Menangis Saat Ditanya Andai Anak Diambil Nanti Ayah Ini Tak Dapat Tahan Sebak
Kehilangan insan tersayang membuatkan kita hilang punca. Sedih dan sudah tentu rasa ‘kosong’ dalam jiwa. Sebab itulah, kita harus menghargai setiap masa bersama dan abadikan memori indah itu selalu.
Seperti yang dikongsikan oleh isteri ini, Eymma Mohamad Noh, pertama kali selepas lima tahun perkahwinan dia melihat suaminya menangis. Gugur air mata seorang bapa ketika ditanyakan macam mana kalau tiba-tiba anak mereka ‘pergi’?
“Semua benda yang jadi dalam hidup aku, aku suka simpan..”
Aku sejenis memories hoarder. Semua benda yang jadi dalam hidup aku, aku suka simpan. Tak kisah text message, gambar, video atau bunyi suara. Apa sahaja yang boleh aku simpan, aku simpan.
Artikel Menarik: [Lebih Marah Dari Pujuk, Tak Elok Untuk Anak. Besar Nanti Dia Boleh Jauh Hati]
Lepas berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, aku jadi terfikir untuk banyakkan lagi koleksi kenangan aku anak beranak. Supaya kalau suatu hari antara kita yang pergi dulu, masih ada gambar buat tatapan. Masih ada ucapan buat kenangan, masih ada suara buat ingatan. Sebab bagi aku, benda yang paling aku takut adalah bila aku lupa bagaimana bunyi nada suara orang yang aku sangat sayang kalau nanti dia dah tak ada.
Aku tanya Halil, adakah dia akan berbuat yang sama. Sebab benda berkait dengan kenangan ni takde peluang kedua. Sekali kau dah buang, kau tak dapat cari balik. Tak sangka suami aku tak rasa benda yang sama.
“Buat apa nak dikenang benda dah takde?”
Bagi dia buat apa nak dikenang benda dah takde. Buat hati jadi sengsara ingat orang yang dah tak ada. Aku terus tanya, “what if kalau Huud yang takde? Takkan you nak buang semua gambar Huud?”
5 tahun aku kenal dan hidup dengan Halil, semalam merupakan saat pertama aku nampak dia menangis. Ya, dia tak menangis masa aku beranakkan Huud, dia tak menangis masa azankan Huud, dia tak menangis masa arwah Papa pergi, dia tak pernah menangis.
Dia tepuk dada dia perlahan, cuba bertenang. Lengan dia angkat tekap ke mata tapi aku nampak air mata dia mengalir perlahan. Aku terdiam, aku tengok anak tidur, aku sembamkan muka dekat bahu dia, aku menangis semahunya.
“I tak tau macam mana I nak hidup kalau Huud tak ada. I rasa I boleh gila dan tak waras nak hidup dalam kenangan kalau Huud tak ada. I tak boleh tengok gambar gambar dia. I rasa I akan pergi jauh dari sini, pergi dekat tempat yang takde kenangan dengan Huud. I takkan duduk rumah ni lagi, baju dia mainan dia, I tak boleh tengok. I akan terdengar dengar dia panggil I – babah babah. I rasa I boleh depress kalau I hidup nampak gambar dia, tengok video dia. I can’t..” – Halil
Artikel Menarik: [Bukan Saja-Saja. Setiap Spot Kita Cium, Lain Fungsinya. Kena Selalu Kiss Anak Ni!]
Apa apa pun, syarat mati adalah hidup. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan usia orang orang yang aku sayang. Kita tak ada waktu yang lama sesama kita. Selagi ada masa, teruskanlah untuk membahagiakan antara satu sama lain.
Takziah juga buat kita kita yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang. Semoga Tuhan mengurangkan segala duka rindu di hati kita semua.
“We keep this love in a photograph,
We made these memories for ourselves,
Where our eyes are never closing,
Hearts are never broken,
And time’s forever frozen still.” – Ed Sheeran, Photograph
With love,
Emma Noh
19/2/2020, 1940hrs
Damansara Perdana.
Sesungguhnya perkongsian isteri dan ibu ini membuatkan kita juga terasa sedihnya. Yalah, sudah terbiasa bersama tiba-tiba, insan kesayangan ‘ditarik’ jauh dari kita. Mampukah kita mengharunginya? Mahu atau tidak, itulah yang perlu kita lalui. Maka, hargai setiap seorang dari mereka selagi masih ada bersama kita.
The post Menangis Saat Ditanya Andai Anak ‘Diambil’ Nanti, Ayah Ini Tak Dapat Tahan Sebak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/menangis-saat-ditanya-andai-anak-diambil-nanti-ayah-ini-tak-dapat-tahan-sebak/