Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs A
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A. Sepupu eh! lain pulak bunyinya dah terbiasa cakap omputeh cousin 😜. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Along Zul nama penuh Zulkifli bin Othman. 😊 Actually dah lama sangat tak berjumpa seingat Mrs. A pun last jumpa sewaktu arwah abah Mrs. A meninggal iaitu tahun 2012. Along Zul ni cousin Mrs. A sebelah emak iaitu mak dia dan emak Mrs. A adik beradik se-ayah a.k.a atok kami sama tapi uwan lain-lain gittewww..
Actually Along Zul ada aje beberapa kali singgah kampung jumpa mak Mrs. A cuma kami adik-beradik aje takde rezeki nak berjumpa. Sebulan sebelum majlis kahwin anakanda beliau ni dia dan anaknya dah datang menjemput mak dan mak-mak sedara yang ada di kampung dan jemput adik-beradik Mrs. A semua
Hari kejadian pada 22 Oktober sama pulak dengan hari kepulangan Aryssa dari Penang. Aryssa naik ETS dan stop di KL Sentral so kekdahnya Mr. A seorang je yang pergi jemput Aryssa di KL Sentral.
Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A.
Tak bergambar pun dengan pengantin gambar sendirian berhad 😊 di depan Le Rozza
Event Venue & Wedding Hall, Senawang
Wefie bersama anak bongsu a.k.a Adik
Alang and wife (s.i.l)
Emak, mak-mak sedara, Alang sekeluarga baju putih salah seorang cousin kira wakil tuan rumah nak menghantar kami pulang
Planning awal family Angah Mrs. A nak join sekali konvoi dari kampung dengan family Alang. Angah akan bawa emak, makbusu dan makteh dari kampung. Tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan kereta Angah meragam. Kekdahnya pada pagi hari kejadian Along yang pergi jemput nenek dan wansu serta wanteh di kampung. Sementara Mrs. A dengan Adik pulak pergi asing dari rumah sendiri dan janji akan berjumpa terus di Le Rozza.
Tak sempat pun nak bergambar dengan Along Zul dan cousin Mrs. A yang lain-lain tu masing-masing pun busy bebenor
Seketul gambar pengantin curi dari FB Ain muahahhaaaa... [maafkan sis cousin bro]
Anakanda Along Zul pengantin perempuan
Selamat pengantin baharu buat Sheera dan pasangannya Azwan semoga berbahagia hingga ke syurga
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan food semua sedap. Terima kasih atas jemputan dapatlah berjumpa dengan you all dear cousins yang dah berkurun lama tak jumpa semoga ukhwah kembali rapat sebagaimana waktu kita masih kecil dahulu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/10/memenuhi%20jemputan%20kahwin%20anakanda%20sepupu%20Mrs.a.html