Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid 19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman


Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid-19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Tengku Maimun berkata dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,  pegawai kehakiman dinasihati mengambil pertimbangan berkenaan risiko penularan wabak itu yang dihadapi penjara.
Bagaimanapun, ia adalah terletak pada budi bicara mahkamah untuk mempertimbangkan bentuk hukuman yang sesuai dengan mengambil kira masalah risiko penularan wabak itu yang dihadapi penjara-penjara, katanya.
PKPMP dalam kenyataan itu juga mengesahkan menerima surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar bertarikh 2 April berkenaan penerimaan banduan bagi kesalahan PKP.
Dalam surat berkenaan, beliau mencadangkan supaya pesalah-pesalah pelanggaran PKP dikenakan hukuman menjalani perintah khidmat masyarakat tanpa menjalani hukuman pemenjaraan.
Menurut Zulkifli, Jabatan Penjara berpendapat bahawa adalah satu masalah besar jika berlaku penularan wabak Covid-19 di penjara kerana selain jarak sosial yang mustahil dapat dilakukan, penjara juga menjadi bakal tempat penularan wabak itu dan boleh mengancam nyawa banduan mahupun kakitangan.
Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Mahkamah Majistret dan Sesyen di seluruh negara sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara antara beberapa hari dan bulan dan  denda antara ratusan hingga RM1,000 juga hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang merupakan program khidmat masyarakat, terhadap beberapa pesalah termasuk warga emas dan remaja yang melanggar PKP.
Kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah gagal mematuhi PKP dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam mana-mana kawasan jangkitan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda  sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Ada juga didakwa menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan fungsi mereka semasa tempoh PKP mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda  sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
The post Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid-19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/05/ketua-hakim-negara-gesa-pertimbang-risiko-covid-19-di-penjara-sebelum-jatuhkan-hukuman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amber Heard Berhadapan Hukuman Penjara Jika Didapati Bersalah Memalsukan Bukti

Amber Heard Berhadapan Hukuman Penjara Jika Didapati Bersalah Memalsukan Bukti

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 532 hits
Selepas bertemu ketika penggambaran filem The Rum Diary pada 2011 Amber Heard dan Johnny Depp akhirnya berkahwin pada 2015 Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila kedua dua bercerai setahun kemudian dan Depp diperintahkan sekatan ...
Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai dan pemilik premis gunting rambut yang dibenar beroperasi semasa fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak COVID 19 Gambar Hiasan
Demi Negara Pm Ireland Kembali Ke Bidang Perubatan Bantu Lawan Pandemik Covid 19

Demi Negara Pm Ireland Kembali Ke Bidang Perubatan Bantu Lawan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 271 hits
Bagaikan sirih pulang ke gagang Apabila Ireland menyaksikan pemimpinnya terjun ke bidang politik figura itu turut membawa sekali kariernya dalam bidang perubatan bersama Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar dilaporkan bakal berkhidmat semul...
Tindakan Sebat Bukan Untuk Cederakan Sekadar Peringatan Tegas Bekas Ketua Polis Negara

Tindakan Sebat Bukan Untuk Cederakan Sekadar Peringatan Tegas Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 368 hits
Tindakan sebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Bekas Ketua Polis NegaraSebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Sebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Mus...
Pematuhan Perintah Kawalan Cecah 99 Peratus Ketua Polis Negara

Pematuhan Perintah Kawalan Cecah 99 Peratus Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR 3 APRIL Pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana bagi menangani wabak Covid 19 kini meningkat kepada 99 peratus kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau berkata orang ramai mula ...
Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 326 hits
Malaysia hampir menjadi negara pertama berjaya tangani COVID 19Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini Kerjasama KPT dan MOS...
As Negara Pertama Catat Lebih 2 000 Kematian Covid 19 Sehari

As Negara Pertama Catat Lebih 2 000 Kematian Covid 19 Sehari

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 356 hits
AFP WASHINGTON Amerika Syarikat menjadi negara pertama mencatatkan lebih 2 000 kematian akibat Covid 19 dalam tempoh sehari dengan 2 108 kematian dalam 24 jam lalu menurut statistik Universiti Johns Hopkins Negara itu kini merekodkan 18 586...
Ketua Kpk Wanti Wanti Pengadaan Barang Terkait Covid 19 Transparan Efektif

Ketua Kpk Wanti Wanti Pengadaan Barang Terkait Covid 19 Transparan Efektif

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 225 hits
KPK akan terus mendorong keterlibatan aktif Aparat Pengawasan Intern Pemerintah dan atau Badan Pengawasan Keuangan dan Pembangunan dalam melakukan pengawalan dan pendampingan terkait proses pelaksanaan PBJ serta berkonsultasi dengan LKPP
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib