Wajib la ambil gambarkann...
Mijan kami orderkan spageti.Dia mana reti makan daging.Makan ayam pun dia makan bahgian daging putih sahaja.Kulit kulit, kerak kerak semua taknak.
Semua tengah asyik menelaah makanan masing masing
Lensa kamera Insta360 ni,bila masuk cahaya,memang menyakitkan hati.Sebab Mama Yan pakai lense guard kat kamera tu,Kalau nak gambar dan video cantik, takyah pakai lense guard,Cuma kalau ditakdirkan terjatuh,Silalah nangis guling guling.Kat Malaysia takde pusat servisnya,
Anak anak makan chicken grill.
Suaminya kemain duduk bangun duduk bangun uruskan makan minum anak,Bininya?ada... duduk je pegang selfie stick mengalahkan diva AA
Ni wagyu yang suami MY order untuk MY,untuk satu satunya bini yang dia ada kann..Kenalah order yang mahal mahal...
Yang ni angus...Yang ni lah suami MY potong potong bagi anak anak rasa sorang sikit.
Ohh... begini rupanya rasanya daging wagyu ni,Bukan semua tekak boleh terima.Tak tahulah kat sini aje atau semua tempat adalah sama.Tapi ni kali pertamalah kami makan daging wagyu.Bahagian tengah dia agak kemerah-merahan lagi.Masih juicy sangat walaupun kami pilih yang well done.Suami MY memang takleh makan langsung.Dia suka daging yang dry sikit.Kalau juicy pun, kenalah yang dah siap diperap.Ada rasa rempah ratus dan asam garamnya,Dia order lamb shank sebab lamb shank kat sini dah siap perapan.Tapi daging daging macam wagyu dan angus yang kami order ni, Raw tanpa perapan.Dia kata tak tertelan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |