Memiliki Masa Depan Cerah 8 Pelakon Kanak Kanak Korea Ini Mesti Korang Kenal


Selain pelakon dewasa, pelakon kanak-kanak dalam drama Korea turut mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN "Saya Nak Jadi Pelakon Cantik.." - Oh Jiyul Akui Nantikan Masa Depannya Sebagai Pelakon Sudah mula berlakon seawal umur 5 tahun, ada ramai pelakon cilik yang kian aktif dalam pelbagai projek kini dan menunjukkan bakat lakonan yang mengagumkan.
Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara pelakon kanak-kanak yang dipercayai bakal menjadi pelapis pelakon hebat Korea pada masa hadapan.
Oh Jiyul
Bagi siapa yang menonton “The Glory” pasti akan kenal dengan pelakon Oh Ji-yul yang membawa watak sebagai Ha Ye-sol. Sebelum ini, pelakon cilik itu juga pernah menemui penonton dalam “Extraordinary Attorney Woo” dengan wataknya sebagai versi kanak-kanak Woo Young-woo. Comel sangat!
Kim Kanghoon
Seterusnya adalah Kim Kang-hoon yang juga merupakan pelakon kanak-kanak yang dikenali ramai. Untuk pengetahuan, Kim Kang-hoon debut pada 2013 dengan program “Mom and Dad from Today”, menyambut ulang tahun debutnya yang ke-10 pada 2023 ini pada usia 15 tahun. Drama lain yang pernah dibintanginya adalah “Racket Boys”, “Reborn Rich”, “Mouse” dan banyak lagi.
Kim Minseo
Kim Min-seo yang dilahirkan pada tahun 2009, telah menemui penonton menerusi pelbagai drama popular. Antara wataknya yang penonton paling ingat adalah Oh Ju-ri dalam “Hometown Cha Cha Cha” iaitu anak perempuan tunggal kepada duda Oh Chun-jae dan juga pemilik kafe di Gongjin. Kemudian pada 2022, dia juga muncul dalam drama “The First Responders” dan berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Muda Terbaik di ‘SBS Drama Awards’.
Kim Jun
Haa seorang lagi pelakon cilik yang buat penonton geram dengan kecomelannya adalah Kim Jun! Penonton kebanyakannya mula mengenali Kim Jun menerusi drama “Hospital Playlist” dengan wataknya sebagai anak kepada Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) iaitu Woo-joo atau nama panggilannya Uju.
Moon Woojin
Kalau cakap pasal pelakon kanak-kanak, nama Moon Woo-jin pastinya tidak terkecuali. Untuk pengetahuan, Moon Woo-jin kerap menemui penonton sebagai watak versi kanak-kanak untuk pelakon utama lelaki. Contohnya dalam drama “What’s Wrong With Secretary Kim?”, “It’s Okay To Not Be Okay” dan banyak lagi. Dengan visual dan bakat lakonannya yang serba boleh, penonton percaya Moon Woo-jin bakal menjadi pelapis pelakon Korea pada masa akan datang.
Kim Suan
Mula berlakon ketika umurnya berusia 5 tahun, Kim Su-an semakin dikenali ramai menerusi filem “Train to Busan”, dengan wataknya sebagai anak kepada Gong Yoo. Bukti lakonannya yang meyakinkan, Kim Su-an juga telah menjadi pemenang termuda untuk anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ‘Buil Film Awards’. Dengan ini, ramai yang menantikan perkembangan kerjaya Kim Su-an sebagai seorang pelakon pada masa hadapan.
Seo Woojin 
Seo Woo-jin yang dilahirkan pada 2015 adalah pelakon kanak-kanak yang terkenal menerusi lakonannya sebagai Seo Woo dalam “Hi Bye Mama!”. Khususnya dalam drama itu, dia memainkan watak sebagai budak perempuan meskipun dia adalah seorang lelaki. Drama lain yang dibintanginya adalah seperti “Save Me 2”, “The King” dan pelbagai lagi.
Kal Sowon
Buat korang yang tonton filem sedih “Miracle in Cell No.7” semestinya akan kenal dengan Kal So-won yang memainkan watak Ye-seung ketika kecil. Dengan lakonannya yang amat mengagumkan meskipun hanya berumur 7 tahun dalam filem tersebut, Kal So-won dipercayai akan mempunyai masa depan yang cerah sebagai seorang pelakon.
Haa korang kenal tak mereka semua ni?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/memiliki-masa-depan-cerah-8-pelakon-kanak-kanak-korea-ini-mesti-korang-kenal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tantangan Menata Masa Depan Papua Yang Berkeadilan Untuk Mewujudkan Kedamaian Dan Sejahteraan Hidup

