Arw4h Nazihah M4ngsa Rentvng Beli Buah Zuriat Di Makkah Cari Ikhtiar Untuk Hamil Selepas 3 Tahun Kahwin
RAKAMAN video terakhir Allahy4rham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, atau Azie yang tersenyum manis di dalam kereta beberapa jam sebelum terlibat kemal4ngan akan disimpan sampai bila-bila.
Memandangkan video itu hanya dikongsikan di status aplikasi WhatsApp serta Instagram story sekitar pukul 4.42 petang Sabtu dan akan lenyap dalam tempoh 24 jam, suami arwah, Muhamad Redzuan Jamil, 28, meminta pertolongan agar rakaman itu segera disimpan.
“Tolong simpankan video ni untuk aku, bini (isteri) aku tak ada, handphone aku, dompet aku, kereta aku semua dah tiada,” demikian kata Redzuan.
Enggan membiarkan ia lenyap, sepupu Redzuan iaitu Nur Izzah Atikah, 28, mengambil inisiatif untuk merakamkan semula video berkenaan daripada telefon bimbit ibu saudaranya yang juga mentua kepada Nazihah.
“Mak long (ibu Redzuan) pun minta saya tolong simpankan video itu, ia yang terakhir daripada arw4h Azie.
“Memandangkan handphone mak long tiada (fungsi) screen recording, saya buat video dengan rakam semula guna telefon saya,” kata Izzah ketika dihubungi mStar.
Video yang sama turut dikongsikan Izzah di TikTok hingga meraih lebih 1.6 juta tontonan.
Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemal4ngan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak kira-kira pukul 7.47 malam, Sabtu.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Pasangan ini disifatkan sebagai ‘loving couple’ yang tidak pernah berpisah sejak berkahwin tiga tahun lalu.
Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah m4ngsa dalam Toyota Vios yang belum dikenal pasti identitinya.
Kira-kira dua minggu lalu, arw4h dan suaminya baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Dalam pada itu bercerita lanjut mengenai arw4h Nazihah dan suaminya, Izzah berkata pasangan itu saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan tidak pernah berpisah sejak berkahwin tiga tahun lalu.
Malah mereka juga cukup disenangi ramai dengan keperibadian yang suka menolong orang.
“Semalam waktu saya sampai rumah Redzuan dia masih tidur, nampak dia mengigau. Mereka ni loving couple dan tak pernah berjauhan.
“Waktu proses nak kebumikan arw4h, ramai betul kenalan dia datang. Selain kawan-kawan kerja, ahli group umrah yang pergi bersama mereka tempoh hari pun datang.
“Mereka ceritakan yang kedua-dua pasangan ni sangat menyenangkan hati semua. Mereka merupakan pasangan paling muda dalam kumpulan tu. Jadi mereka la yang tolong uruskan beg-beg warga emas dalam kumpulan itu di sana,” kata Izzah lagi.
Komen netizen di TikTok.
Tambah Izzah, dia difahamkan kunjungan Nazihah dan suaminya ke Tanah Suci juga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
“Salah satu sebab mereka pergi umrah ialah untuk berdoa semua Allah kurniakan anak… sebab tu dia beli buah zuriat,” katanya.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2019.
Jen4zah Nurul Nazihah selamat dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, kira-kira pukul 3.40 petang Ahad.
Lebih 100 sanak-saudara dan rakan-taulan membanjiri kawasan tanah perkubvran itu bagi memberi penghormatan terakhir.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/LaOcX8Y
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/10/arw4h-nazihah-m4ngsa-rentvng-beli-buah.html