Ismail Abd Muttalib jika mereka menganggap soalan ahli parlimen PAS itu sebagai menghasut kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau Setakat ini saya ...
Soalan Maut Kepada Tun Ketar Nak Jawab

Soalan Maut Kepada Tun Ketar Nak Jawab

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 189 hits
Pernah langgar atau sondol tak orang dari belakang Selama 22tahun 22bulan Bagaimana Tun dapat jaga semua kemaluan ini
Ahli Parlimen Miri Desak Agar Pemimpin Perikatan Nasional Bantah Soalan Ismail

Ahli Parlimen Miri Desak Agar Pemimpin Perikatan Nasional Bantah Soalan Ismail

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menggesa rakyat Sarawak menolak pemikiran individu seperti ahli parlimen Maran Ismail Abd Muttalib Chiew merujuk kepada beberapa soalan bertulis Ismail kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri S...
Ismail Muttalib Soalan Kerakyatan Tanpa Mengira Warna Kulit Itu Bukanlah Rasis

Ismail Muttalib Soalan Kerakyatan Tanpa Mengira Warna Kulit Itu Bukanlah Rasis

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib telah menafikan dia bersikap rasis apabila mengemukakan soalan kepada kerajaan berhubung pengiktafan kewarganegaraan tanpa mengira warna kulit Bercakap kepada media hari ini Is...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun