Bercuti Di Johor Sekitar Kulai Dan Johor Bahru
Rasanya, tahun 2023 barulah terasa betul-betul bercuti di Johor Bahru. Manakan tidaknya, sebelum ini cuti Tahun Baru Cina kami sekeluarga bersama mak, abah dan keluarga adik bongsu hanya jalan-jalan sekitar Kulai dan Johor Premium Outlet jer. Masya allah, tabarakallah. Tahun 2023 percutian menyeronokkan serta sedikit mencabar buat kami. Ikuti kisah saya sehingga tamat ya.
Dipendekkan cerita, kami tiba di Kulai, Johor pada jam 3 petang hari Ahad. Cadangnya mahu terus ke Johor Bahru sahaja, oleh kerana cuaca tidak begitu baik. Iaitu hujan lebat sepanjang perjalanan dari Kuantan sehingga Johor.
Laman Crown, Johor Bahru
Aktiviti hari pertama di Kulai, Johor Namun, kami membatalkan hasrat untuk ke Johor Bahru. Memandangkan jarak perjalanan sejauh 60 Kilometer dari Kulai untuk sampai di Johor Bahru. Kami terus ke rumah kakak di Kulai, iaitu di Kg Batu.
Alhamdulillah, kami berehat beberapa jam. Solat jamak, lelapkan mata serta membersihkan diri masing-masing. Kemudian, di sebelah malamnya pula ke Lotus Kulai. Cadangnya, pada malam itu mahu membuat BBQ sahaja.
Arang pula tiada. Segala perancangan dibatalkan, dan kami makan malam di luar. Sambil menikmati pemandangan malam dari kedai di tepi jalan, melihat budaya kaum cina bermain mercun. Sungguh meriah sambutan tahun Baru Cina .
Lotus, Kulai Jaya Malam pertama berada di Kulai. Kami singgah ke Lotus. Memandangkan hujan lebat, mood jalan-jalan sudah berkurangan. Jadi kami menuju ke Lotus sahaja. Tak semua barangan mahal disana.
Apa yang buatkan kami rasa diluar kotak, mengenai pengurusan Lotus adalah mereka sangat bagus dalam memberikan ruang dan peluang kepada peniaga kecil seperti mereka yang menjual pakaian, kasut dan makanan untuk berniaga di ruangan parking bangunan Lotus. Secara tidak langsung, pengunjung di Lotus tidak takut untuk meletakkan kereta mereka di bahagian parking tu. Disinari cahaya gitu. tapi tidak pasti pula hanya di tingkat satu sahaja ke atau macam mana.
Crown atau Laman Mahkota, Johor Bahru Ujar Angah, iaitu satu-satunya kakak saya. Tidak lengkap jika bercuti dI Johor dan tidak jejakkan kaki di Laman Mahkota Johor Bahru ini. Katanya lagi, dah alang-alang ke sini wajib bergambar sebagai bukti.
Hanya 20 minit kami berada di Laman Mahkota, Johor Bahru, memandangkan hujan tiba-tiba lebat setelah 10 minit berada di laman. Bergambar dalam keadaan hujan. Ketika itu, terdapat sekumpulan geng basikal yang turut bergambar, ada yang baik hati sudi tawarkan diri untuk ambilkan gambar kami. Alhamdulillah, bagusnya bangsa Johor sebenarnya.
Psst! semasa di laman Mahkota ni, berhajat nak bergambar dengan pengawal istana. Tapi, tidak dibenarkan berada berhampiran pengawal istana. Katanya abang ipar, Sultan tidak benarkan beberapa meter dengan pengawal dan pintu istana dikhuatiri menganggu ketenteraman.
Tempat menarik Tanjung Piai atau Taman Negara, Pontian Johor Dari Johor Bahru ke Tanjung Piai mengambil masa satu jam setengah. Walaupun lokasinya terletak jauh di perkampungan, tetapi seronok untuk diteroka. Taman Negara juga dikenali sebagai Tanjung Piai Penghujung Benua Asia, Johor.
Sewaktu kami sampai di Tanjung Piai. Lokasi sesak dengan pengunjung yang datangnya sekitar dan Singapore. Maklumlah, raya cina kan? memang sesak. Parking pun payah, masing-masing dengan geng kereta berkeluarga dan tidak lupa juga geng mat motor. Meriah kau!
Sampainya di sana, air pasang. Jadi,kami kena tunggu sekitar 2 jam lagi untuk air surut. Katanya staf disitu, 1.30 petang barulah surut.
Oleh kerana, kami bersama kanak-kanak dan bayi. Tidak menunggu lama. Masing-masing sudah kelaparan dan mahu ketandas untuk membuang hajat. Bayangkan, diluar kawasan tiada tandas. Hanya mempunyai tandas didalam lokasi Taman Negara sahaja.
Makanya, kami terpaksa keluar cari kedai makan yang terdekat. Tapi malangnya, kedai berdekatan pula penuh. Masing-masing menanti Taman Negara dibuka jam 1.30 petang.
Kami mengambil keputusan, hanya menumpang tandas kedai sahaja. Tandas pula di luar kawasan, maklumlah kampung. Terasa macam berada di Felda Kg Awah sahaja ketika ini. Tandas pun di luar, belakang tandas dipenuhi semak.
Penghujung Benua Asia, Tanjung Piai
Tanjung Piai Penghujung Benua Asia, Johor. Apa yang kakak saya cakapkan, dalamnya lagi hebat untuk diterokai kerana ada kawasan yang memisahkan antara Negara Malaysia- Indonesia dan Singapura. Menarik kan?
Ia bermaksud, jika anda mengikut arah mata angin. Bergerak ke arah Barat liputan telekomunikasi sudah tiada sambungan lagi. Kerana anda perlu menggunakan telco dari Indonesia. Jika anda bergerak ke arah Tenggara, menunjukkan kawasan Singapura. Manakala Malaysia berada di arah Timur.
Baiklah, untuk pemahaman saya sediakan gambar-gambar sewaktu berada di Tanjung Piai, Penghujung Benua Asia.
Indonesoia-Malaysia-Singapura inilah maksud Penghujung Benua Asia
AEON, Kulai Jaya Johor
Layan anak bermain keretapi dalam Mall
Bajet-bajet pelancong saya ni tau. Setiap kali bercuti,mesti nak habiskan duit dengan membeli belah. Walhal pasaraya tu biasa jer jika difikirkan secara logik. Tapi itulah, bila nafsu menguasai. Terpaksa juga lah membeli, sebagai kenang-kenangan.
Saya, anak-anak, ayah serta adik beradik yang lain membeli pakaian. Berhabis lah juga beratus ringgit. Teringat kata-kata suami, bahawa duit boleh cari lain. Pejam mata lah membayarnya.
Hari terakhir sebelum pulang, sempat lagi membeli-belah. Lepas tu, petang baru bergerak pulang ke Kuantan. Berapa minit je awal kami memasuki Yong Peng, bandar tersebut sudah dinaiki air dengan pantas. 11.3O malam kami tiba di Kuantan.
Sememangnya bercuti di Johor Bahru kali ini sangat mencabar sebenarnya. Disamping itu, menyeronokkan buat kami kerana sepanjang 3 hari di Kulai kami telah berada di Johor Bahru juga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/01/Bercuti-johor-bahru-CNY.html