Menang Rebet Maxis Rm300 Jaringan Prihatin Dari Scammer 017 7967358
Assalamualaikum dan salam sejahtera
MENANG REBET MAXIS RM300 JARINGAN PRIHATIN DARI SCAMMER 017-7967358 Salam tahun 2022 , ni juga merupakan entri pertama blog untuk tahun 2022 . belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 untuk pembaca setia mahupun pengunjung blog CCL .
Awal pagi tadi CCL dikejutkan dengan satu panggilan dari Scammer . Bak kata , cari rezeki di awal pagi ni saat yang sangat penuh berkat . waktu pagi juga la waktu afdhal di mana rezeki sedang berkeliaran dari rumah ke rumah untuk mencari pemilikNya . tapi pastikan cari rezeki yang halal untuk diri dan juga ahli keluarga .
Pepagi lagi dah terima call dari scammer . Katanya si scamner ni call dari pihak Maxis Centre . , memandangkan number telefon CCL ni sudah pun lama berkhidmat dengan Maxis . So si Scammer Maxis ni pun berbesar hati nak rewardskan CCL dengan rebet Jaringan Prihatin RM300 sempena hari ulang tahun Maxis . CCL pun layan je agend si scammer ni , sempat juga tanya "why you call i pakai fone number biasa , call pula melalui whatsapp , kenapa you tak call pakai hotline number sahaja ? " si scammer pun jawab "hotline terlalu sibuk sekarang dengan beratusan panggilan masuk dan panggilan keluar" . Hahaha CCL tergelak dengan jawapan si Scammer .
Berbalik kepada cerita tadi . Si scammer pun explain mengenai rebet RM300 , boleh claim melalui prepaid/postpaid mahupun cash money . CCL pun bagi jawapan "ok i nak cash money la , tapi kalau cash money i kena bagi you akaun number lah yer ?? Si scammer pun jawab xperlu . You just bagi no TAC yang dihantar melalui mesej" . Dalam beberapa saat macam tu si scammer minta CCL check ada terima tak NO TAC . CCL pun segera check dan memang betul terima NO TAC . CCL kembali tanya pada si scammer , "kalau i bagi you no TAC ni memang safety ke ?? " Si scammer pun yakinkan aku bahawa ianya memang safety . CCl dari tadi memang tak sedap hati , tapi CCL layankan aje agenda dia .
Bagi NO TAC pada scammer ? memang tidak laa . Cari masalah lah kalau bagi . Kang lesap duit dalam bank kan ..
CCL pun minta si scammer tu tunggu sekejap untuk perbualan , sebab si scammer call time CCL tengah bekerja . CCL cakap tengah ada kerja , dia sanggup tak nak matikan perbualan . Segera CCL buka akaun CIMB CLICK dan amaun yang ada dalam akaun tersebut tak ada la banyak hanya ada RM121.** macam itu aje . CIMB bank ini guna untuk shopping barangan online sahaja . So CCL segerakan transfer RM100 ke akaun bank yang lain . So bakinya hanya tinggal RM21 sahaja . So boleh rasa selamat sedikit duit CCL .
Sambung perbualan tadi bersama si scammer, dia masih yakinkan CCL bahawa dia bukan scammer .walaupun CCL tidak sesekali terpedaya . CCL pun cakap "kalau betul you nak bagi rebet RM300 you boleh sahaja masukkan terus ke postpaid" segera so scammer putar cerita katanya xboleh . Ehh awal-awal tadi kau cakap boleh pilih postpaid/prepaid dan cash money " . Hahahah . CCL pun cakap "xapa lah kalau macam tu , nanti CCL pergi Maxis Centre berdekatan untuk claim rebet ni "
Hebatnya si Scammer ni , dia boleh tahu CCL tengah online akaun CIMB dan dia tahu CCL baru sahaja money out RM100 . Dashyat kerja diorang !!! Jadi takut pulak nak isi duit dalam CIMB BANK ni banyak-banyak untuk online shopping . Rasa macam dah tak safety .
Akhirnyaa si scammer tidak berjaya tarik duit selepas dia tengok ada transaksi money out dalam akaun CCL . Huhhh . Minta suami detectkan number si scammer , ianya memang betul-betul scammer . Dah ramai yang report number beliau .
Hati-hati korang .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2022/01/menang-rebet-maxis-rm300-jaringan.html