Memburu Lailatul Qadar Buat 5 Perkara Ni Confirm Berjaya
Memburu Lailatul Qadar - Buat 5 perkara ni confirm berjaya. Sekejapan aje kita dah 10 Malam terakhir Ramadhan kan. Tentu saja setiap orang Islam berkeinginan untuk berjumpa malam Lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Ini adalah tips 10 Malam terakhir Ramadhan yang confirm kita Akan dapat bertemu dengan Lailatul qadar iaitu menyamai beribadat selama 83 tahun. Fuh, siapa taknak kan. Mama share blog post yang pernah mama post sebelum ni.
Allah S.W.T menjanjikan kebaikan yang berganda pada malam barakah ini.. Sabda Nabi S.A.W.
التمسوها في العشر الأواخر
"Mohonlah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir" -H.R Bukhari
Dikhususkan lailatul qadar pada malam ganjil di sepuluh malam terkakhir iaitu malam 21, 23, 25, 2, 29
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar
1) Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan (83 Tahun)
2) Turunnya para Malaikat & Sayyidina Jibril a.s
3) Ketenangan dan barakah sehingga terbit fajar
4) Sesiapa yang bangun pada malam mulia ini dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu
Tips Bertemu malam Lailatul Qadar
Dalam 10 Malam terakhir pasti Salah satu harinya adalah Malam Lailatul qadar. So dgn membuat ibadah secara consistent setiap malam maka confirm lah kita dapat bertemu malam Lailatul qadar itu. Buat 5 perkara ni setiap hari insya Allah terjamin kita peroleh amalan umpama malam seribu bulan Insya Allah
1. Baca Al Quran setiap Hari
2. Perbanyakkan berzikir setiap Hari
3. Sembahyang tahajjud setiap Hari
4. Sembahyang sunat 2 rakaat setiap hari
5. Menderma RM 1 setiap hari
So.. jom persiapkan diri Dan gandakan ibadah kita semoga kita dapat berjumpa dengan Malam Lailatul qadar. Job ikut langkah ni;
Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
Bahagian 1 – Pengampunan Dosa
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa 3. Minta ampun ke atas dosa pasangan 4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik) 6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah 7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dimurahkan rezeki 2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga 3. Anak-anak diperlihara oleh Allah 4. Minta rezeki diberkati 5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit 6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah 8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita 9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita
Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah 2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah 3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah” 4. Minta mati sedang dalam beribadah
Bahagian 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka 3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku) 4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku) 5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang 6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti 7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar 2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu 3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar 4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan 5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal 6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal 7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu 8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku 9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab
Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat 2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat 3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat 4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat
Bahagian 7 – Masuk Syurga
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus 2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus 3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW 4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka
Aamiin Ya Rabbal Alamin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamapipie.com/2017/06/memburu-lailatul-qadar-buat-5-perkara.html