Memburu Bunga Keladi
Memburu BUnga Keladi Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
12 Jan 2019, Sabtu di daerah Etuza amat cerah terang benderang cahaya awal pagi. Pasti tak lama lagi cuaca akan terik apabila cerah seperti ini, namun ingat langit tak semestinya selalu cerah, tiba-tiba akan mendung berlaku
Updated kan blog lagi dan lagi. Kali ini dengan paparan beberapa jenis bunga keladi yang kian memupus, memupus di laman Etuza. memang banyak jenis bunga keladi Etuza dan mama pelihara, tetapi apabila terabai tanpa kasih sayang mulai lah semua Bunga Keladi merajuk dan menggugurkan dedaunya. Sedih sekali apabila melihat tidak ada lagi keladi rimbun seperti dulu. Oleh itu Etuza khaskan seharian memburu bunga keladi di laman. Hasilnya adalah seperti dalam gambar ini, beberapa bunga keladi yang uniknya dari segi corak daun mulai keluar dan tumbuh semula. Begitu mudah menanamnya dengan anak pokok bunga keladi. Jemput tengok hasil buruan Etuza terhadap bunga keladi di laman. InshaAllah dan kembang bugar Etuza update kan gambar si bunga keladi dalam blog ini
Selamat berhujung minggu. Lakukan apa yang ada rasa memberi kan rasa bahagian.InshaAllah
Agak banyak pasu-pasu kecil Etuza tanam semula si Bunga Keladi.
Bunga keladi yang satu-satunya tak pupus di laman.Bunga Keladi jenis merahhijau tu tetap bergaya di laman Etuza Ini bunga keladi daun berkilat seperti ada lilin pada daun tu. Daun tirus dan bukan bentuk love Bunga Keladi paling laris di pasaran daun batik bintik corak merah dan hijau..unik tu.Ada lah Etuza terjual serendah RM10.00 satu pasu kecil jenis keladi ini.
Kadang-kadang rasa nak memburu keladi lain di pasaran..inshaAllah akantambah lagi koleksi bunga keladi..
Unik..ini Etuza namakan Bunga Keladi Hadimin kerana Etuzaambil benih dengan izin di laman En. Hadimin namanya..Daun lebar besarnya daun keladi ni...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/01/memburu-bunga-keladi.html