Menatap Kepayahan Dalam Denu


 

Datuk Tamimi Serigar pengarah DENU

MENATAP KEPAYAHAN DALAM DENU
Pada permukaan, hidup ternampak biasa. Malam menjelma pentas Mak Yong menjadi sangat meriah. Audiens berkunjung datang untuk melihat gerak tari, lenggok badan, nyaring suara melantunkan nyanyi dan irama, dan busana yang bergemerlapan. Di tambah dengan kecindan bahasa dan tutur pemain Mak Yong audiens semakin terhibur dan merasa puas hati. Begitu dunia di atas pentas di celah tingkah gendang dan gong. Tetapi jauh di dasar terbenam banyak kesulitan yang tidak dijelmakan di wajah atau dilantunkan dalam kata. Hasmah sebagai Pak Yong menjadi daya penarik utama persembahan, bukan semanis dan semanja wajah dipamerkan di pentas. Jiwanya kacau dan nanar, tapi sedikit tidak terpetakan pada tingkah dan lakunya. Sedang ada pemberontakan dan amukan yang menggeleggak dalam nuraninya. Perkahwinan yang bukan pilihannya dengan Pak Yeh. Perjanjian yang sengaja dibentangkan agar dirinya tidak begitu lemas dan kecewa. Pertemuan dengan Amiruddin membongkar gerak baru dalam jiwanya. Hasrat yang lama terpendam untuk keluar dari Pasir Puteh menjadi realiti. Tetapi ia sedar bukan semudah itu perjalanan ke Kota Bharu kerana Amiruddin ada tuntutan dan kemahuannya tersendiri. Pak Yeh tidak mudah menerima tawaran Amiruddin untuk membawa pasukan Mak Yong ke Kota Bharu. Apa lagi Amiruddin yang lebih berpaut kepada keuntungan mahu melakukan adaptasi ke atas Mak Yong. Jiwanya menolak dari dalam dan tidak pernah disebutkan kerana menghormati Datuk Nik.Datuk Nik dalam menyelamatkan nafas politiknya berpaut kepada Mak Yong Pak Yeh untuk menyuarakan desak merdeka. Itu pun diterima Pak Yeh dengan cukup terseksa. Pengarah menyelitkan secara halus kritikan terhadap pengaruh dan desak politik yang terpaksa ditelan dan dipikul oleh seniman dalam berkarya. Tapi semua itu disuarakan dalam simbolik cahaya dan warna tanpa utas suara.

Amiruddin
Amiruddin pula terpaksa menggunakan Meli untuk mendekatkan dirinya dengan Asmah. Meli budak kampung yang menyimpan cita-cita besar mahu menjadi pandai dan mahu belajar di sekolah Inggeris, Hasrat itu dipandang remeh oleh Pak Yeh kerana baginya Mak Yong adalah kehidupan yang tak tergantikan. Meli berdepan dengan kesanggupan yang boleh melemaskan dirinya sendiri. Tetapi ia memiliki cita-cita besar. Secara berhemah pengarah menusukkan kesedaran ke dalam benak audiens agar menerima bahawa pendidikan adalah segala-galanya. Manusia harus pandai agar tidak mudah ditindas.Amiruddin adalah egoisme manusia yang berpaksi kehendak dan keperluan. Ia membawa Mak Yong ke Kota Bharu kerana mahu membawa Asmah jauh dari Pak Yeh. Dia menggunakan Meli seolah-olah menyokong hasrat Meli. Bagi Amiruddin, orang-orang Mak Yong yang bodoh boleh dipermain-mainkan. Begitu Denu dalam memperlihatkan manusia yang berdepan dengan kepayahan dan kesulitan. Ia adalah garapan emosi yang membuak dari dalam diri. Hinggalah akhirnya semua itu meledak dan terburai. Hanya mereka yang tabah bakal berdiri memikul kejayaan. Siapa?Saksikan Denu bermula 21 Ogos 2025




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mimbarkata.blogspot.com/2025/08/menatap-kepayahan-dalam-denu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melihat Denu Dari Dekat

Melihat Denu Dari Dekat

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 325 hits
MELIHAT DENU DARI DEKATDenu d nu di sana memulakan tayangannya pada 21 Ogos 2025 di pawagam pilihan seluruh negara Tiba ketikanya untuk kita melihat Denu dari dekat untuk memahami apakah yang berada jauh atau yang dicari oleh sang manusia d...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe For Dried Beef Cheese Ball

Galeri Seni Upsi

Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Nsk Rawang

Masjid Al Syakirin Gombak

Awal Pagi Rezeki Masuk