Menabung Sejak Gael Dalam Kandungan Wany Masukkan Rm50 Dalam Tabung Setiap Hari


Mendekati wanita ini yang pernah viral tahun lalu kerana membuat simpanan hampir RM14,000 dalam tempoh enam bulan. Menurut Siti Nurhazwani Mohd Zabri atau selesa dipanggil Wany, pada asalnya dia buat simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Kini selepas melahirkan, Wany masih meneruskan tabungan tersebut sejak anaknya berusia satu bulan.
Memandangkan Wany memang suka menabung sejak kecil, katanya tabungan dibuat apabila dia ada sasaran tertentu. Jika mahu dapatkan barangan berjenama, dia akan menyimpan wang untuk membeli tanpa perlu berhutang.
Simpan RM50 Setiap Hari, Cukup RM5000 Simpan Dalam Bank
Apabila ditanyakan tentang jumlah nilai wang yang disimpan, Wany memberitahu yang dia akan masukkan RM50 setiap hari untuk tabungan anaknya, Andra Gael Mateen Mohamed Azemi, 6 bulan. Wany memberitahu, dia mempunyai rezeki yang lebih untuk membuat tabungan RM50 setiap hari.
Wany dan anaknya, Gael “Alhamdulillah mungkin rezeki saya mampu menyimpan sebanyak itu setiap hari. Tetapi tak salah untuk buat simpanan kurang dari itu. Ikut kemampuan kita,” terang Wany apabila ditanya tentang jumlah wang yang dia simpan setiap hari. Tambah Wany lagi, simpanan begini mudah dia kawal. Cukup RM5000 setiap kali menabung, saya akan pastikan duit itu dimasukkan ke bank,” kata Wany.
Tanda Pada Kalendar Untuk Pastikan Tabungan Konsisten
Wany memberitahu yang dia menjalankan perniagaan sendiri bersama suami. Dia membuat tabungan sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan. Biarpun ada mengambil pelan insuran untuk Gael, Wany tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat simpanan. “Saya ambil insurans untuk anak, tetapi ada masa tertentu kita perlu mendahulukan duit sendiri. Sebab itulah, saya selesa jika ada wang simpanan sebagai persediaan,” kata Wany.
Untuk membuat tabungan, perlu ada disiplin. Wany mengiyakan perkara itu. Menurutnya, dia seorang yang sangat disiplin dalam membuat tabungan. Wany akan membuat tanda di kalendar bagi memastikan duit yang dimasukkan ke dalam tabung direkodkan. Menurut Wany, dia lebih berdisiplin sekarang kerana banyak memikirkan soal masa hadapan. Tambah pula dia dan suami, Mohamed Azemi Ab Johar, bekerja sendiri. “Sebab itulah kami kena konsisten untuk buat tabungan, tak boleh mengelat,” beritahu Wany.
Buat Simpanan Fikirkan Anak
“Saya dan suami hanya fikirkan tentang masa depan anak. Sebab itulah kami memilih cara ini untuk menabung. Dalam simpanan sekarang ada RM6700, tapi biasanya apabila tabungan dah capai RM5000, saya akan masukkan ke bank,” kata Wany menjawab tentang jumlah tabungannya. Kata Wany, dia mula menyimpan untuk Gael sejak anaknya itu berumur satu bulan.
Wany dan suami konsisten buat tabungan untuk Gael demi masa depannya Cara Wany menyimpan duitnya adalah dengan menggunakan sebuah bekas kecil. Dia akan sumbat kesemua duit di dalam itu sehingga jika ia benar-benar padat. “Tujuan saya menggunakan bekas kecil adalah sebab saya tak mahu fikir ada duit banyak dalam tu. Nanti akan terasa nak ambil untuk gunakan ke arah lain. Jadi bila guna bekas kecil dan disumbat padat, nampak macam tak ada apa dalam tu,” seloroh Wany. Sewaktu hamilkan anaknya itu, Wany memilih sebuah tabung berbentuk buah nanas. Tak sangka apabila dikeluarkan, banyak juga duit di dalamnya.

Bercerita tentang pengalamannya membuat tabungan, dia sebenarnya sudah mula menyimpan serba sedikit sebelum disahkan mengandung. Pada waktu itu, Wany dan suami berhasrat untuk gunakan hasil simpanan itu untuk beli barangan bayi serta bersalin di hospital swasta. Apabila disahkan hamil, terus sahaja Wany memulakan tabungan RM50 setiap hari.
Didik Diri Menabung Sejak Kecil
Wany turut memberitahu bahawa dia memang suka menabung. Sejak kecil, dia sudah mendidik diri untuk mengumpul duit belanja yang diberi kepadanya. Kalau tidak 50 sen, 20 sen pun jadi. Asalkan ada duit untuk disimpan pada hari tersebut.
Dia memberitahu yang amalan menabung ini akan diajarkan kepada Gael supaya anaknya itu juga suka menyimpan sepertinya. “Semoga bila dia melihat ibunya simpan duit, dia pun akan ikut. Saya berhasrat untuk mengajar dia kepentingan dan kebaikan menabung,” akhiri Wany.
 