Tantangan Menata Masa Depan Papua Yang Berkeadilan Untuk Mewujudkan Kedamaian Dan Sejahteraan Hidup

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 174 hits
Rencana strategi pembangunan jangka pendek menengah ataupun jangka panjang yang di kemas dalam induk pembangunan nasional ataupun daerah yang sering terdengar dan tergambar dalam RPJMN RPJPD dan RKPD sudah barang tentu terfocus pada isu kes...
Paradigma Fokus 2019 Dan Masa Depan Bukan Fokus Individu Tetapi Isu Anti Rasuah

Paradigma Fokus 2019 Dan Masa Depan Bukan Fokus Individu Tetapi Isu Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 160 hits
Anti rasuah dan segala bentuk kemungkaran adalah musuh utama Negara termasuk yang mempertahankan menyokong dan bersubahat FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa Jadilah netizen yang ada disip...
Kerjaya Lakonan Hampir Terjejas 7 Pelakon Korea Ini Pernah Terpalit Dengan Skandal Buli

Kerjaya Lakonan Hampir Terjejas 7 Pelakon Korea Ini Pernah Terpalit Dengan Skandal Buli

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 279 hits
Tidak semena mena kisah lama selebriti popular Korea ini telah menjadi bualan kembali ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini makin ramai pelakon Korea yang telah didakwa sebagai pembuli di sekolah Ada sesetengah artis yang telah memohon maaf dan a...
Saya Nak Jadi Pelakon Cantik Oh Jiyul Akui Nantikan Masa Depannya Sebagai Pelakon

Saya Nak Jadi Pelakon Cantik Oh Jiyul Akui Nantikan Masa Depannya Sebagai Pelakon

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 270 hits
Selepas membuktikan bakat lakonan yang meyakinkan Oh Ji yul nampaknya akan menjadi pelakon dengan masa yang cerah pada masa hadapan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Oh Ji yul yang membawa watak sebagai Ha Ye sol dalam The Glory telah terlibat deng...
Seperti Dalam Drama 6 Selebriti Wanita Korea Ini Berkahwin Dengan Golongan Elit

Seperti Dalam Drama 6 Selebriti Wanita Korea Ini Berkahwin Dengan Golongan Elit

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 247 hits
Dalam kehidupan setiap manusia perkahwinan merupakan titik permulaan baru dalam kehidupan mereka bersama pasangan ARTIKEL BERKAITAN Begitu juga dengan beberapa selebriti Korea yang telah pun berkahwin dengan pilihan hati mereka Dalam artike...
Ini 5 Benda Yang Mengejutkan Antara Malaysia Dan Korea Utara Sebelum Kes Kematian Abang Presiden Korea Utara

Ini 5 Benda Yang Mengejutkan Antara Malaysia Dan Korea Utara Sebelum Kes Kematian Abang Presiden Korea Utara

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 296 hits
Ini 5 benda yang mengejutkan antara Malaysia dan Korea Utara sebelum kes kematian abang Presiden Korea Utara Hubungan Malaysia yang sangat mesra dengan Korea Utara sentiasa menjadi lencana kebanggaan yang pelik seperti memberitahu orang yan...
Pemimpin Korea Utara Arah Tingkat Pengeluaran Senjata Nuklear

Pemimpin Korea Utara Arah Tingkat Pengeluaran Senjata Nuklear

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 260 hits
PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un mengarahkan penghasilan senjata nuklear dipertingkatkan bagi memperkukuh sistem nuklear negaranya di tengah tengah ketegangan di rantau ini lapor Agensi Berita Pusat Korea pada Selasa Pada Isnin Kim menyelia...
Kanak Kanak 8 Tahun Ditemui Mati Dalam Keadaan Tangan Kakinya Terikat Tanpa Organ

Kanak Kanak 8 Tahun Ditemui Mati Dalam Keadaan Tangan Kakinya Terikat Tanpa Organ

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 638 hits
Penemuan mayat seorang kanak kanak perempuan bernama Hafiza berusia dua tahun di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Intan Blok S47 Kecamatan Kelapa Indonesia menggemparkan warga penduduk di daerah itu Sebelum kejadian mangsa Hafiza anak k...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza