Memori Zaman Sekolah Jodoh Kala Usia Emas


Jodoh Itu Rahsia Tuhan. Siapa sangka, pada usia 77 tahun, wanita ini akhirnya dipertemukan dengan cinta lamanya. Lebih 50 tahun terpisah sejak zaman sekolah, akhirnya dua hati ini bersatu sebagai suami isteri.
Tiada siapa menyangka, cinta pandang pertama seorang lelaki berpaut kembali dengan wanita yang pernah mencuri hatinya sejak zaman persekolahan.
Azizah Alias, seorang pesara kerajaan, terbuka hati menerima Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, sebagai suaminya selepas mereka kembali berkenalan melalui anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada profesor berkenaan.
“Saya dapat mesej daripada anak saudara yang beritahu pensyarahnya mahu berkenalan dengan saya. Bila tengok namanya, rupa-rupanya kami saling mengenali ketika zaman sekolah dulu,” katanya.
Azizah yang yakin lelaki itu adalah suami terbaik untuk memberitahu bukan tidak pernah ada lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya ketika muda, namun hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima sesiapa pada ketika itu.


“Saya percaya jodoh saya akan sampai suatu hari nanti.”
“Tapi bila masa itu, saya tak pasti. Setiap orang ada jodoh masing-masing. Dengan izin ALLAH, saya dipertemukan dengan suami, dan saya rasa dia adalah suami terbaik untuk saya,” katanya.
Meluahkan rasa syukur perkahwinan itu mendapat persetujuan daripada adik-beradik dan anak saudara untuk menerima suami. Dalam pada itu, Azizah berkata beliau tidak pernah rasa tertekan hidup bersendirian dan sentiasa yakin bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang ditentukan.
MEMORI ZAMAN SEKOLAH Sementara itu, Md Sham yang merupakan bekas pakar perubatan kanak-kanak dan bekas pensyarah berkata, beliau mengenali Azizah sejak di bangku sekolah, namun hubungan mereka tidak rapat dan terputus selepas beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Bagaimanapun, katanya, selepas kematian isterinya enam bulan lalu, beliau terfikir untuk mencari semula Azizah.
“Selepas kematian isteri, hidup saya terasa sunyi dan saya teringatkan semula Azizah. Saya minta bantuan bekas pelajar saya, yang juga anak saudara Azizah, untuk mendapatkan nombor telefonnya dan sejak itu kami kembali berhubung,” katanya yang mempunyai empat anak dan enam cucu.
Tambahnya, beliau tertarik dengan perwatakan Azizah yang ramah dan baik hati.
Beliau juga mengakui bahawa pada awalnya anak-anaknya kurang bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin semula.
“Tapi saya beritahu anak-anak yang saya perlu teruskan hidup kerana pada usia ini, saya perlukan teman. Akhirnya mereka bersetuju,” katanya.

 
Sumber: Sinar Harian 
The post Memori Zaman Sekolah, Jodoh Kala Usia Emas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/memori-zaman-sekolah-jodoh-kala-usia-emas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Sayang Sangat Dengan Pendatang Haram Sindiket Sasar Warga Emas Mahu Kahwin Warga Asing Tumpas

Akibat Sayang Sangat Dengan Pendatang Haram Sindiket Sasar Warga Emas Mahu Kahwin Warga Asing Tumpas

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 141 hits
BernamaJabatan Imigresen Malaysia menahan lima lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan menyasarkan warga emas dalam satu operasi khas di sekitar Putrajaya ...
Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 192 hits
Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif untuk Tangki Kecil Membela ikan emas dalam akuarium kecil boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi memerlukan penjagaan air yang betul Ramai yang beranggapan filter mahal diperlukan sedangkan...
Elak Beli Mainan Sembarangan Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda

Elak Beli Mainan Sembarangan Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 131 hits
Baru lahir pun nak main mainan ke Bukan ke dia tidur je sepanjang masa Ha ramai sangat ibu bapa yang masih terlepas pandang tentang hal ini Walaupun bayi baru lahir nampak macam hanya makan tidur dan menangis otak mereka sebenarnya sedang b...
Warga Emas Anggota Perubatan Bomba Sukarela Diselamatkan Dalam Kebakaran

Warga Emas Anggota Perubatan Bomba Sukarela Diselamatkan Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 122 hits
Warga emas anggota perubatan bomba sukarela diselamatkan dalam kebakaran Anggota bomba kelihatan di lokasi kebakaran di Air Itam Pulau Pinang Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat GEORGE TOWN Kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di T...
Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 187 hits
BERNAMAKota Bharu Pasukan Gerakan Am mematahkan kegiatan perlombongan emas haram di Kampung Pulai Gua Musang melibatkan rampasan aset dan peralatan bernilai lebih RM1 juta dalam Operasi Bersepadu Khazanah semalam Komander Briged Tenggara PG...
Sst Emas Barang Kemas Yang Dikenakan Dikecualikan Cukai

Sst Emas Barang Kemas Yang Dikenakan Dikecualikan Cukai

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 173 hits
Mulai 1 Julai 2025 isu SST emas menjadi topik hangat dalam kalangan pembeli dan peniaga barang kemas Ramai yang masih keliru sama ada semua jenis barang kemas akan dikenakan Cukai Jualan atau tidak Artikel ini akan menghuraikan dengan jelas...
Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir Rm1 Juta Demi Kucing Kesayangan Siap Beli Kereta Bmw Rantai Emas

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir Rm1 Juta Demi Kucing Kesayangan Siap Beli Kereta Bmw Rantai Emas

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 166 hits
Bagi pencinta haiwan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan bukan sekadar suka suka Ada yang sanggup berhabis apa sahaja demi memastikan anak bulus mereka hidup penuh bahagia Begitulah juga dengan kisah menyentuh hati usahawan tudung terke...
Masuk Usia 40 An Kim Taehee Akui Alami Kebimbangan Melampau Dek Penuaan

Masuk Usia 40 An Kim Taehee Akui Alami Kebimbangan Melampau Dek Penuaan

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 127 hits
Dalam satu temu bual baru baru ini pelakon Kim Tae hee berkongsi tentang kebimbangan terhadap penampilan diri seiring peningkatan usia Artikel Berkaitan Kim Tae hee mendedahkan bahawa ketika memasuki usia 30 an dia mula menyedari tanda tand...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Siapakah Keutamaan Kita Untuk Bersedekah

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Tenang Ada Allah

Rini Evelna Jinak Burung Achang Chord

15 Contoh Jenama Susu Untuk Warga Emas