 
The post Menabung Sejak Gael Dalam Kandungan, Wany Masukkan RM50 Dalam Tabung Setiap Hari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menabung-sejak-gael-dalam-kandungan-wany-masukkan-rm50-dalam-tabung-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Libur Lebaran Gunung Kelud Dikunjungi Ribuan Orang Setiap Hari

Libur Lebaran Gunung Kelud Dikunjungi Ribuan Orang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 238 hits
Gunung Kelud masih menjadi objek wisata andalan di kabupaten itu Gunung berapi itu aktif dan telah erupsi pada 2014 Namun pesona alamnya tetap memikat wisatawan Mereka ingin melihat secara langsung puncak gunung itu setelah erupsi
Konsumsi Telur Setiap Hari Ternyata Tidak Meningkatkan Risiko Stroke

Konsumsi Telur Setiap Hari Ternyata Tidak Meningkatkan Risiko Stroke

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 216 hits
Penyakit stroke merupakan salah satu masalah kesehatan yang ditakuti oleh banyak orang Munculnya masalah stroke ini sebelumnya disebut disebabkan kerena konsumsi makanan tertentu
Segelas Bubble Tea Mengandungi 20 Sudu Gula Nak Sangat Kencing Manis Bolehlah Minum Setiap Hari

Segelas Bubble Tea Mengandungi 20 Sudu Gula Nak Sangat Kencing Manis Bolehlah Minum Setiap Hari

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 900 hits
Satu per satu stor minuman Bubble Tea muncul dengan ciptaan minuman baharu yang kelihatan hampir sama semuanya mempunyai bubble pada dasar botol minuman tetapi hakikatnya pembeli mudah untuk menentukan perbezaan rasa pada kesemua minuman Bu...
Video Perkembangan Positif Setiap Hari Doktor Rawat Ainul Zahir Rasa Gembira

Video Perkembangan Positif Setiap Hari Doktor Rawat Ainul Zahir Rasa Gembira

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 318 hits
Perkembangan positif setiap hari doktor rawat Ainul zahir rasa gembira Selepas memuat naik video mendodoi Ainul Mardhiah bapa bayi kesayangan Malaysia itu telah memuat naik status di Facebook dengan memberitahu perkembangan kesihatan anakny...
Cerita Orang Tua Rela Antre Sejak Dini Hari Demi Daftarkan Anak Sekolah

Cerita Orang Tua Rela Antre Sejak Dini Hari Demi Daftarkan Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 249 hits
Ratusan orang tua siswa memadati sejumlah Sekolah Menengah Atas Negeri di Kota Bandung untuk melakukan pendaftaran Penerimaan Peserta Didik Baru Bahkan para orang tua siswa itu sudah mengantre sejak pukul 04 00 WIB
Beli Kopi Di 7e Setiap Hari Demi Bertemu Dengan Crush

Beli Kopi Di 7e Setiap Hari Demi Bertemu Dengan Crush

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 447 hits
Beli kopi di 7E setiap hari demi bertemu dengan crush Seorang lelaki Taiwan disahkan menghidap diabetes selepas kerap membeli kopi setiap hari di kedai 7 Eleven kerana menaruh hati terhadap salah seorang pekerja wanita di premis tersebut Le...
Hari Pertama Kerja Usai Lebaran Kpu Siapkan Data Untuk Sengketa Pemilu

Hari Pertama Kerja Usai Lebaran Kpu Siapkan Data Untuk Sengketa Pemilu

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 247 hits
Hari Pertama Kerja Usai Lebaran KPU Siapkan Data untuk Sengketa Pemilu Selain membahas soal evaluasi kinerja agenda rapat KPU RI juga membahas persiapan sengketa hasil Pemilu yang digugat ke Mahkamah Konstitusi atau MK
Sampai Sekarang Tak Percaya Ada Anak Sendiri Tahnik Anak Hari Ke 7 Anzalna Pilih Nama Nabi

Sampai Sekarang Tak Percaya Ada Anak Sendiri Tahnik Anak Hari Ke 7 Anzalna Pilih Nama Nabi

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 561 hits
Tahnik anak pada hari ke 7 sebagaimana dianjurkan sunah Anzalna terus bahagia dengan kehadiran anak sulung Nama pun sudah diberi Anzalna dan suami Hanif Zaki mentahnikkan bayi sulung mereka dalam satu majlis yang dihadiri kedua dua belah ke...
Hari Pertama Kerja 282 Asn Pemkot Tangerang Tak Ikut Apel

Hari Pertama Kerja 282 Asn Pemkot Tangerang Tak Ikut Apel

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 241 hits
Arief mengaku terkadang ada ketidakselarasan data secara online dan manual
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Capeng Warisan Budaya

Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025