Mencari Gerai Donut Bomboloni Viral Dekat Bazaar Ramadan Peringit Melaka



Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, panjang betul tajuk post aku harini. Tapi memang itulah ceritanya siang tadi. Al-kisahnya, aku ada terbaca mengenai sebuah gerai yang menjual donut bomboloni yang kisahnya, kata orang, donut mereka mahal. Harga sebiji donut RM4 tak silap, 3 biji dalam RM10 (Kalau tak silap la) dan lokasi gerai yang menjual donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka.

Bila baca komen orang dekat laman sosial ni, macam-macam. Yang kata sedap sangat la, tak kurang yang komen negatif. Akibat aku sendiri tak pernah rasa macamana rasa donut ni, aku pun bawalah keluarga aku ke sana. Al-kisahnya hari ni cuti wesak kan, jadinya, banyaklah masa terluang tu.

Misi aku untuk cari kedai donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka nampaknya tak kesampaian. Bazaar ni tak adalah besar mana pun, dah jalan sampai hujung tapi tak jumpa maksudnya samada mereka tak buka gerai harini atau aku yang datang terlalu awal. Tapi, ha, ada tapinya, masih ada gerai lain yang jual dan sebiji dalam RM1.80 macam tu, murah sikit, hehehe.

Punyalah teruja nak rasa, sebab nampak macam sedap. Beli perisa peanut, coklat, dengan 2 perisa lain yang aku pun lupa dah perisa apa. Hahaha. Nampak macam sedap, sampai rasa nak makan dekat bazaar tu je, tapi agak-agak la kan bulan puasa ni, kang tak pasal-pasal naik van jenazah aku kang.

Orait. Apa pandangan aku tentang donut bomboloni ni?

Sedap untuk coklat dan peanut. Mungkin sebab aku suka perisa ni kut. Tambah pulak peanut yang dia letak dalam donut tu penuh! Jadi cepat kenyang. Anak aku pun suka dengan perasa coklat. Sampai dekat pipi pun penuh coklat. Hahaha.

Untuk 2 rasa lagi, aku kurang berkenan. Donut ni la kan, tak kisahlah perisa apa pun, kalau dah letak pewarna (maksudnya berubah bentuk warna dia) terus rasa tak sedap. Tekstur dia rasa kasar. Kalau yang tepung semata tu, rasa lembut je walaupun dia buat sebesar-besar tidak.

Tapi yang aku rasa ni bukanlah donut bomboloni viral yang jual dekat bazaar ramadan peringit melaka tu, tapi kedai lain yang jual. Jadinya aku tak bolehlah nak tulis lebih-lebih. Aku kena datang balik dan cari kedai tu. Aku nak jugak rasa donut yang dia jual sebab dari apa yang baca dekat IG pemilik kedai tu, katanya mereka hanya gunakan bahan premium. Jadi, faham-faham jelah rasa dia macamana kan?

Orait. Nantikan aku tulis pasal donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka bila aku dah dapat beli daripada kedai mereka. Nasihat aku, kita janganlah mudah kongsi benda yang tak berapa elok tentang sesuatu kedai tu walhal kita sendiri pun tak pernah rasa. Nak komen apa-apa, rasa dulu, lepastu komenlah. Tapi janganlah sampai menjatuhkan, biarlah yang membina ya! Jumpa lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2019/05/donut-bomboloni-viral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Langkah Mudah Buat Bomboloni Donut Gebu Diinjit Inti Nutella Yang Viral

7 Langkah Mudah Buat Bomboloni Donut Gebu Diinjit Inti Nutella Yang Viral

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 853 hits
Jika anda perasan sekarang ini viral satu resepi iaitu bomboloni yang sama seperti donut Apa yang menariknya bomboloni ini mempunyai pilihan inti berbanding donut biasa Kalau beli sebiji bomboloni ini harganya antara RM2 hingga RM4 agak mah...
Nak Meniaga Apa Dekat Bazaar Ramadan

Nak Meniaga Apa Dekat Bazaar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 878 hits
Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan Assalamualaikum dan salam sejahtera Hahaha dah berapa lama puasa baru aku nak menulis tajuk ni Aku bukan apa semuanya sebab borak borak dengan rakan aku lah plan asalnya kami nak mencari beberapa side in...
Sambut Ramadan Dalam Stor Gerai

Sambut Ramadan Dalam Stor Gerai

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 426 hits
Norman Uda 28 bersama isterinya Masitah Remari 28 beramah mesra dengan dua anak mereka selepas selesai ditemubual mengenai keluarga mereka yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park R...
Juadah Juadah Menarik Di Bazaar Ramadan 2019

Juadah Juadah Menarik Di Bazaar Ramadan 2019

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 563 hits
Juadah juadah menarik di bazaar ramadan 2019 Assalamualaikum dan salam sejahtera Siapa yang masih belum menjejakkan kaki ke bazaar ramadan Rasanya semua dah sampai kan Bazaar ramadan 2019 ni di antara yang di tunggu tunggu bila masuk bulan ...
Cashless Payment Makes Advent At Kampung Baru Ramadan Bazaar

Cashless Payment Makes Advent At Kampung Baru Ramadan Bazaar

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 402 hits
Traders at the Kampung Baru Ramadan bazaar have embraced the modern way of e payments for purchases KUALA LUMPUR Cashless payment for purchases has made its advent at the Kampung Baru Ramadan bazaar Traders welcomed the concept describing i...
Church Opens Its Gates To Allow Ramadan Bazaar Visitors To Park Inside

Church Opens Its Gates To Allow Ramadan Bazaar Visitors To Park Inside

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 304 hits
Affandy and his relatives sell kuih and other foodstuff at the Ramadan bazaar KOTA KINABALU Every Ramadan the Church of Mary Immaculate a Roman Catholic church in Bukit Padang near here will open its gates to allow Muslims and non Muslims a...
At Busy Ramadan Bazaar In Penang Young Malaysians Call For Climate Action

At Busy Ramadan Bazaar In Penang Young Malaysians Call For Climate Action

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 415 hits
The global event yesterday came two months after the largest international climate demonstration ever Over 1 600 cities in 125 countries witnessed climate strikes on Friday 24 May Activists around the world feel that the situation is so urg...
Third Consecutive Years Of Biggest Ramadan Bazaar In Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu

Third Consecutive Years Of Biggest Ramadan Bazaar In Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 402 hits
Throughout this holy month of Ramadan Sutera Harbour Resort beckons everyone to discover a unique iftar experience in the biggest bazaar in Kota Kinabalu with our famous Selera Ramadan The promotion which starts at 6pm daily includes a dedi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall