Membina Nilai Kejiranan Positif


 
Jiran ialah individu atau keluarga yang tinggal paling hampir dengan rumah kita. Segala perkara yang berlaku terlebih dulu diketahui jiran. Jiran adalah orang paling dekat untuk memohon pertolongan ketika ditimpa musibah seperti kebakaran, kecurian atau kematian sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara.
 

Sikap tolong menolong amat dituntut dalam Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 2)
 

Namun malang sekali apabila apa yang berlaku dalam kejiranan sekarang tidak harmoni. Nikmat hubungan kejiranan semakin luntur dan hilang. Hidup kejiranan yang sepatutnya bergaul mesra telah bertukar ngeri apabila lebih banyak perkara buruk yang timbul.
 

Pergaulan tidak mesra menyebabkan hidup kejiranan menjadi seperti hidup di dalam penjara di rumah sendiri. Gaya hidup ini menjadi punca mengapa berlakunya tekanan dalam hidup. Keluarga dan jiran-jiran tidak lagi memberi nilai positif kepada diri untuk berdepan dengan suasana lebih luas dan mencabar.
 

Kurangnya interaksi dengan jiran menyebabkan kemahiran komunikasi, pembinaan akhlak, jati diri, budaya dan percambahan fikiran tidak berkembang dengan baik. Ini memberi kesan kepada keseluruhan hidup. Paling ketara berlaku kepada anak-anak di mana mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. 
 

Kita perlu kepada fitrah manusia yang perlu wujud hubungan dengan individu atau keluarga lain. Budaya membina tembok konkrit sebagai pagar kawasan rumah mesti diubah. Sudah memadai jika dibuat pagar kawat atau besi untuk tujuan keselamatan.
 

Untuk menjaga hubungan baik dalam lingkungan kejiranan, perlu mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah serta kasih-sayang.
 

Di samping itu, sikap negatif seperti buruk sangka, iri hati, dengki dan fitnah perlu dikikis dan dijauhkan. Usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Ia mesti dijadikan amalan berterusan. Ajaran Islam sesuai diamalkan dalam semua masyarakat, masa dan tempat sehingga hari kiamat.
 

Peraturan berjiran ini memberikan penyelesaian adil dan berterusan terhadap pelbagai penyakit yang biasa timbul dalam masyarakat. Tidak akan berlaku perkara buruk jika peraturan ditetapkan agama dipatuhi.
 

Mengapa kita sukar melakukan suruhan agama? Ia melibatkan pahala dan dosa seperti ibadat-ibadat lain. Menjaga hubungan kejiranan dikaitkan dengan iman. Keimanan seseorang masih belum sempurna jika tidak menghormati dan kasih jirannya.
 

Cuba kita muhasabah diri berkaitan hubungan kita dengan jiran. Jangan kita berasa sudah sempurna iman disebabkan kerap berulang alik ke masjid, sedangkan hubungan tidak baik dengan jiran. Tidak menghormati hak jiran, bergaduh dengan jiran dan wujud perasaan dendam.   
 

Dalam satu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2023/11/dfe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandiaga Uno Optimistis Piala Dunia U 17 Dan Pemilu 2024 Berdampak Positif Pada Pariwisata Indonesia

Sandiaga Uno Optimistis Piala Dunia U 17 Dan Pemilu 2024 Berdampak Positif Pada Pariwisata Indonesia

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 289 hits
Menparekraf Sandiaga Uno optimistis Pemilu 2024 berdampak positif pada sektor pariwisata begitu pula dengan Piala Dunia U 17 di Indonesia
Pan Banten Nilai Gibran Belum Layak Jadi Cawapres Prabowo

Pan Banten Nilai Gibran Belum Layak Jadi Cawapres Prabowo

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 294 hits
PAN Banten menilai Gibran belum memiliki pengalaman yang banyak dalam pemerintahan
Kembalikan Upsr Untuk Nilai Pelajar Ke Tingkatan 1 Kata Wakil Pembangkang

Kembalikan Upsr Untuk Nilai Pelajar Ke Tingkatan 1 Kata Wakil Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 284 hits
Peperiksaan UPSR boleh menjadi satu ukuran standard lebih sistematik untuk murid PETALING JAYA Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dimansuhkan dua tahun ...
Penyertaan Dalam Fatf Tingkatkan Imej Positif Sistem Kewangan Kata Jokowi

Penyertaan Dalam Fatf Tingkatkan Imej Positif Sistem Kewangan Kata Jokowi

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 205 hits
Penyertaan dalam FATF tingkatkan imej positif sistem kewangan kata Jokowi Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 No
Najib Positif Covid 19 Dirawat Di Hkl

Najib Positif Covid 19 Dirawat Di Hkl

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 198 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan dijangkiti Covid 19 Menurut laporan Astro Awani pegawai khas Najib Muhamad Mukhlis Maghribi berkata Najib mengad...
Proses Pilihanraya Pengawas Sekolah Satu Langkah Positif Pensyarah

Proses Pilihanraya Pengawas Sekolah Satu Langkah Positif Pensyarah

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 384 hits
Imej hiasanLabuan Cadangan memperkenalkan proses pemilihan dalaman bagi pelantikan pengawas di peringkat sekolah menengah adalah langkah positif yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai amalan demokrasi menurut seorang ahli akademik Pensy...
Cari Pemandangan Yang Positif

Cari Pemandangan Yang Positif

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 201 hits
CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi HARI HARI kita nak jadi orang yang baik Tak mudah nak jadi orang baik Otak dan hati selalu bertingkah Tak sentiasa akur satu s...
Dua Warga Tangerang Selatan Positif Cacar Monyet

Dua Warga Tangerang Selatan Positif Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 239 hits
Pemerintah Kota Tangerang Selatan mengimbau masyarakat agar tidak panik dan tetap waspada
Rakyat Tak Bodo Nak Nilai Akhbar Sinar

Rakyat Tak Bodo Nak Nilai Akhbar Sinar

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 199 hits
Sinar masih syok sendiri Masih merasakan mereka neutral Dan paling dahsyat kononnya tuduhan tak neutral tu datang dari penyokong PH yang marah sebab Sinar neutral tak condong kepada PH Rakyat tak buta dan tak bodoh sampai tak tahu nak menil...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Ramen Asli Di Wagyuteh Osaka


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara