Lailatul Qadar Malam Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan



Lailatul Qadar merupakan satu malam yang penuh keberkatan dalam bulan Ramadan. Ia disebut dalam al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 
Keistimewaan malam ini menjadikannya saat yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan maksud, keistimewaan, tanda-tanda, serta amalan yang boleh dilakukan untuk mencari malam Lailatulqadar.

Maksud Lailatul QadarPerkataan Lailatulqadar berasal daripada bahasa Arab:
Lailah bermaksud malam (apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari)Al-Qadar bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.
Malam ini disebut sebagai malam penentuan kerana pada malam inilah Allah menetapkan segala takdir hamba-Nya bagi tahun yang akan datang. Ini termasuk rezeki, ajal, dan pelbagai ketentuan lain yang akan berlaku.


Keistimewaan Lailatul QadarAllah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 1-5

Maksudnya :"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadr, ayat 1-5)

Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa keistimewaan Lailatul Qadar:

1. Al-Quran diturunkan pada malam ini – Malam ini menjadi lebih mulia kerana ia adalah malam di mana kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.

2. Lebih baik daripada seribu bulan – Beribadah pada malam ini menyamai ibadah selama 83 tahun.

3. Turunnya para malaikat – Pada malam ini, malaikat turun ke bumi membawa keberkatan dan rahmat daripada Allah.

4. Penuh dengan kesejahteraan – Malam ini dipenuhi dengan ketenangan dan kesejahteraan sehingga waktu Subuh.



Bila Berlaku Lailatul Qadar?Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam dalam 10 malam terakhir Ramadan, terutamanya pada malam-malam ganjil. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الَعَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضانَ
Maksudnya: Berusahalah mencari Lailatulqadar pada malam terakhir yang ganjil di bulan Ramadan. Riwayat al-Bukhari (2017)

Imam al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‌التَمِسوها ‌في ‌العَشرِ ‌الأواخِرِ ‌وِترًا
Bermaksud: Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir yang ganjil. Al-Sunan al-Kubra (8559)

Malam-malam yang berpotensi adalah:
Malam ke-21Malam ke-23Malam ke-25Malam ke-27Malam ke-29Namun, waktunya tidak dinyatakan dengan jelas agar umat Islam sentiasa bersungguh-sungguh dalam beribadah sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.



Tanda-Tanda Lailatul QadarWalaupun Lailatul Qadar tidak dapat dipastikan dengan tepat, beberapa tanda-tanda yang disebut dalam hadis antaranya:

1. Udara dan angin terasa tenang – Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

2. Langit kelihatan bersih – Malam yang cerah, tidak mendung, dan tidak berawan

Daripada Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:
"أَنَّهَا صَافِيَة بلجة كَأَن فِيهَا قمرا ساطعا، سَاكِنة ضاحية لَا حر فِيهَا وَلَا برد، وَلَا يحل لكوكب يَرْمِي بِهِ فِيهَا، وَأَن من أمارتها أَن الشَّمْس فِي صبيحتها تخرج مستوية لَيْسَ لَهَا شُعَاع، مثل الْقَمَر لَيْلَة الْبَدْر، لَا يحل للشَّيْطَان أَن يخرج مَعهَا يَوْمئِذٍ".
Bermaksud: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiada tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Antara tanda-tandanya adalah matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut."
(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)

3. Matahari terbit tanpa sinaran yang menyilaukan – Pada keesokan harinya, matahari kelihatan lebih lembut dan tidak terlalu terang

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya:
أَن الشَّمْس تطلع فِي صبيحتها لَا شُعَاع لَهَا
Bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
Sementara itu, menurut riwayat daripada Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”
(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)
4. Hati terasa tenteram – Orang yang beribadah pada malam itu akan merasai ketenangan luar biasa


Amalan yang Dianjurkan pada Malam Lailatul QadarUntuk mendapatkan keberkatan malam ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, antaranya:

1. Solat Malam (Qiyamullail) – Berusaha untuk melakukan solat sunat seperti Solat Tahajjud dan Solat Hajat

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”
2. Membaca al-Quran – Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan memahami maksudnya.

3. Berzikir dan Beristighfar – Mengingati Allah dengan zikir dan memohon keampunan



4. Berdoa dengan doa khusus

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."
Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟ قَالَ: تَقُولِينَ: ‌اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي
Maksudnya: Aisyah RA meriwayatkan, beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku” Riwayat Ibn Majah (3850)
5. Bersedekah – Memberi sedekah dengan penuh keikhlasan.

6. Iktikaf di masjid – Menghidupkan malam dengan beribadah secara berterusan

7. Ibadah Bersungguh-Sungguh & Ikhlas 
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” [Riwayat Ahmad]

Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Bagaimanapun, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan.

