Cari Pemandangan Yang Positif
CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI-HARI kita nak jadi orang yang baik. Tak mudah nak jadi orang baik. Otak dan hati selalu bertingkah. Tak sentiasa akur satu sama lain. Termasuklah ketika bercakap. Kadang sebahagiannya jadi sebaliknya.
Pilih pada setiap pilihan yang ada. Boleh nak pilih apa je ikut suka. Terpulanglah pada diri kita sendiri. Cuma kalau boleh doalah minta Allah swt bimbing hati, fikiran dan lisan kita supaya sentiasa pilih pilihan yang DIA SUKA DAN REDA. Itu pun kena masuk dalam doa ke?. Bagi pendapat PC ya sebab syaitan atau iblis ni memang tunduk pada Allah swt tapi sumpahnya nak rosakkan anak cucu Adam a.s tetap je tak ada expired date nya sampailah kiamat.
CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF. Kita ni tak boleh jangka apa yang di hadapan kita. Di belakang kita apa yang telah kita lalui itu memang dah jadi kenangan untuk kita. Itu memang dah jadi sejarah dan fakta. Akan datang setiap kita, PC pun sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik-baik. Tapi untuk menarik sesuatu yang baik-baik tu.. kena cari pemandangan yang pisitif.
GAMBAR HIASAN
Mata turun ke hati. Otak mencerna. Iman menapis. Ilmu dan taqwa menjadi landasannya. Mahu jadikan semua baik dan betkualiti, jaga pemandangan. Cari yang positif supaya otak yang berakal tidak diracuni. Jiwa tidak terpengaruh. Benarlah, agama sendiri mengajar kita jaga pandangan. Kalau tak sengaja nampak yang tidak sepatutnya itu OK lagi. Bila sengaja itu mengundang malapetaka.
Carilah pemandangan yang positif. Ada banyak. Pemandangan yang buat kita selalu sedar hidup ini sementara. Dunia ini tidak kekal. Semua pinjaman dan ujian. Allah swt pemilih semuanya. Sekurang-kurangnya kita akan sentiasa sedar dan ingat mati yang pasti. Bila kita positif, moga-moga positifnya tular kepada orang lain juga. Aamiin. NOTA PC : biru langit.. biru lautan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2023/10/cari-pemandangan-yang-positif.html