Memilih Bersalin Di Rumah Sebab Takut Covid 19 Jangan Ambil Risiko Dr Maiza


Penularan pandemik Covid 19 yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa ada simptom sedikit sebanyak menimbulkan rasa risau ibu-ibu yang bakal bersalin dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Justeru mungkin ada yang memilih untuk bersalin di rumah sendiri kerana bimbang diri dan bayi akan dijangkiti virus tersebut sekiranya keluar dan bersalin di hospital. Dr  Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, ibu-ibu hamil jangan sesekali mengambil risiko dengan berbuat demikian.

Menurutnya ramai ibu-ibu hamil yang bertanyakan keadaan tersebut kepadanya. Namun nasihatnya tidak perlu risau kerana pihak klinik dan hospital sudah mengambil langkah-langkah pencegahan ketika merawat para pesakit yang hadir.
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk.  Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul.  Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jangan sesekali ambil risiko untuk bersalin di rumah kerana di rumah tiada petugas kesihatan yang boleh memantau proses bersalin. Jika tidak sempat ke hospital yang telah dipilih untuk bersalin, pergi sahaja ke mana-mana hospital berdekatan.
Jujur dan maklumkan jika ada kontak rapat atau gejala “Jangan pula tertinggal buku kehamilan yang ada rekod kesihatan anda. Paling penting tolong jujur dan maklumkan kepada doktor jika ada masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk maklumkan jika ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 juga amatlah perlu dimaklumkan.”
Tambahnya lagi ibu yang bakal bersalin tidak perlu risau kerana prosedur untuk ibu bersalin yang akan dibuat ketika musim pandemik ini juga sama seperti waktu lain, Cuma jika ibu tersebut positif Covid, cara pengendalian yang akan dibuat mungkin berbeza.
“Jangan risau kerana setiap rawatan dan prosedur untuk melahirkan anak yang diberi semuanya sama, Cuma cara nak handle kes jika ibu positif Covid akan berbeza. Petugas kesihatan perlu memakai PPE sebagai langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti kepada bayi dan juga orang sekeliling. Namun jika ibu tiada Covid, prosedurnya adalah seperti biasa.”

Ibu tidak boleh jangkiti bayi dalam kandungan Turut ditanya apakah ibu hamil boleh mengjangkiti anak dalam kandungan, jelas Dr Maiza berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus secara langsung dari ibu kepada bayi. Yang ada Cuma melalui kontak langsung.
“Berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus direct dari ibu kepada baby. Yang ada Cuma melalui contact direct, misalnya selepas bersalin ibu positif dan terbersin, maka keadaan itu yang memungkinkan si kecil dijangkiti virus tersebut.”
Diharap dengan apa yang dijelaskan oleh Dr Maiza sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat ibu-ibu yang bakal melahirkan. Jaga diri, amalkan langkah pencegahan dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan berkala seperti biasa. Teruskan berdoa semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan segala urusan dan segalanya berjalan dengan lancar.
 
 
The post Memilih Bersalin Di Rumah Sebab Takut Covid 19? Jangan Ambil Risiko – Dr Maiza appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/memilih-bersalin-di-rumah-sebab-takut-covid-19-jangan-ambil-risiko-dr-maiza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Due Date Dah Dekat Jangan Stres Takut Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid 19

Due Date Dah Dekat Jangan Stres Takut Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 289 hits
Proses melahirkan anak adalah 1 waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa Namun dalam penularan wabak COVID 19 ini sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan Pastinya banyak persoalan akan bermain di f...
Covid 19 Jika Tiada Benda Mustahak Jangan Keluar Rumah

Covid 19 Jika Tiada Benda Mustahak Jangan Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 399 hits
SHAH ALAM 7 APRIL Penduduk diminta tidak keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan jika tidak ada keperluan segera kata Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata saranan dibuat memandangkan tempat itu sejak semalam dikategori...
Jangan Peduli Suara Nyamuk Teruskan Usaha Perangi Covid 19 Habis Habisan

Jangan Peduli Suara Nyamuk Teruskan Usaha Perangi Covid 19 Habis Habisan

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 220 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Ultra kiasu tak tahu ke negara sedang berada dalam keadaan darurat ADA sekumpulan teramat kecil ahli akademik budayawan aktivis dan ahli politik ultra kiasu menggesa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin su...
Covid 19 Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang Satiful Bahari

Covid 19 Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang Satiful Bahari

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 276 hits
Satiful Bahari KUALA TERENGGANU 5 April Ibu bapa kepada sekitar 1 262 pelajar Terengganu yang berada di luar negara dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keadaan anak masing masing di sana Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidi...
Rsup Persahabatan Minta Warga Jangan Takut Terhadap Perawat Yang Pulang

Rsup Persahabatan Minta Warga Jangan Takut Terhadap Perawat Yang Pulang

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 153 hits
Namun Rita menegaskan bahwa perawat tersebut bukan diusir oleh warga sebagaimana sejumlah pemberitaan yang beredar Melainkan adanya stigma masyarakat bahwa mereka membawa virus dan warga takut tertular Covid 19
Faezah Elai Minta Penduduk Pulau Pinang Duduk Di Rumah Jangan Buat Leceh

Faezah Elai Minta Penduduk Pulau Pinang Duduk Di Rumah Jangan Buat Leceh

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 334 hits
Pelakon kelahiran Pulau Pinang Faezah Elai meluahkan rasa kecewa dengan sebilangan penduduk negeri itu yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Jelas Faezah tindakan itu bukan sahaja suatu yang memalukan malah bakal menyebabka...
Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid 19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman

Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid 19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 356 hits
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid 19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan...
Jangan Takut Gemuk

Jangan Takut Gemuk

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 219 hits
Berikut adalah senarai promosi order dan gemuk bersama kami
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat