Menang Voucher Lazada Beli Apa Tu
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?Ha! ingat tak baru-baru ni ada Lazada Shopathon Blogger Contest. Alhamdulillah rezeki Mrs. A tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Mrs. A dapat voucher bernilai RM300.00 [SINI] Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu? Ha! nilah Mrs. A nak cito apo yang diboli tekau... Menang voucher kali ini kebanyakkan barang yang Mrs. A beli adalah untuk diri sendiri. Ntah kenapa tetiba pentingkan diri sendiri je tak nak share pulok dengan kids huhuhuu...
1. GAMOGEN
Menang voucher Lazada - beli Gamogen untuk Mr. A
Mrs. A beli Gamogen untuk Mr. A. Selalunya beli Gamogen ni bila time balik kampung iaitu beli kat outlet Gamat Healin Masjid Tanah, di Seremban ni Mrs. A tak pastilah kat mana ada outlet Gamat Healin ni last time ada je kat banggunan office ni tapi closed tak tahu pindah mana. Mr. A consume Gamogen ni dah lama jugak la setahun dua dah kot. Katanya sesuai dengan dia
2. Elastic Knee SupportSejak begitu aktif bernetball lutut Mrs. A ni memang onn and off sakitnya, walaupun Mrs. A memang dah ada knee support tapi yang biasa-biasa aje itu yang memang berkira-kira nak membeli knee support yang agak canggih. Bila melintas aje knee support yang macam gambar kat bawah ni terus melaju aje Mrs. A order. Lagipun bila baca reviews customer kata 'good'
Menang voucher Lazada - Rasa macam size L okay tapi kalau beli M better kot
Menang voucher Lazada - beli ini der...Mrs. A dah pakai dah pun alhamdulillah suka. Bila pakai ni confident sikit nak melasak tu dan tak berapa rasa sakit bila semangat tu kuat nak bermain hahahaaa... #stubborn
3. Gel AmaniGel Amani penawar sakit lutut ngeh! ngeh! ngeh! kisah lutut lagi. Okay Gel Amani ni yang sebenarnya bukan sahaja untuk sakit lutut, sakit-sakit sendi lain pun boleh guna dan ternyata berkesan untuk Mrs. A sekeluarga. Mr. A pun suka gak Gel Amani ni, dia selalu guna sapu kat belakang dia yang lenguh-lenguh tu. Adik pun sama bila dah aktif bersukan malam-malam sakit itu ini so sapulah gel Amani ni. In Sha Allah dengan izinNYA baik.
Menang voucher Lazada - repeat beli Gel Amani lagiGel Amani ni dah banyak kali Mrs. A repeat order beli kat Lazada. Kiranya kat rumah Mrs. A tu memang selalu ada jer... stok Gel Amani al-maklumlah masing-masing aktif bersukan so dah macam satu keperluan la pulek. Mrs. A suka beli kat Lazada sebab harganya lebih menarik berbanding di tempat-tempat lain.
4. M.A.C matte lipstick - velvet teddyYeayyy... finaly dapat jugak pakai M.A.C lipstick walaupun color velvet teddy ini bukan pilihan pertama Mrs. A tapi bila dah pakai sukalah jugak. Yang sebenarnya Mrs. A nak color Mehr tapi dah out of stock la pulek.
Menang voucher Lazada - beli M.A.C Matte Lipstick (velvet teddy)Next time nak beli lagi bila Mehr dah ada stock later muahahahaaaa....
5. Comb Mirror Set With Stand HolderOkay last sekali barang yang Mrs. A beli adalah sikat untuk sekeluarga. Senang beli macam ni takdelah sikat Mrs. A asyik hilang dari radar jer... tapikan tulah tak sempat snap gambar lagi.
Menang voucher Lazada - beli comb mirror set with stand holderSet ni ada lain-lain color jugak tapi Mrs. A choose color purple dalam set 6 in 1 tu ada jugak seketul mirror ha gitewww...
Itu sajalah barang-barangan yang Mrs. A beli hasil dari rezeki menang voucher Lazada tempoh hari. Tapi tulah delivery fee kena bayar sendiri sebab voucher tu tak termasuk cost delivery huhuhuuu...
Itu sahaja nak share citer Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2018/10/menang-voucher-lazada-beli-apa-tu.html