Menangi Hadiah Bernilai Rm 40 000 00 Dengan Pembelian Al Fateh Junior
Menjadi seorang ibu yang prihatin membuatkan kakak sering mencuba pelbagai kaedah untuk membantu Nur Aiman dan Nur Aina menjalani hari-hari dengan lebih cergas dan cerdas termasuklah menjaga apa yang mereka makan. Risau rasanya kalau mereka makan yang bukan-bukan tapi kerisauan tu makin berkurang bila kakak berkenalan dengan Al fateh Junior
Dah nama pun budak-budak, kalau dihulurkan sejenis makanan yang manis – confirm laju semacam ha. Hee~ Sama macam pestil Al Fateh Junior ni cumanya manis Al Fateh Junior mengandungi 1001 khasiat untuk perkembangan minda kanak-kanak tidak sama seperti gula-gula yang ada dipasaran hanya mengandungi manisnya tetapi tidak berkhasiat.
AL FATEH JUNIOR
Dengan formulasi terbaharu yang menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk memberi kesan 3 kali ganda lebih cepat dan pantas, Al Fateh Junior dibuat, dikilangkan dan telah mendapat pengiktirafan Green 5S. Mengandungi lima bahan utama iaitu :
MADU : anti bakteria yang berfungsi melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria KISMIS : menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata SAFRON :membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman, menambah selera makan dan membantu merawat masalah sakit di dalam perut GAM ARAB : meningkatkan keupayaan sistem penghadaman, merawat sakit di dalam perut dan membantu menyihatkan tulang BUAH DELIMA : menguatkan sistem imun badan, menyokong pertumbuhan yang sihat
MAJLIS PELANCARAN AL FATEH JUNIOR
Memang produk Al Fateh Junior dah lama berada dipasaran tapi baru-baru ni dorang buat Majlis Pelancaran sekali dengan pembentangan Plan Pemasaran Al Fateh untuk tahun 2019. Memang kakak teruja sangat dengan plan pemasaran dorang ni sebab team Al Fateh sendiri melaburkan sebanyak RM 10 Juta bagi memperkasakan lagi jenama Al Fateh ni. Dengan menggunakan tagline “Rasa Sedap, Minda Mantap” – Al Fateh berazam dapat menempatkan produknya sebagai pelopor produk PASTI HALAL dan berkhasiat pertama di Asia.
Al Fateh mempunyai pasukan yang sangat komited dalam menjalankan kerjasama dengan pelbagai badan kerajaan dan swasta bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdaya saing secara sihat. Turut membuka peluang kepada mereka yang mahu menambah pendapatan, sehingga kini pihak pengurusan Al Fateh telah mempunyai lebih daripada 2000 orang ejen berdaftar yang juga terdiri daripada surirumah. Ada yang mampu menjana 5 angka sebulan !! Menjelang tahun 2019, pihak Al Fateh menyasarkan pengeluaran Al Fateh Junior akan mencapai pengiraan dua kali ganda dari jumlah pengeluaran pada tahun ini.
Nah !!
Merangka kerjasama dengan pihak Astro, Al Fateh Junior dijangka akan bersiaran pada prime time termasuklah slot-slot iklan di Astro dijangka mampu menarik lebih ramai pembeli dan pengguna dalam satu masa. Lebih banyak peluang untuk stokis dan ejen Al Fateh memperkembangkan jalur perniagaan !! Tahniah untuk pencapaian Al Fateh sepanjang penglibatannya melahirkan usahawan-usahawan hebat
BELI DAN MENANG AL FATEH JUNIOR
Dengan sambutan yang sangat menarik, Al Fateh melancarkan Kempen Beli Dan Menang Al Fateh Junior dengan menawarkan hadiah bernilai RM 40,000.00 !! YA !! RM 40,000.00 gaissssss.. Dengan cara yang sangat mudah, semua orang pun boleh menang
Telah bermula pada 15hb November lepas, Al Fateh Junior mencari 102 orang pemenang untuk merangkul hadiah-hadiah lumayan yang bernilai RM 40,000.00
“kenapa saya bagi hadiah Pakej Umrah ? perasaan bila menunaikan Umrah tu lain. sebab tu saya nak kongsi perasaan yang sama kepada pemenang bertuah.”
- Tuan Ariff bin Subri ; Pengarah Urusan Al Fateh Alami Sdn. Bhd
Cara-cara untuk memenangi hadiah yang telah ditawarkan ? Mudah je !! Korang beli produk Al Fateh Junior ( JUNIOR sahaja tau !! ) dan tengok pada belah dalam penutup botol samada terdapat sticker yang mengatakan korang adalah pemenang. Kalau tak de sticker maknaya korang tak menang lah ye. Hee~ Kalau ada sticker ( macam kat gambar bawah ni ) – selfie cepat-cepat dengan penutup botol tu dan hantar terus ke nombor +60187934869 untuk menuntut hadiah korang
TIPS NAK MENANG
Lagi banyak korang beli, lagi besar peluang korang nak menang
LAMAN WEB : http://www.alfatehgold.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/AlFatehGeniusFounder
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/alfatehgeniusofficialhq
Mana tau kot link kat atas tu boleh bantu korang mencari sumber ilham untuk menang ataupun kot berminat nak cari sumber pendapatan dengan menjadi ejen Al Fateh Junior ke.. Hee~ Rezeki tak datang bergolek kalau korang tak mula kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2018/11/menangi-hadiah-bernilai-rm-4000000.html