Tips Berdoa Qiyamullail Pada Malam Lailatul QadarBahagian 1: Pengampunan DosaMinta ampun keatas dosa2 diri sendiri.Minta ampun keatas dosa ibu bapa.Minta ampun keatas dosa pasangan.Minta ampun keatas dosa anak-anak.Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik).Minta ampun keatas dosa guru / ustaz / ustazah.Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).
Bahagian 2: Keperluan Masa KehidupanDimurahkan rezeki.Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga.Anak-anak diperlihara oleh Allah.Minta rezeki diberkati.Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit.Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung.Mohon agar hati anak-anak kita sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah.Mohon agar orang lain menyayangi keluarga dan diri kita dengan ikhlas.Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita.
Bahagian 3: Urusan Ketika KematianMohon Mati dalam husnul khatimahMohon Mati dijauhkan dari fitnahMohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”Minta mati sedang dalam beribadah
Bahagian 4: Alam BarzakhJadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga.Janganlah jadikan kuburku sebagai salah satu lubang api neraka.Ya Allah, aku takut akan kegelapan, maka terangilah kuburku.Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku).Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang.Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti.Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga.
Bahagian 5: Ketika di Padang MahsyarYa Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar.Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yang terpuji).Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu.Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar.Berikanlah suratan amal dari tangan kanan.Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab-kitab amal.Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal.Tutup dan lindungilah aib-aibku, dosa-dosaku dan kesilapanku dulu.Beratkan timbangan amal di sebelah kananku.Masukkan aku di dalam golongan yg masuk syurga tanpa hisab
Bahagian 6: Lintasan Titian SiratPermudahkanlah aku milintasi titian sirat.Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat.Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat.Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
Bahagian 7: Masuk Syurga AllahYa Allah, kurniakan aku Syurga Firdaus.Bangkitkan aku bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus.Berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW.Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.KesimpulanLailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ia merupakan peluang keemasan bagi umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperoleh ganjaran berlipat ganda. 
Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah dan doa agar berpeluang menemui malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadar dan meraih keberkatan serta keampunan daripada Allah SWT. Amin.


Rujukanhttps://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/5241-irsyad-al-fatwa-khas-ramadan-siri-ke-203-petanda-lailatulqadar-serta-doanyahttps://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1811-lailatulqadarhttps://www.mysumber.com.my/lailatul-qadar.html




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/03/lailatul-qadar-malam-yang-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memburu Malam Lailatul Qadar Mengikut Petua Imam Ghazali

Memburu Malam Lailatul Qadar Mengikut Petua Imam Ghazali

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 138 hits
AssalamualaikumMemburu Malam Lailatul Qadar Mengikut Petua Imam Ghazali Salam Ramadhan 144H buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia Sekejap je hari nie dah masuk 23 Ramadhan 1446H Dan umat Islam dah masuk dalam fasa memburu Lailatul ...
Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Sri Pahang menamatkan kemarau kemenangan lebih empat bulan dalam saingan Liga Super apabila menewaskan PDRM 3 1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi Kali terakhir skuad Tok Gajah merekodkan kemenangan dalam liga ad...
Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan Dan Lailatul Qadar

Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan Dan Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 179 hits
Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan dan Lailatul Qadar 36 Amalan doa 10 malam terakhir ramadan ini khas dikongsikan kepada semua sebagai 1 garis panduan dan bantuan untuk memudahkan sahabat sekalian melakukan amal ibadah dan berdoa memohon...
Petua Imam Ghazali Dalam Mencari Malam Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Dalam Mencari Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 185 hits
lailatul qadar Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan di mana umat Islam berlumba lumba memperbanyakkan ibadah Salah satu malam yang dinanti nantikan dalam bulan ini ialah malam Lailatul Qadar malam yang dijanjikan lebih baik dar...
Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 184 hits
20 Mac 2025 Khamis Moga dengan mengamalkan doa ini pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan kita dapat meraih keampunan daripadaNYA sumber dari Bacaan Rumi Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa fu Anni Maksudnya Ya Allah Ya Tuhan...
Malam Ganjil 21 Ramadan Mungkin Malam Lailatul Qadar Dapatkan Info Dari Sk Padang Peka

Malam Ganjil 21 Ramadan Mungkin Malam Lailatul Qadar Dapatkan Info Dari Sk Padang Peka

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 152 hits
Malam Ganjil 21 Ramadan Mungkin Malam Lailatul Qadar Dapat info SK Padang Pekan Jitra sedang cari 600 orang boleh sedekah RM10 untuk bina surau baru mereka Detail ada di komen https toyyibpay com sedekah surau sk padang pekan BANK ISLAM Sur...
Anak Muda Perlu Penerangan Yang Lebih Baik

Anak Muda Perlu Penerangan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 133 hits
Anak aku baru umur 20 tahun Tapi dah mula berjinak dengan politik Banyak soalan yang ditanya tentang politik Walaupun aku penyokong setia DS Anwar dan PH tapi aku pujuk dia untuk sokong apa yang aku sokong Anak aku banyak baca sendiri berit...
Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 128 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke 29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025 CYBERJAYA 10 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri mampu mempero...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara